Raline Publish time 16-1-2022 08:10 PM

legenda dinosaur yang mempunyai sayap

Pada tahun 1930, sekumpulan cowboy telah mendakwa mereka telah memburu dan membunuh makhluk seperti burung besar yang berterbangan di Tombstone, Arizona. Makhluk ini sangat mirip dengan legenda dinosaur yang mempunyai sayap.

Ia mempunyai lebar sayap 16kaki, dan mempunyai paruh sepanjang 8 kaki. Sebelum itu, ramai penduduk di kawasan itu mendakwa melihat seekor burung besar yang menyerupai famili reptilia, ia amat menakutkan mereka dengan badan haiwan itu yang besar dengan sayapnya yang panjang.
Foto: apakah sebenarnya burung besar ini ???? Adakah benar ianya dari famili dinosaur?????
Thunderbird, Burung Gergasi Misterius

Salah satu makhluk kryptid yang paling terkenal dan menimbulkan rasa ingin tahu saintis kepada masyarakat umum ialah Thunderbird.Terdapat banyak laporan dan pengakuan tentang penampakan makhluk ini.Tetapi anehnya, tidak pernah ada fosil atau dokumentasi, jadi makhluk ini sering diklasifikasikan sebagai makhluk mitologi.

Thunderbird adalah istilah bagi makhluk kryptid yang sering disifatkan sebagai makhluk berupa burung dengan ukuran raksasa yang dikatakan sebagai makhluk purba yang masih ada.Makhluk yang sama telah dilaporkan dilihat di Dunia Lama atau yang sering dipanggil Rocs.

Sesetengah saintis yang meminati haiwan kryptid ini sering menyifatkan Thunderbird sebagai haiwan yang mempunyai badan seperti pterosaurus atau Pteranodon.Walaupun terdapat banyak laporan mengenai penampakan Thunderbird selama berabad-abad, hampir tiada bukti fosil ditemui, jadi makhluk ini dianggap sebagai mitos atau legenda.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=4732367936859558&set=pcb.354492852762626


https://www.facebook.com/photo?fbid=4732368186859533&set=pcb.354492852762626

https://www.facebook.com/photo?fbid=4732368366859515&set=pcb.354492852762626

epullipan Publish time 17-1-2022 01:01 PM

gambo ade ke gambo

Tinot7 Publish time 18-1-2022 03:13 PM

epullipan replied at 17-1-2022 01:01 PM
gambo ade ke gambo

thunderbirds yg iols tau hat ni jahh.. tak tau la kalau membantu ke dakk.. hahaha...

AOHBf8ZUpBs

epullipan Publish time 19-1-2022 09:13 AM

Tinot7 replied at 18-1-2022 03:13 PM
thunderbirds yg iols tau hat ni jahh.. tak tau la kalau membantu ke dakk.. hahaha...

antara cite faberet zaman kanak2 dulu

Tinot7 Publish time 19-1-2022 04:14 PM

epullipan replied at 19-1-2022 09:13 AM
antara cite faberet zaman kanak2 dulu

hahaha... masa iols tgk jaman kanak2 iols, iols rasa lame sgt .. hahahah... kenapa patung2 tuh tak realistik, pikiaq iols.
Pages: [1]
View full version: legenda dinosaur yang mempunyai sayap


ADVERTISEMENT