Raline Publish time 21-1-2022 07:14 PM

Senang Je Nak Buat Kelapa Jelly. Makan Waktu Cuaca Panas, Sejuk Tekak!

Senang Je Nak Buat Kelapa Jelly. Makan Waktu Cuaca Panas, Sejuk Tekak!

https://media.myresipi.com/2022/01/cara-buat-kelapa-jelly--1024x551.jpg
Waktu cuaca panas macam ni, kalau dapat makan kelapa jelly memang sejuk tekak. Bukan setakat anak-anak, kita orang dewasa pun suka.

Jika sebelum ni selalu beli di kedai, kali ini jom cuba buat sendiri kelapa jelly di rumah. Baru puas hati dapat makan banyak-banyak.

Kalau ada yang nak buat niaga pun pasti laku! Ikut saja cara-caranya yang dikongsikan oleh Masitah Shariff di bawah.

CARA BUAT KELAPA JELLY YANG MUDAH

https://media.myresipi.com/2022/01/cara-buat-kelapa-jelly-2-400x300.jpg

Bahan-bahan:
10gm agar2 bertali (blh tukar yg jenis serbuk)
3 biji air kelapa muda (saiz sedang2 ja)
Gula 13 sudu makan (blh ejas ikut tahap kemanisan yg korang nak)
2 liter air
Secubit garam
2 helai daun pandan
Isi kelapa digunting memanjang

Cara-cara:
Masakkan agar-agar bersama air, gula dan daun pandan.
Bila agar-agar dah larut, masukkan air kelapa.
Masukkan secubit garam, kacau dan boleh tutup api.
Taburkan isi kelapa di dalam bekas macam dalam gambar.
Tuang cecair yang dimasak tad ke dalam bekas, kemudian sejukkan dalam peti ais.

https://media.myresipi.com/2022/01/cara-buat-kelapa-jelly-1-400x533.jpg
Kredit: Masitah Shariff

Sumber:https://myresipi.com/senang-je-nak-buat-kelapa-jelly-sejuk-tekak/

Kyouya Publish time 22-1-2022 03:06 PM

sedap weyhhh...nanti nk try

idayusoff Publish time 22-9-2022 05:01 PM

baiklah akan dicuba resepi ni..tapi isi kelapa tu selalu dpt sikit dkt kedai..
susah nak carik jelly kelapa skg ni

Thealisyayusuf Publish time 3-2-2023 11:47 PM

My favvvv{:1_551:}
Pages: [1]
View full version: Senang Je Nak Buat Kelapa Jelly. Makan Waktu Cuaca Panas, Sejuk Tekak!


ADVERTISEMENT