Cintaerina Publish time 19-1-2022 04:30 PM

Ibu Basuh Botol Susudan Buang Air Panas Bawah Pokok, Anak Meraung Badan Jadi Keras

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/19/143948zhptpx3thht12t79.png
Sumber: Tiktok Tuan Syamil




Rakyat Malaysia sentiasa singgah di R&R untuk merehatkan diri setelah perjalanan yang panjang di atas lebuh raya. Namun, persinggahan ini kadang-kadang bertukar menjadi pengalaman seram bagi sesetengah orang. Bukan sekali dua kita mendengar kisah-kisah mistik, tetapi sudah berlaki-kali perkara ini terjadi di kawasan R&R. Baru-baru ini, sebuah keluarga ini jugamengalami situasi yang hampir sama sewaktu berada di R&R Genting Sempah.

7050894090648423706


"Demi Allah, saya tak pernah tengok anak saya macam tu"


Menerusi posting terbaru Tuan Syahmi di TikToknya baru-baru ini, kejadian itu terjadi apabila mereka sekeluarga sedang berada di drive-thru sebuah restoran makanan segera. Kerana terlalu lama menunggu giliran, dia mula turun daripada kereta untuk membasuh botol susu anaknya dengan air panas. Sisa susu dan basuhan itu dibuang ke kawasan bawah pokok berdekatan dekat restoran tersebut. Namun peliknya, anak kecilnya tiba-tiba meraung tanpa henti dengan badan menggelepar.


https://mapio.net/images-p/11224884.jpg
Sumber: Google Image


Anaknya tiba-tiba meraung macam kena sampuk. Tuan Syahmi telah membaca ayat-ayat al-Quran tapi anaknya masih meraung. Tanpa menunggu dengan lebih lama, mereka sekeluarga terus pergi tinggalkan kawasan tersebut dan mencari tempat lebih terang dan ramai orang.


Akhirnya Tuan Syahmi ikhtiar dengan memasangkan bacaan rukhyah daripada YouTube, barulah keadaan kembali tenang dan anaknya tiba-tiba menjadi diam dan tenang. Akibat daripada kisah terbabit, lelaki ini berpesan kepada netizen untuk mengelakkan membuang sampah ataupun benda lain di merata tempat kerana dikhuatiri akan terkena kepada ‘benda’ tidak sepatutnya. -CARI

KamikuP Publish time 19-1-2022 05:12 PM

Ingatkan ibu curah air panas kat baby yg ada bawah pokok

hareeeesah Publish time 19-1-2022 10:09 PM

Ingat dia curah kat anak datang dari belakang or anak tu nyorok tepi pokok..
kan dah biasa org pesan benda ni

AcikBuncit Publish time 19-1-2022 11:46 PM

Sebab tu nak buat apa2 kena dimulakan dgn bismillah.. Sebut bismillah, bnda2 pun lari. Mcm yg org pesan kalo nk curah air panas dalam sinki.. Bc bismillah.. T jin dgr dia lari. Xdala kena kat anak2 jin tu nanti dia kaco ko skluarga baru ada akai.. Tp seeloknya ko xpyh la buang ataupn kncing ke apa2 kalau dh kwsn semak samun nun.. Mmg rumah depa le sana

Suchi Publish time 20-1-2022 09:08 AM

Makan kat mekdi genting sempah ke? Sakit pokok tu ko tuang air panas.

musangbodoh Publish time 20-1-2022 12:54 PM

pokok pun bleh mati curah ayaq panaih...mengong acik nie

Artemesiaa Publish time 21-1-2022 04:55 PM

Curah ler dalam longkang kalau ya pun jangan main curah sana sini ikut suka

Supersirap Publish time 21-1-2022 10:51 PM

Carilah sinki, proper sikit

swateng1 Publish time 24-1-2022 05:11 PM

nak tuang ayaq panas dalam sinki pun kena baca bismillah dulu. ni plak kat tempat2 mcm tu. jangan main tuang mcm tu saja. kita ni tak nampak dengan mata kasaq makhluk2 lain.

Radzor Publish time 24-1-2022 07:46 PM

Agak2 omputih ada tak kne mcm ni. Ke kat nusantara je

Gomea Publish time 24-1-2022 11:44 PM

Baca kat sini baru tahu kena baca bismillah kalau nak curah air panas kat sink. Nanti lepas ni boleh amalkan
Pages: [1]
View full version: Ibu Basuh Botol Susudan Buang Air Panas Bawah Pokok, Anak Meraung Badan Jadi Keras


ADVERTISEMENT