Agent13k Publish time 18-1-2022 10:21 PM

5 Logo Jenama Popular Yang Mempunyai Simbol Mitologi!

Banyak pengusaha sebolehnya enggan mencampur elemen agama ataupun kepercayaan tertentu menerusi logo produk merekakerana khuatir pengguna akan salah tafsir.


Pun begitu, mungkin ramai tidak sedar yang sebenarnya banyak produk terkenal mempunyai logo dengan makna tersendiri seperti kepercayaan Mitologi.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/17/174136i4le3ialtl3x5avc.pngkredit foto: CNN



Ini adalah 5 logo jenama popular yang mempunyai simbol mitologi.



[*]Nike (Dewi Nike)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/17/173506vxxewxe0hkw9xtaa.pngkredit foto: Wikipedia



Lihat saja logo Nike, umum sudah tahu ia merupakan jenama produk sukan terkenal di dunia. Perkataan dari logo itu diambil daripada nama Dewi Yunani iaitu Nike.


Nike merupakan dewi yang mengusai kemenangan dan anak kepada seorang Titan bernama Pallas dan ibunya, Styx.

Ramai penyelidik mitologi percaya orang Yunani dulu menyembah Nike untuk meninggikan kadar kejayaan mereka dalam sesuatu usaha yang diusahakan.



[*]Starbucks (Siren)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/17/173551b5l52gum32q6rc3q.jpgkredit foto: Quora



Jenama Starbucks pula mempunyai kisah yang lain sedikit kerana ia tidak memaparkan dewa-dewi dari Mitologi, tetapi logo Starbucks berasal daripada sejenis makhluk dalam mitologi yang dinamakan Siren.


Menurut penerangan rasmi Starbucks dulu, logo itu hadir tidak sengaja semasa pengurusan awal Starbucks. Selepas dirujuk dari pelbagai sumber, salah seorang pereka menemui kisah dan lakaran makhluk Siren di dalam buku rujukan kehidupan marin.

Salah satu pendapat lain adalah logo itu datang daripada Dewi Astarte atau Ashtoreth yang dipuja kerana memberi kesuburan dan seksualiti masyarakat dahulu.


Logo Starbucks dahulu lebih menyerupai makhluk Siren dan sekarang ianya hanya memaparkan muka dan ekornya yang bercabang.



[*]Saluran TV NBC (Burung Merak Hera)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/17/173716k4nsee9skm442e7e.pngkredit foto: SQLServer



NBC adalah saluran media yang popular di seluruh dunia dan logo merak yang mempunyai pelbagai warna amat dikenali ramai.


Logo ini datang dari burung merak yang dibela Dewi Hera. Dalam mitologi kepercayaan orang Yunani, burung merak merupakan makhluk yang disayanginya.

Ceritanya, Hera mempunyai pengawal gergasi yang bernama Argus, bagaimanapun Argus ada perselisih faham dengan Zeus yang kemudian memerintahkan Argus dibunuh.


Zeus kemudian memutuskan untuk menukarkan Argus menjadi burung merak selepas Hera kecewa dengan keputusannya sebelum itu.



[*]Versace (Medusa)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/17/173757p4gjpbmmmgggjyk4.pngkredit foto: LogoM



Versace adalah jenama pakaian yang ramai tidak sedar logonya adalah dari makhluk mitologi Medusa, Gianni Versace.


Kata pengasasnya, logo Versace diinsiprasikan dari makhluk mitogi Medusa kerana ia mampu menggoda sesiapa saja.

Medusa adalah salah satu makhluk daripada jenis Gorgon yang mempunyai rambut daripada puluhan ular dan sesiapa yang melihat Medusa dikatakan akan bertukar menjadi batu.



[*]Dove (Aphrodite)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/17/173932qkqdzaq4a69qidqv.jpgkredit foto: 1000logos



Mungkin ramai yang tidak tahu makna logo Dove yang terkenal sebagai produk kebersihan diri. Sama seperti Dewi Hera yang menyanyangi burung merak, burung merpati adalah kesayangan Dewi Aphrodite yang menguasai kasih sayang, cinta, kecantikan dan kesuburan.

Semasa mahu menamakan produk sabun keluaran adik beradik Lever, mereka pada mulanya bercadang menggunakan Honey ataupun Sunlight, tetapi memilih Dove sempena inspirasi kecantikan Dewi Aphrodite. - CARI

matbad Publish time 19-1-2022 02:05 AM

bagus info

pinggan Publish time 19-1-2022 05:12 AM

Luxury brand, Hermes tu pun ambil dari one of Greek gods jgk

elzy Publish time 24-1-2022 03:11 PM

Kalau ada penjelasan tentang maksud simbol luxury brands lebih menarik..
Pages: [1]
View full version: 5 Logo Jenama Popular Yang Mempunyai Simbol Mitologi!


ADVERTISEMENT