ded1 Publish time 22-1-2022 12:55 AM

[INFO]: Seni ukiran halus pada cangkuk sangkar burung

Kepelbagaian ragam motif hiasan cangkuk sangkar burung merbuk Siam buatan tangan dari tukang mahir wilayah Selatan Thailand (wilayah tinggalan empayar kerajaan melayu Langkasuka yang cukup gah di masa lampau !) . Satu seni ukiran besi/kayu yang cukup halus buatannya.

Cangkuk merupakan bahagian penyangkut yang terletak pada bahagian paling atas sesebuah sangkar burung. Ia diperbuat dari besi yang diukir dengan pelbagai motif dan disepuh menggunakan tangan dan disadur berwarna keemasan atau tembaga atau perak bertatahkan batu perhiasan/permata. Penyangkut sangkar terdiri dari motif fauna seperti gajah, ayam jantan, burung merak, naga, ular, kera bersama motif flora. 



Ada juga penyangkut yang diperbuat dari kayu berkualiti yang diukir tebuk timbul bersama motif flora. Dibawah bahagian penyangkut dipanggil “labu” yang diperbuat dari kayu, tanduk kerbau betina, gading gajah, plastik resin. Kayu yang dilarik mempunyai ukiran motif flora atau ditampal sejenis cengkerang laut yang dipanggil “MUK”. Terdapat juga labu yang diperbuat dari gading gajah yang diukir tetapi sangat jarang dijumpai dan cukup mahal.

KLIK: https://merbuk.ded1.org/cangkuk-sangkar-burung/



NOTA: Sebarang HOTLINKING ke imej akan di blok.






musangbodoh Publish time 22-1-2022 12:54 PM

set cangkuk, badan sangkar...tapak sangkar mau cecah 8k nie...entah2 lebih...belah sabah ader pengumpul nye...mahai
Pages: [1]
View full version: [INFO]: Seni ukiran halus pada cangkuk sangkar burung


ADVERTISEMENT