YgBenar Publish time 22-1-2022 09:44 AM

Pemilik Kedai Sebak Tengok Lelaki Kurang Siuman Solat

Edited by YgBenar at 22-1-2022 09:46 AM

-_ktSMR95CY
Rasanya kita sering kali melihat individu yang kurang waras berkeliaran di kaki lima dan ianya sudah menjadi perkara biasa buat masyarakat tetapi ada sesetengah hanya membuat halnya sendiri tanpa menggangu orang sekeliling.

Samalah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mimieydjewels, beliau berkongsikan kisah seorang individu lelaki yang kurang siuman sering datang ke kedainya.

Katanya, lelaki terbabit tidak pernah menggangu mereka dan hanya menyanyi serta bercakap seorang diri saja. Oleh kerana itu, mereka tidak kisah jika lelaki terbabit singgah ke kedainya.
Walau bagaimanapun, satu video yang dimuat naik oleh pengguna itu telah mendapat perhatian ramai serta membuat ramai sebak apabila menontonnya dan dari video itu, jelas kelihatan lelaki kurang siuman tersebut sedang melakukan pergerakan sedang solat biarpun pakaian yang dipakai kurang sesuai.

Menerusi ruangan komen video terbabit, pengguna TikTok itu memberitahu pada mulanya individu terbabit meneman tukang cat sambil bernyanyi-nyanyi, tetapi secara tiba-tiba dia senyap dan selepas dicari, rupanya sedang solat.

Sehubungan dengan perkongsiaan itu, rata-rata netizen meninggalkan komen berasa sebak serta tersentuh melihat lelaki terbabit solat biarpun dalam keadaan kesihatan yang kurang siuman. Bn

Artemesiaa Publish time 22-1-2022 10:58 AM

Ramai je macam dia ni bercakap pasal agama pun ramai

che-cikL Publish time 26-1-2022 09:34 AM

Entah2 SB, cuba check kukunya, bersih tak?
Pages: [1]
View full version: Pemilik Kedai Sebak Tengok Lelaki Kurang Siuman Solat


ADVERTISEMENT