Raline Publish time 21-1-2022 10:56 AM

Jom WAKAF Jumaat Saham Akhirat

Jom WAKAF Jumaat Saham Akhirat


https://www.facebook.com/danapembangunanaqwa/photos/495527348088652


PADA hari ini, kita beruntung kerana dapat dipertemukan sekali lagi dengan hari Jumaat yang penuh barakah. Ya, ia merupakan hari yang begitu istimewa sekali jika dibandingkan dengan hari-hari lain.
.
.
Ramai yang mengenali hari Jumaat sebagai penghulu segala hari ataupun sayyidul ayyam.
.
.
Meskipun gelaran sayyidul ayyam berkenaan datangnya daripada sebuah riwayat yang daif, namun ia sedikit pun tidak merencatkan kemuliaan pada hari Jumaat itu sendiri.
.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada ALLAH SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya ALLAH SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.” (Riwayat al-Bukhari)
.
.
Terdapat banyak kelebihan hari Jumaat sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran dan hadis. Selain hari yang mulia, Jumaat merupakan hari mustajabnya berdoa dan dihapuskan dosa. Lebih istimewa lagi apabila umat Islam berkumpul dan melakukan ibadah bersama-sama menerusi solat Jumaat.
.
.
Ketahuilah, terdapat banyak ganjaran yang disediakan oleh ALLAH SWT untuk kita raih pada hari Jumaat.
.
.
Bahkan, kita digalakkan untuk melakukan beberapa amalan sunat seperti membaca Surah al-Kahfi, mandi sunat Jumaat dan seumpamanya sebagai tanda mengagungkan hari Jumaat serta mengikut sunah Nabi Muhammad SAW.
.
.
Bagaikan satu amalan, kebanyakan umat Islam menjadikan hari Jumaat sebagai waktu untuk bersedekah. Apakah kelebihan bersedekah pada hari Jumaat? Bilakah waktu terbaik untuk melakukan sedekah pada hari berkenaan?
.
.
Umat Islam disarankan untuk melakukan amalan mulia itu pada awal pagi atau Subuh kerana malaikat mendoakan kebaikan buat mereka yang sedekah.
.
.
Dalam satu hadis lain, Abu Hurairah RA berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW dan berkata: ‘Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya.’
Baginda SAW menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka, janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).” (Riwayat al-Bukhari)
Wallahualam.
Semoga bermanfaat.
FB: https://www.facebook.com/danapembangunanaqwa
TELEGRAM: https://t.me/maahadAQWA
___________________________
Untuk menyumbang :
Sumbangan dana tersebut boleh disalurkan ke nombor akaun berikut:
MAYBANK ISLAMIC
Maahad Tahfiz Al-Quran At-Taqwa
5627 4016 2970
Atau
.
Boleh infaq secara online guna FPX/ Toyyibpay seperti link di bawah:
https://toyyibpay.com/Sumbangan-Pembangunan-AQWA
Jazakallah Khairan Kathira.

seribulan Publish time 21-1-2022 06:44 PM


seribulan Publish time 21-1-2022 11:35 PM


seribulan Publish time 7-2-2022 12:57 PM

https://www.jominfaq.com/

Ingin Infaq kepada Masjid & Surau Pilihan Anda?            Salurkan infaq anda menerusi sistem pembayaran online yang selamat.

Pages: [1]
View full version: Jom WAKAF Jumaat Saham Akhirat


ADVERTISEMENT