Vellfire Publish time 17-1-2022 08:24 PM

Ibu negara baharu Indonesia dinamakan Nusantara

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/04012022-41-1-jokowi.jpeg

JOKO WIDODO

JAKARTA: Ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur akan dinamakan sebagai Nusantara.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia, Suharso Monoarfa hari ini.
Katanya, nama tersebut dipilih dan disahkan oleh Presiden Joko Widodo atau Jokowi.
“Saya baru terima pengesahan dan arahan daripada Presiden Jokowi untuk menamakan ibu negara baharu Indonesia sebagai Nusantara.
“Pilihan itu dibuat kerana Nusantara sudah diketahui sejak dari dulu lagi, selain menjadi ikon antarabangsa dan menggambarkan Indonesia,” katanya.
Namun, belum dapat dipastikan sama ada ibu negara baharu itu akan dijadikan sebagai wilayah atau bandar.
Pada 2019, Jokowi mengumumkan ibu negara Indonesia iaitu Jakarta akan dipindahkan ke Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur.
Langkah itu dibuat berikutan keadaan yang semakin sesak di Jakarta, selain bandar raya itu dilaporkan semakin tenggelam. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/01/ibu-negara-baharu-indonesia-dinamakan-nusantara/
Pages: [1]
View full version: Ibu negara baharu Indonesia dinamakan Nusantara


ADVERTISEMENT