missroses87 Publish time 18-1-2022 10:28 PM

Habis Muka Berlumur Minyak Hitam, Reaksi Lelaki Melatah Ini Bikin Dekah!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/18/110320zdls3pdsuzuerpcx.jpg



Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak pula yang berkongsikan rakaman tentang orang melatah. Kadang-kadang, perkongsian video tersebut mampu membuatkan orang lain terhibur dengan perbuatan spontan mereka ini.

Bagaimanapun ada juga perbuatan tanpa disengajakan ini mengundang rasa kasihan kepada mereka yang melatah.

Malah, baru-baru ini satu rakaman memaparkan seorang lelaki mengejutkan rakannya yang melatah turut mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, dalam rakaman tersebut lelaki melatah ini sedang membuat kerja-kerja pembaikan kenderaan. Di awal rakaman itu dia turut memberikan amaran tangannya penuh minyak.

Namun, dia terus dikejutkan rakan sehingga terlumur minyak ke mukanya sendiri. Semua gara-gara terkejut dan melatah. Berikut adalah rakaman dikejutkan rakan yang menyebabkan lelaki ini melatah:


7053343526435704090

Perkongsian rakaman dikejutkan rakan ini dimuat naik seorang pengguna TikTok dengan nama akaun mzairuni.


"Kawan macam ni limited bro. Jaga persahabatan korang elok2..Masih boleh tersenyum dia"
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/18/105117py6p0pdq6z0rvymn.jpg


"Teringat kawan saya time tu tengah makan kat kantin ada plak kicap dalam botol member cucuk dia terus dia g picit botol kicap habis berkicap semua orang kat situ"
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/18/105117d9auckq7qbuwztuo.jpg



"Banyak2 video melatah yang akak tengok, yang video adik bi buat akak sakit perut tergelak"


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/18/105117l7l8i9i1i3z3j6ld.jpg



"Kesian dia bang..Dalam kesian nak tergelak juga. Sorry abang minyak"


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/18/105116osgbmmgbg71hibzm.jpg



Member dia pun memang buat hal betul! Tak pasal-pasal muka lelaki ini dilumur minyak. Apa-apapun, saat seperti ini mungkin menjadi satu kenangan satu hari nanti. - CARI

Adrif Publish time 19-1-2022 02:19 AM

dia repair ape tu
Pages: [1]
View full version: Habis Muka Berlumur Minyak Hitam, Reaksi Lelaki Melatah Ini Bikin Dekah!


ADVERTISEMENT