Agent13k Publish time 19-1-2022 04:42 PM

Kucing Menjadi Peneman Nenek Strok

Di hulu Terrengganu seorang wanita warga emas yang dahulunya seorang periang dan aktif telah berubah 360 darjah selepas terkena strok 4 tahun lalu.

Memetik Kosmo, Mariam Ishak yang berumur 83 tahun itu lumpuh dari paras pinggangnya yang sekarang terlantar di atas katil dan perlu perhatian daripada anak-anaknya.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/19/140253q56tcoxywx88qae6.pngkredit: Kosmo



Anak bongsunya, Nor Aini Musa berusia 40 tahun itu bercerita ketika ibunya sihat, dia adalah seorang yang aktif dan selalu menjaga kucing-kucing terbiar.


Ujarnya ibunya selalu merawat kucing-kucing yang dikutip tepi jalan, kucing-kucing itu dijaga dengan penuh sayang tetapi semuanya berubah apabila ibunya diserang strok pada 2018.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/19/140540st8d7wsfpnwj351v.pngkredit foto: Catvilla



Anaknya yang sedang berusaha menjaga amanah untuk menguruskan hampir 20 ekor kucing peliharaan memandangkan ibunya diserang strok dan tidak boleh menjaga kucing-kucingnya.


Puan Mariam yang mempunyai 9 anak dan semuanya mencuba membantu untuk meringankan beban sekeluarga.

Menurut Nor Aini, dia mengimpikan untuk mengubah suai sebuah bilik yang mempunyai kemudahan bilik air yang pasti akan memudahkan ibunya untuk mengguna bilik air.


Orang ramai yang ingin membantu boleh memberi sumbangan menerusi akaun bank Nor Aini 1150 0290 0021 3861 (BANK SIMPANAN NASIONAL) atau boleh menghubunginya 017-299 0612. -CARI

saviour_09 Publish time 20-1-2022 08:02 AM

moga dipermudahkan urusan acik sekeluarga

musangbodoh Publish time 20-1-2022 12:57 PM

ujung2 minta bantuan aihh...ingtkan kisah kucing...tukaq tajuk lenkali

jazaa100 Publish time 21-1-2022 03:17 PM

Ada 9anak.....

Nk buat bilik air pun nk derma....:L
Pages: [1]
View full version: Kucing Menjadi Peneman Nenek Strok


ADVERTISEMENT