Raline Publish time 19-1-2022 06:25 PM

Melayu berkeris...

https://www.facebook.com/100063461367154/videos/pcb.963980357882070/1090841335016346

Jika diteliti cerita Hang Tuah ini, disangkakan perkara kecil tetapi di situlah ada adat dan tingkah lakunya Laksamana membawa keris.
Jika ada yang perasan, maka dua kali Hang Tuah (P-Ramlee) memusing arah kerisnya.

Sebelum dia mengadap Sultan, dipusingkan arah kerisnya dengan hulu menghala ke badan tanda sembah kepada raja tiada cencala dan bencana. Dengan erti lain amanlah, bukan takala menyembah raja sahaja tetapi takala berdepan dengan sesiapa yang berniat aman tiada seteru.


Tapi kali kedua Hang Tuah memusingkan kerisnya dengan hulu menghala ke depan, bermaksud..."Aku sedia bertarung..."
Teliti adat Melayu....
Diburuk-burukkan keris ini adalah bermula pada tahun 1824 apabila Stamford Raffles melarang orang-orang Melayu Singapura dan di negeri-negeri Selat membawa keris kerana ia boleh jadi ancaman dan keganasan.


Larangan ini menyebabkan orang Melayu semakin menjauhi keris yang asalnya senjata yang menjadi jati diri orang Melayu, pakaian Melayu.
    "Dan jikalau orang masuk ke dalam jika
   tiada kain berpancung, dan berkeris di
   hadapan, dan bersebai (bertanjak), tiada
   dapat masuk (mengadap)."
   (Sulalatus Salatin)

Dan ini lebih ketara, bila keris mula dianggap dan dinistakan sebagai khurafat dan berentiti ghaib. Andai ada peristiwa ahli keluarga yang sakit, maka kerislah yang menjadi mangsa oleh ahli perubatan sehingga lupa besi itu juga makhluk Allah yang bertasbih kepadaNya.
    "Dan Kami ciptakan besi yang padanya
   terdapat kekuatan yang hebat dan
   berbagai manfaat bagi manusia,
   (supaya mereka menggunakan besi itu)
   dan supaya Allah mengetahui siapa yang
   menolong (agama)Nya dan rasul-rasul
   Nya padahal Allah tidak dilihatnya.
   Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi
   Maha Perkasa."
   (Al-Hadiid 57:25)
Allah berfirman di dalam surah Al-Hasyr 59:1
    "Segala yang ada di langit dan di bumi
   tetap mengucap tasbih kepada Allah;
   dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha
   Bijaksana."


Keris juga tanda akan kekuasaan dan daulat seseorang raja, maka jika keris kebesaran itu ada pada pembawa maka benarlah titahnya dan maka benarlah daulatnya, begitulah keris kebesaran Kelantan Pelangi Merbo, keris Majapahit 7 beradik dan keris panjang Mas Cayam, bonda mertua Sultan Zainal Abidin I itulah menjadi keris kebesaran Terengganu, serta tak lupa keris Taming Sari dan Pedang Cura Manjakini itulah jadi alat kebesaran Perak.
Takala Sultan Mahmud menitahkan Bendahara Tun Mutahir dibunuh, keris Rajalah jadi buktinya disebut di dalam Sulalatus Salatin.
    "Maka Tun Sura Diraja dan Tun Indera
   Segara pun masuklah, membawa keris
   Sultan Mahmud Syah, dibubuhnya di
   atas ceper perak, ditudungi dengan
   tetarupan, dikeluarkan di hadapan
   Bendahara Seri Maharaja. Maka kata
   Tun Sura Diraja, "Salam doa anakanda,
   bahawa takdir Allah Taala telah datang
   lah pada hari ini."


Jika ada yang berbuat dosa mendampingkan keris dengan perkara jahat, bukanlah salahnya keris (besi) itu tetapi rosak daripada tangan manusia sendiri. Maka perbetulkan dan bersihkannya. Adalah guru ajar secebis ilmu bersihkan keris yang bernoda, biarlah bersih daripada diperhambakan yang cela, kembali kepada fitrah bertasbih kepada Tuhan Yang Maha Esa.


Maka keris itulah kejadian daripada besi yang baik tempaannya untuk menjaga agama dan segala kegunaannya yang Allah firmankan kelebihannya.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Anfal ayat 60;
    “Dan sediakanlah untuk menentang
   mereka (musuh yang menceroboh)
   segala jenis kekuatan yang dapat kamu
   sediakan dan dari pasukan-pasukan
   berkuda yang lengkap sedia, untuk
   menggerunkan dengan persediaan itu
   musuh Allah dan musuh kamu...”
#Adat_Mencuci_Keris_Bulan_Muharram


Ada jugalah pekerjaan mencuci keris atau disebut melanggir keris itu dinistakan khurafat kerana tiadalah faham adat dan dalilnya.
Mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka:
| لاڠير
Definisi : benda seperti limau nipis dll yg digunakan utk mencuci rambut, badan, keris dll.
Disebut takala Hang Tuah melepaskan kuda Raja yang jatuh ke lubang najis.
"Setelah kuda itu naik, maka Hang Tuah pun naik; tubuh dan muka Hang Tuah penuhlah dengan tahi sampai ke kepalanya, lalu ia pergi mandi berlangir, berbedak."
Berbalik perkara kenapa bulan Muharram dipilih untuk membersihkan keris ialah bersandarkan hadis sahih diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ
Maksudnya:
   “Waktu berputar sebagaimana keadaan
   nya ketika Allah SWT menciptakan langit
   dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua
   belas bulan, daripadanya terdapat empat
   bulan yang haram (suci) iaitu tiga
   daripadanya mengikut turutan
   (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah & Muharram)
   dan yang keempat adalah Rejab terletak
   antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.
   
Maka ada yang tidak faham menuduh orang Melayu meletakkan hari Melanggir Keris dibuat di bulan Muharram sebagai khurafat padahal dalilnya ialah ketika umat Islam dahulukala tidak berperang selama tiga bulan berturut-turut atas larangan berperang di bulan haram iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram maka pastilah mengambil kesempatan kelapangan masa, keris itu yang ada kesan darah, kesan najis dan juga karat dicuci bagi persediaan andai ada kegunaan bermula pada bulan Safar nanti.

Dan sememangnya orang Melayu itu banyaklah perang dahulunya dengan Siam dan dengan penjajah Barat, maka kerislah jadi alat pertahanan diri dan di situlah melanggir keris dibuat dan diadatkan.

Adat melanggir keris itu, keris akan dicuci dengan hirisan limau nipis atau nenas dan selepas itu diperasap dengan bara kemenyan.
Maka dilihat orang yang tidak reti adat pekerjaan lalu dinistakan sebagai khurafat dan syirik konon memuja jin atau syaitan walhal ilmu orang Melayu melanggir keris itu secara saintifik jelas penggunaan limau nipis atau nenas bagi membersihkan keris kerana unsur asid sitrik di dalamnya berperanan melunturkan karat dan membersihkan permukaan keris daripada kotoran dengan fungsi antikulat dan antibakteria.

Kalian kat rumah pun pandai juga menggunakan pencuci pinggan yang ada sebatian lemon atau limau nipis tapi bila bab keris dinistakan pula.
Perkara perasap keris dengan bara kemenyan adalah sebab untuk mengeringkan bilah keris daripada kebasahan asid sitrik, memanaskan secara luaran untuk disalutkan dengan lilin cair dan memberikan bau wangi kemenyan kepada bilah keris tersebut malah ada sesetengah pemilik keris meletakkan bau-bauan tambahan sebelum keris tersebut disimpan, insyaAllah keris itu akan tahan sehingga ratusan tahun.
SEKIAN



Kredit : Wan Amir

ally9970 Publish time 20-1-2022 05:46 PM

Good info...

Tinot7 Publish time 20-1-2022 06:18 PM

Perkara perasap keris dengan bara kemenyan adalah sebab untuk mengeringkan bilah keris daripada kebasahan asid sitrik, memanaskan secara luaran untuk disalutkan dengan lilin cair dan memberikan bau wangi kemenyan kepada bilah keris tersebut malah ada sesetengah pemilik keris meletakkan bau-bauan tambahan sebelum keris tersebut disimpan, insyaAllah keris itu akan tahan sehingga ratusan tahun.

sebab nih ka? selama nih iols ingatkan deme buat ritual apoo la nih..

jas7512 Publish time 22-1-2022 06:41 PM

Basuh dgn pencuci pinggan takde asap....klu guna kemenyan..kan ada asapnya...asap tu mknan jin...apa2 benda yg berasap dan kemudian ada bacaan2 tertentu..manalah org x kaitkan dgn ritual dan khurafat...melayu x diukur dgn keris sahaja. Melayu tu dikenali dgn tertib dan budinya

sharlenetexas Publish time 11-3-2022 03:36 AM

Cuci keris dengan limau tu asid ada kaitan dengan tindak balas redoks. Perasap nak matikan kuman. Paling senang guna spray anti karat wd40.

Pages: [1]
View full version: Melayu berkeris...


ADVERTISEMENT