makadek Publish time 21-1-2022 07:12 AM

Auntie manehhh tular bikin penganut islam penasaran

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159346332197420&id=537612419

Tular jawapan auntie bermuka manis ni
Memberi jawapan tentang agamanya
Bila dia menjawab dia seorang quranis
Dan ramai memberi amaran jangan follow auntie ni bahayaaaa nanti terpesong

makadek Publish time 21-1-2022 07:25 AM

Credit fb sha ramson abdullah

Dekat TikTok ada seorang makcik ni dah tua dah, umur dia dalam 61 tahun. Dia Melayu cuma tak tutup aurat. Tak pernah lagi saya dengar makcik ni beri salam dalam video dia dan ada satu video dia tak hormati azan ketika berkumandang. Dia buat tak tahu je dengan laungan azan sambil teruskan bercakap. Sebagai orang Islam, kita mendoakan kebaikan dia. Doa semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa dia, diberi hidayah petunjuk dan kefahaman dalam agama oleh Allah Ta'ala.

Satu hari tu saya terkejut bila makcik ini menjawab satu teguran supaya menutup aurat dan hormati azan yang berkumandang dengan pengakuan :

"Aunty orang Melayu. Aunty orang Islam tapi Aunty Quranist. Aunty tak ikut Mazhab. Kita jangan tegur orang tak pakai tudung sebab itu kita punya pemahaman. Auntie ikut Al-Quran word by word."

Saya dah rasa "Ehh???" ????

Quranist adalah golongan yang MENOLAK HADIS NABI ﷺ sedangkan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Dalam Al-Quran Surah Ali 'Imran, ayat 31 dah jelas dan terang Allah beritahu :

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku (Rasulullah), nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Jadi kenapa TOLAK HADIS NABI?

Bila kita baca tafsiran Al-Quran tanpa guru, maka syaitanlah guru kita. Kita tafsir ikut pemahaman kita. Belajar Al-Quran perlu ada guru murshid yang membimbing. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, ditarannumkan, dilagukan tapi perlu difahami, dihadam dan diamalkan.

Al-Quran itu PANDUAN HIDUP.
Sebab itu jika salah tafsir Al-Quran, salah faham maksud ayat-ayat Al-Quran, maka musnahlah panduan hidup kita. Lain yang Allah sampaikan, lain yang kita faham. Apa jadi dengan hidup kita?

Nak belajar Al-Quran perlu ada guru yang murshid bimbing kita. Jangan baca sendiri. Jangan tafsir Al-Quran sendiri.

Yang buat saya risau, ramai yang follow makcik ini, maka ramailah yang minta makcik ini terangkan tentang Quranist sebab mereka dah mula rasa seronok. Ramai para wanita yang terpedaya dan merasa fahaman ANTI HADIS ini sesuai dijadikan panduan hidup. Jadi mereka bebas mendedahkan aurat tanpa rasa malu. Hadis Nabi juga ditolak.

Ya Allah... pitam saya sekejap!
La hawla wala quwwata illa billah.

Sekarang baru saya tahu.
Yang menolak untuk tidak mahu menutup aurat ini adalah kerana dia pilih fahaman #Quranist iaitu ANTI-HADIS. Dia baca tafsiran Al-Quran sendiri dan dia faham ikut kefahaman dia tanpa bimbingan guru. Hadis Nabi dia tolak semua!

Dekat seminggu saya fikir pasal ni.
Inilah yang Allah bagi saya rasa.
Fikirkan ummat, risaukan ummat.
Sakit kepala dek fikir.
Susah hati sebab risau.

QURANIST itu ANTI HADIS.
Semoga Allah kurniakan hidayah petunjuk dan kefahaman agama yang benar.

Samerosie Publish time 21-1-2022 07:56 AM

Edited by Samerosie at 21-1-2022 07:57 AM

makadek replied at 21-1-2022 07:25 AM
Credit fb sha ramson abdullah

Dekat TikTok ada seorang makcik ni dah tua dah, umur dia dalam 61 tah ...

Tak tau nak cakap sebab wahabis pun tak ikut any mazhab, tak sambut maulud nabi (tapi kita sambut), ikut quran rather than hadtih tapi most of kita still nak ikut jadi cam derang so…

Cuma kita di Malaysia ni mazhab syafie so kena la ikut majority.

saviour_09 Publish time 21-1-2022 08:11 AM

aku dah tengok aunty ni

mula2 viral kes apa ntah dia komen ok la she got a point

then boom! dia slow2 konar ke lain

so, no tq je la aunty

makadek Publish time 21-1-2022 08:13 AM

saviour_09 replied at 21-1-2022 08:11 AM
aku dah tengok aunty ni

mula2 viral kes apa ntah dia komen ok la she got a point


Sbb org duk tnya apa kepercayaan dia
So dia jawbla...pastu semua sentap huru hara

saviour_09 Publish time 21-1-2022 08:16 AM

makadek replied at 21-1-2022 08:13 AM
Sbb org duk tnya apa kepercayaan dia
So dia jawbla...pastu semua sentap huru hara

what ever she believe tak sama dgn apa yg iols learn & practice
so am saying no tq je la aunty :lol:

but shes nice kan

ageing well, soft spoken giteewww

makadek Publish time 21-1-2022 08:19 AM

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1574660452887296&id=100010300690931

Komen masing2 pn bukan main
Extremis ...

makadek Publish time 21-1-2022 08:23 AM

saviour_09 replied at 21-1-2022 08:16 AM
what ever she believe tak sama dgn apa yg iols learn & practice
so am saying no tq je la aunty :lo ...

Aku lantakla dia ... Cuma dia nampak islam tu byk cabang dn mcm mana bole terpecah 73jalan kenapa tak 1 saja

saviour_09 Publish time 21-1-2022 08:36 AM

makadek replied at 21-1-2022 08:23 AM
Aku lantakla dia ... Cuma dia nampak islam tu byk cabang dn mcm mana bole terpecah 73jalan kenapa...

73 pintu, 73 jalan, yg sampai hanya 1 jalan...
giteewww mnasir pagi hari

ais_kosong Publish time 21-1-2022 09:05 AM

Iols pun tengok auntie ni kat tiktok..
Suka tengok dia soft spoken. Tapi bila dia mengaku dia quranist iols jadi meh..
Now dia off kot dari tiktok.

dua_chzy Publish time 21-1-2022 10:48 AM

Edited by dua_chzy at 21-1-2022 10:53 AM

Edited karna tak jumpa mane ntah hilang box kecik nak tick delete.

annehuda Publish time 21-1-2022 11:55 AM

Kalau die quranist knp die tak nak tutup aurat bukan ke berlambak ayat suruhan menutup aurat dlm alquran tu

makadek Publish time 21-1-2022 12:07 PM

annehuda replied at 21-1-2022 11:55 AM
Kalau die quranist knp die tak nak tutup aurat bukan ke berlambak ayat suruhan menutup aurat dlm alq ...

Kannn dia memilih utk tak ikut ayat mcm tu
Alah mcm kita gak
Tuhan kata di larang mengumpat kita mengumpat gakkkk

apalancut Publish time 21-1-2022 12:48 PM

makcik ni liberal..

makadek Publish time 21-1-2022 01:27 PM

apalancut replied at 21-1-2022 12:48 PM
makcik ni liberal..

Bukan liberal dah ni ke lain
Dia quranist cara diaaa
Dia faham quran tp dia tak nak ikut

makadek Publish time 21-1-2022 01:28 PM

dua_chzy replied at 21-1-2022 10:48 AM
Edited karna tak jumpa mane ntah hilang box kecik nak tick delete.

Knper ta dteruskan kumen seja cigu:lol:

makadek Publish time 21-1-2022 01:30 PM

Samerosie replied at 21-1-2022 07:56 AM
Tak tau nak cakap sebab wahabis pun tak ikut any mazhab, tak sambut maulud nabi (tapi kita sambut) ...

Jup bila kita smbut besday sendiri suni aswaja maros kata ...nabi pn tk sambut beday ....tiup2 lilin ni matsaleh je

Samerosie Publish time 21-1-2022 01:37 PM

makadek replied at 21-1-2022 01:30 PM
Jup bila kita smbut besday sendiri suni aswaja maros kata ...nabi pn tk sambut beday ....tiup2 lil ...

Sambut cara islam potong kek pulut kuning chuols baru onz.

Artemesiaa Publish time 21-1-2022 04:39 PM

Tak minat tontonnya merepek je banyak

djzara81 Publish time 22-1-2022 08:10 AM

Aku tak kenal makcik ni. Tapi mmg ramai self-claimed Quranist. Aku taknak judge pilihan dia. Aku ikut sunnah Nabi & Quran. Rasa tenang & tenteram.
Pages: [1] 2 3
View full version: Auntie manehhh tular bikin penganut islam penasaran


ADVERTISEMENT