Cintaerina Publish time 14-1-2022 10:50 AM

Miliki 1,788 Kamar Beradu, Istana Terbesar Di Dunia Milik Kerajaan Brunei

Edited by Cintaerina at 14-1-2022 11:10 AM

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/14/091639wlfk1qwgqgdyse6d.png
Sumber: Google Image
Seperti yang kita semua maklum, istana atau mahligai merupakan tempat tinggal raja-raja dan kerabat-kerabatnya.
Perkataan Istana yang diambil dari bahasa Sanskrit iaitu sthāna, mempunyai pelbagai bentuk dan ‘style’ mengikut budaya dan adat tertentu. Menerusi laman sesawang Guinness World Records, Istana Nurul Iman merupakan istana yang terbesar di dunia.

Hari ini kita akan kupaskan dengan lebih lanjut tentang istana yang terbesar di dunia. Istana terbesar dunia terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei.
Istana Nurul Iman merupakan istana milik kerajaan Brunei, yang sekarang ini Sultan Ke-29 Brunei, Raja Hassanal Bolkiah ibni Omar Ali Saifuddien III bersemayam. Istana yang mempunyai keluasan sebanyak 200,000 m² (2,152,782 ft²)dan mempunyai 1,788 bilik.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/14/092004fh8bxdk7kxf9k8xq.jpg
Sumber: Google Image








Selain daripada itu, istana ini juga mempunyai 257 bilik mandi dan dewan besar yang memuatkan seramai 5,000 tetamu dalam satu masa. Bukan itu sahaja, istana ini menpunyai masjid besar dan garaj yang mampu memuatkan 110 buah kereta yang hebat dan mahal, menakjubkan!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/14/092910ivewzevxmnkhmsxz.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/14/092028a0aca2gqtmi4nq4a.jpg
Sumber: Google Image



Bukan itu sahaja, dalam istana ini juga terdapat 200 pendingin hawa dalam kawasan kuda polo dan 5 kolam renang. Agak-agak berapalah jumlah bil elektrik yang perlu dibayar setiap bulan?
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/14/092342yhf1h7i0i8i1i037.png
Sumber: Google Image



Istana ini direka khas oleh arkitek dari Filipina iaitu Leandro V. Locsin bersama pereka hiasan dalaman dari United Kingdom, Khuan Chew dan dibina oleh Ayala Corporation dan siap sepenuhnya pada tahun 1984.
Dengan menelan kos sebanyak 1.4 billion, memang layaklah istana ini digelar istana terbesar di dunia! -CARI

ayukpingu Publish time 14-1-2022 11:11 AM

wahh..menarik

Adrif Publish time 14-1-2022 11:11 AM

kalau mak diorang panggil makan, kena call handphone ke camane?
atau guna cara tradisi.. mak jerit, "WEEYYYY, MAKANNNN. JOM MAKAANNN"

lepas tu diorang berjalan ke berlari pegi dapur?
atau diorang naik skuter atau kereta atau order grab istana?
ke dapur yang berjalan pergi kat diorang?

aku takle brain la hidup manusia kayangan warna kuning-kuning ni :L

ayukpingu Publish time 14-1-2022 11:15 AM

royal family masih stay kat situ ke?.sebab kebanyakan sekarang istana tu diguna utk pejabat pentadbiran

caprisonne Publish time 14-1-2022 12:20 PM

Tak minat dgn brunei ni.. too lavish.. walaupun mmg terlalu kaya, tapi hmm ntah la.. harap2 harta dpt membawa ke syurga la

kucingitam Publish time 14-1-2022 12:34 PM

Adrif replied at 14-1-2022 11:11 AM
kalau mak diorang panggil makan, kena call handphone ke camane?
atau guna cara tradisi.. mak jerit,...

pakai paging system kot...mcm kat supermarket..ada service counter untuk buat announcement

Artemesiaa Publish time 14-1-2022 05:13 PM

Tak hairan kalau dari sana

gideoncross Publish time 14-1-2022 05:50 PM

ayukpingu replied at 14-1-2022 11:15 AM
royal family masih stay kat situ ke?.sebab kebanyakan sekarang istana tu diguna utk pejabat pentad ...

Aiol as org Brunei boleh ckp yg Sultan & family dia msih tinggal kat situ tpi yg lain2 tinggal kat brlainan tmpt.

gideoncross Publish time 14-1-2022 05:51 PM

caprisonne replied at 14-1-2022 12:20 PM
Tak minat dgn brunei ni.. too lavish.. walaupun mmg terlalu kaya, tapi hmm ntah la.. harap2 harta dp ...

Yg lavish krabat Diraja je brotha/sisthur, kitorg yg Marhaen kat sini biasa2 je. Kais pgi, mkn pgi, kais ptg, mkn ptg, lgi2 time Corona ni.

marbelle Publish time 14-1-2022 07:48 PM

Wowwww!!! Mewah sgt ni

mama_cat Publish time 14-1-2022 09:04 PM

Adrif replied at 14-1-2022 11:11 AM
kalau mak diorang panggil makan, kena call handphone ke camane?
atau guna cara tradisi.. mak jerit,...

ala ala downton abbey... hehehe.. time makan tarik loceng kat dewan makan... hehehehehe

aina_shaira Publish time 14-1-2022 09:34 PM

gideoncross replied at 14-1-2022 05:51 PM
Yg lavish krabat Diraja je brotha/sisthur, kitorg yg Marhaen kat sini biasa2 je. Kais pgi, mkn pgi ...

maaf kalau tanya noob Qsultan sana kaya sebab apa ye?

krustykrab Publish time 14-1-2022 10:47 PM

Adrif replied at 14-1-2022 11:11 AM
kalau mak diorang panggil makan, kena call handphone ke camane?
atau guna cara tradisi.. mak jerit,...

Ko punya persoalan kira ok lagi
Masa aku sek rendah, aku duk terfikir mcm mana agaknya raja permaisuri ni berak...

krustykrab Publish time 14-1-2022 10:51 PM

gideoncross replied at 14-1-2022 05:51 PM
Yg lavish krabat Diraja je brotha/sisthur, kitorg yg Marhaen kat sini biasa2 je. Kais pgi, mkn pgi ...

Lah.ingatkn korg semua kaya2 sbb katanya gaji tukang sapu pun riban2...
Korg nk gi mekah pun free kan?

gideoncross Publish time 15-1-2022 12:22 AM

krustykrab replied at 14-1-2022 10:51 PM
Lah.ingatkn korg semua kaya2 sbb katanya gaji tukang sapu pun riban2...
Korg nk gi mekah pun free...
Tu smuanya palsu belaka hahahaha, klau lh btul2 kitorg yg Marhaen camtu, dh lma dh kitorg ni xyah cri krja susah2 hahahaha. Tukang sapu kat sini gaji bwah $500 pstu yg dpt gi Mekah free tu cuma utk Mualaf je & cuma dpt gi free klau pass exam which is tahu bca Quran & boleh recite several Surahs. Slain dri tu, korg org2 Msia & S'pore dh kna tipu hidup2 hahahaha lollll & yg dpt gji brpuluh ribu, tu cuma utk expatriates je.

gideoncross Publish time 15-1-2022 12:25 AM

aina_shaira replied at 14-1-2022 09:34 PM
maaf kalau tanya noob Qsultan sana kaya sebab apa ye?

Kaya sbb dri nenek moyang je, harta2 yg sllu korg dpt tngok kat media cam diamonds, hotels, kreta supercars yg mhal2 tu, kpl trbng dia etc tu smua harta pribadi dia. Xde kongsi2 dgn Marhaen cam kitorg, Marhaen cam kitorg kais pgi, mkn pgi, kais ptg, mkn ptg. Lgi2 time Corona ni, rmai gak yg d buang krja mngejut & hri tu ada yg update gji dia cuma $100 je sbulan.

che-cikL Publish time 15-1-2022 12:48 AM

Bedrooms jauh lebih byk drp bathrooms, macamana ya? Iols bayangkan setiap bilik tidur mesti ada en suite bathroom sekali.

SpyLeman Publish time 15-1-2022 01:01 AM

Brunei ni yg uniknya harta kerajaan dan harta peribadi raja dan kerabat tak blh dibezakan. Semua sama...harta rakyat adalah seciput. Yg lain2 harta Ahmad Albab yg punyaaaa

apedehal Publish time 15-1-2022 05:24 AM

che-cikL: Bedrooms jauh lebih byk drp ba ...
Mungkin kira bilik2 maids or driver sekali kut..yg en suite cuma soltan n kaum kerabat..mungkin la iols pun xtahu.tp soltan brunei harta bnyak xnk tmbh kemudahan2 utk rkyat,tmpat libur2 utk rkyat ke..sbb katanya kwn aku p sna bosan nk mamp

ayukpingu Publish time 15-1-2022 08:42 AM

aina_shaira replied at 14-1-2022 09:34 PM
maaf kalau tanya noob Qsultan sana kaya sebab apa ye?

sebab hasil minyak. Brunei salah satu pengeluar terbesar minyak mentah. walaupun negera kecikk je tapi pengeluaran minyak paling besar yer seluruh dunia.
Tapi sekrg ni tak selavish dah, pasaran minyak makin merundum.
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Miliki 1,788 Kamar Beradu, Istana Terbesar Di Dunia Milik Kerajaan Brunei


ADVERTISEMENT