Raline Publish time 19-1-2022 06:30 PM

Evolusi Uniform Anggota Temenggung Atau Pun Dalam Bahasa Moden, Ketua Polis Negara!

Evolusi Uniform Anggota Temenggung Atau Pun Dalam Bahasa Moden, Ketua Polis Negara!

https://demimalaiu.com/wp-content/uploads/2022/01/Jambatan-3-1-768x432.jpg
Dalam zaman kesultanan Melayu Melaka, jawatan Temenggung telah diwujudkan bagi mengawal tingkah laku rakyat.

Temenggung berfungsi sebagai ketua polis dan juga hakim darat. Sehubungan itu jika dirujuk pada silang masa, jawatan Temenggung sama fungsinya dengan Ketua Polis Negara pada zaman ini.

Dan disebabkan Temenggung bersama pasukannya menjadi hakim darat, ia bermaksud mereka adalah polis yang menguat kuasa undang-undang.

Dan disebabkan hubung kait inilah kita dapat lihat pasukan yang menguat kuasa undang-undang itu digelar Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pernah timbul persoalan bagaimana rupa uniform Temenggung dan pasukannya? Jelas daripada satu perkongsian evolusi uniform pasukan polis, terdapat individu yang memakai baju Melayu.

Maka di sini jelas uniform bagi Temenggung dan pasukannya bermula dengan baju Melayu dan kemudiannya mengalami evolusi mengikut zaman sehinggalah yang terkini.

Apa pendapat anda? Kongsikan bersama Demi Malaiu.

Sumber:https://demimalaiu.com/evolusi-uniform-anggota-temenggung-atau-pun-dalam-bahasa-moden-ketua-polis-negara/

Pages: [1]
View full version: Evolusi Uniform Anggota Temenggung Atau Pun Dalam Bahasa Moden, Ketua Polis Negara!


ADVERTISEMENT