Cintaerina Publish time 20-1-2022 01:34 PM

Netizen Terhibur, Warga Emas Rancak Bersembang Guna Stetoskop

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/20/121324ttczjgv3oe3g5zcg.png
Sumber: Tiktok laysyah.2


Dapat mendengar merupakan satu nikmat yang Allah berikan kepada kita kerana terdapat orang di luar sana yang tidak berpeluang untuk mendengar suara orang yang tersayang.


Komunikasi juga menjadi sukar kerana perlu menggunakan bahasa isyarat. Hal ini akan menyebabkan kita terasa asing dari orang lain.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/20/121810a1ae9a1a42ta2q82.png
Sumber: Tiktok laysyah.2


Selalunya, masalah pendengaran terjadi kepada warga emas ataupun individu yang mempunyai masalah keturunan. Ada juga bayi yang baru masih kecil dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran.


Di Malaysia, tidak ramai di antara kita yang ingin mempelajari bahasa isyarat, akibatnya golongan ini sukar untuk berkomunikasi.


7054394122865626394


Sejak dari zaman dulu, golongan kurang pendengaran ini berkomunikasi melalui bahasa isyarat atau alat pendengaran tetapi kini rupanya stetoskop juga boleh dipakai.


Semalam viral sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai laysyah. Video tersebut menunjukkan dua orang warga emas yang berjumpa semasa kenduri dan bersembang melalui steteskop itu.




Rakaman video tersebut menjadi viral dan mendapat perhatian netizen apabila dua warga emas itu dilihat begitu rancak bersembang menggunakan alat itu. Setahu kita semua hanya doktor sahaja boleh guna tetapi rupanya ianya boleh digunakan sebagai alat mendengar yang terbaik kepada yang mempunyai masalah pendengaran. Seronok tengok mereka bersembang!


Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur dan tertawa melihat telatah comel dua orang warga emas itu. Dalam masa yang sama ramai juga yang terkejut melihat kegunaan lain alatstetoskop itu kerana tidak menyangka ianya boleh digunakan untuk berkomunikasi. -CARI
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/20/122215xff4zafmaxfnk2lf.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/20/122216hbnb36bjqa32jn2a.png

Sumber: Tiktok laysyah.2

musangbodoh Publish time 20-1-2022 02:03 PM

ye mmg comel.............................................

Cempedaknangka Publish time 20-1-2022 03:34 PM

Comey nenek2 ni...rindu kat arwah wan saya

Artemesiaa Publish time 21-1-2022 04:44 PM

Kelihatan sangat comel

Supersirap Publish time 21-1-2022 10:53 PM

Sangat kiut dan comel

gerbera.memopad Publish time 24-1-2022 12:26 AM

Ya ampun, comelnya :loveliness:

Semoga keduanya sihat & panjang umur.

eyansss Publish time 24-1-2022 03:02 PM

why both of u sooo comel ni…hehehe…terus rindu opah…
Pages: [1]
View full version: Netizen Terhibur, Warga Emas Rancak Bersembang Guna Stetoskop


ADVERTISEMENT