mattzzx Publish time 15-1-2022 03:26 PM

'Rumah Snow White' untuk dijual

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sn15hm_1642225951.jpg
LAMAN di rumah berkenaan. FOTO Agensi

London: Sebuah rumah yang mendapat inspirasi daripada cerita dongeng kanak-kanak, Snow White mahu dijual dengan harga 800,000 euro (RM3.8 juta).

Portal Mirror melaporkan, rumah merah jambu yang unik itu terletak di Battersea, London, Strath Terrace itu mempunyai bahagian luar berwarna merah jambu terang, ciri-ciri antik dan laman belakang yang cantik.

Rumah tiga bilik tidur itu dilengkapi dua bilik mandi menampilkan gaya hiasan yang unik di keseluruhan sudut rumah dengan banyak warna di sekeliling, serta siling berkubah.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sn15hm1_1642225953.jpg
SALAH satu bilik di rumah berkenaan. FOTO Agensi

Di dalam bilik tidur utama, terdapat pendiang api yang selesa, lantai kayu asli dan tangga, manakala dapur mempunyai almari kayu berperincian logam dan siling beralang.

Bilik tidur utama termasuk yang dihias unik itu dengan siling berkubah serta katil empat tiang emas membuatkan pembeli seperti sedang melangkah ke alam Beauty and the Beast.

Walaupun taman belakang terasa seperti sesuai untuk pemandangan dalam Snow White, ia juga diserikan dengan tumbuhan liar dan perabot klasik.

Bilik mandi di tingkat atas kelihatan luar biasa, menampilkan tab mandi tembaga, gabungan warna akuamarin dan magenta serta mural.

Selain dua bilik tidur, hartanah ini mempunyai kawasan mezanin, sesuai untuk penyimpanan atau ruang pejabat

penutupbotol Publish time 28-10-2023 04:29 PM

unique house
Pages: [1]
View full version: 'Rumah Snow White' untuk dijual


ADVERTISEMENT