CARI-MRO Publish time 19-1-2022 09:39 AM

Muka Tak Sama, Ryzal Ibrahim Bengang Diminta Buat DNA Anak

Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang telah meninggalkan komen ‘biadab’ di laman Instagramnya.


Komen tersebut meminta Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap anak perempuannya Rina.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/19/093727efb22xiszxs1ez3e.pngFoto: IG




Ini kerana dakwa netizen tersebut, wajah bayi berusia tiga bulan itu tidak sama seperti personaliti tersebut.


Menerusi hantaran di laman InstaStorynya juga Ryzal turut berkongsi tangkap layar individu tersebut dengan komen ‘biadab’ yang telah ditinggal netizen terbabit.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/19/093427p8gvbx80xd0uzxvx.png







Pada masa sama, Ryzal berkata, mungkin kurang berkesan dari segi kesedaran jika dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Justeru, Ryzal bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang atas komen biadab itu kerana ia telah menyinggung perasaannya sebagai seorang suami dan bapa.


Susulan perkongsian itu, rata-rata pengikutnya menggesa Ryzal mengambil tindakan terhadap individu tersebut walaupun komennya difahamkan telah dipadam.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/19/093427rlmvb0llnq66q0c5.png



“Muka bapak, kulit mak, nak test DNA apanya. Saman je,”tulis Sinnahuy75.


“Elok je ada iras-iras Ryzal, kira 50-50 la tu muka ayah dia tapi versi Korea. Choii betul yang mulut celupar tu, tengok gambar guna mata lutut ke apa,”ujar itsmebellaluna.




https://www.instagram.com/p/CYCJ0HyBjCs/


Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengikutnya dikenali sebagai aida.mus.




https://www.instagram.com/p/CVUBFInJrdu/




https://www.instagram.com/p/CVjyXsfBn-9/


“Hidung sah-sah ikut ayahnya, celah mana boleh jadi anak orang lain. Jangan main-main dengan fitnah,”katanya.


Terdahulu, Ryzal mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita warga Korea Selatan yang dikenali sebagai Maryam pada 15 Ogos 2019. -CARI


Sumber: Kosmo

epullipan Publish time 19-1-2022 11:50 AM

lantak ko la..tak yah follow mamat ini

KucingBiru Publish time 19-1-2022 12:45 PM

Orang laki kalau takde kerja mmg senang triggered. Komen troll gini pun nak amik pot.
Pages: [1]
View full version: Muka Tak Sama, Ryzal Ibrahim Bengang Diminta Buat DNA Anak


ADVERTISEMENT