Agent13k Publish time 21-1-2022 03:25 PM

Baru Faham Kenapa Orang Dulu-Dulu Suka, Ini 7 Khasiat Daun Ubi Kayu!

Ubi kayu merupakan sumber kalori dan karbohidrat yang bagus untuk tubuh badan manusia. Daun ubi kayu pula dikatakan mempunyai khasiat yang lagi baik dan mengandungi vitamin, protein, mineral dan asid amino penting, serta mengandungi sumber protein untuk membantu pembentukan sel badan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/21/140548iqozwlqdqq9rcrq8.pngkredit foto: Jiwa sihat



Memetik mStar, berikut adalah khasiat air rebusan daun ubi kayu:



[*]Baik untuk ibu mengandung

Dalam daun ubi kayu mempunyai zat besi yang tinggi yang dikatakan mampu membantu ibu hamil untuk mengelak penyakit seperti anemia, daun ubi kayu juga mengandungi tahap folat (vitamin B9 dan folacin) dan vitamin C yang tinggi.



[*]Membantu melegakan demam dan sakit kepala

Air rebusan akar dan daun ubi kayu dikatakan membantu melegakan demam dan sakit kepala. Cara untuk membuatnya, rebus akar dan 400 gram daun ubi kayu dengan 1 liter air kemudian didihkan sehingga air menyusut kepada separuh dan biarkan ia sejuk.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/21/141259ammfjsfmswstomyb.pngkredit foto: Wikipedia





[*]Melegakan cirit-birit

Untuk mendapatkan khasiat rebusan daun ubi kayu dalam merawat sakit cirit-birit, anda boleh merebus tujuh helai daun ubi kayu bersama 4 cawan air sehingga berbaki 2 cawan, cecair ini perlu diminum dua kali sehari untuk menyembuhkan cirit-birit.



[*]Menambah selera makan

Beberapa kajian mengatakan daun ibu kayu dapat membantu memulihkan selera makan, ramuan daun itu perlu dicampur dengan halia dan mesti diminum setiap pagi selepas bangun tidur.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/21/141411l1hpx7zd77ik72ix.jpgkredit foto: klikhijau





[*]Membantu mengatasi strok

Kajian yang telah dijalankan oleh pakar sebelum ini menunjukkan daun ubi kayu boleh membantu merawat penyakit strok, ini kerana daun ubi kayu mempunyai isoflavon iaitu antioksidan yang membantu mengikut radikal bebas.



[*]Meningkatkan kedaya tahanan



Kandungan vitamin C yang tinggi membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, ia juga membantu membina dan mengekalkan stamina badan dengan memnghapuskan pelbagai penyakit. Daun ubi kayu juga berkesan untuk kesihatan tulang, antioksidan membantu membasmi radikal bebas dalam badan, folat mengeluaran sel dengan membantu bahan genetik untuk hidup selain mengelakkan mutasi DNA.



[*]Menyembuh luka kulit.

Khasiat daun ubi kayu juga, ia dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat, letakkan sedikat gel aloe vera, masukkan beberapa helai daun ubi kayu yang telah dihancurkan dan jadikan sebagai pes dan pes itu perlu disapukan pada tempat luka.

Siapa sini pernah dan suka makan pucuk paku? -CARI

Artemesiaa Publish time 21-1-2022 04:40 PM

Menarik infonya

matbad Publish time 21-1-2022 06:15 PM

aku plak tak bleh makan lgsg pucuk ubi ni. tdk mmg almarhum la jawabnya. hangin byk sgt dlm badan huhy

mama_cat Publish time 21-1-2022 07:15 PM

matbad replied at 21-1-2022 06:15 PM
aku plak tak bleh makan lgsg pucuk ubi ni. tdk mmg almarhum la jawabnya. hangin byk sgt dlm badan hu ...

betui... tangkap urat2 semua... time makan pejam mata, pastu sufferrr...

Mulotkoyak Publish time 24-1-2022 08:21 AM

Mcm xcomplete info je.... Pasal pucuk ubi ni... Iols stadi nutrition dulu die ade cyanide. Bole makan tapi dalam kandungan yg ckit. Bole menyebabkan keracunan and keguguran kalo uols tak hati-hati. Aduyaiii info ni misleading la dalam akta pemakanan 1983.
Pages: [1]
View full version: Baru Faham Kenapa Orang Dulu-Dulu Suka, Ini 7 Khasiat Daun Ubi Kayu!


ADVERTISEMENT