Raline Publish time 17-1-2022 10:20 AM

Tidak pernah gagal 'ziarah' kubur tuan

Tidak pernah gagal 'ziarah' kubur tuan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kucingserbaia1_1642372214.jpg
KUCING milik Sheikh Muamer terus setia berada di kubur tuannya yang meninggal dunia dua bulan lalu. FOTO Twitter Lavedar

Belgrade: Kucing dan anjing dikatakan antara haiwan yang memiliki hubungan istimewa dengan manusia disebabkan kesetiaan pada pemiliknya.

Ini yang berlaku pada seekor kucing di Serbia yang setia menemani pemiliknya yang sudah meninggal dunia dua bulan lalu.

Kucing itu milik agamawan Sheikh Muamer Zukorli yang terus setia menemani pemiliknya yang sudah meninggal dunia November lalu.

Haiwan itu dikatakan akan melawat kubur tuannya setiap hari.

Pengguna Twitter Lavedar berkongsi gambar kucing itu yang duduk di tepi kubur pemiliknya sebelum ciapan itu tular.

Berdasarkan ciapan itu, Sheikh Muamer Zukorli dikatakan meninggal dunia pada 6 November lalu.

Sejak itu, kucing milik agamawan itu tidak pernah gagal 'menziarahi' kubur tuannya.

Kucing itu dikatakan akan berjalan atau duduk berhampiran kubur dan gambar yang tular mengundang sebak netizen.

Kucing berwarna coklat itu terus setia dan akan berada berdekatan kubur pemiliknya sejak hari kematian agamawan itu.

Ciapan berkenaan kemudiannya diulang ciap oleh ribuan pengguna Twitter yang terharu dengan kesetiaan haiwan itu.

Walaupun dalam suasana cuaca bersalji, kucing itu tetap setia berada di tepi kubur.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/utama/2022/01/800799/tidak-pernah-gagal-ziarah-kubur-tuan

Zaien Publish time 17-1-2022 11:15 AM

comelnya.. mesti arwah layan baik sgt kt kucing tu...

Artemesiaa Publish time 17-1-2022 05:07 PM

Kat tanahair pun ada je kes macam ni
Pages: [1]
View full version: Tidak pernah gagal 'ziarah' kubur tuan


ADVERTISEMENT