seribulan Publish time 14-1-2022 08:36 AM

...Keadaan banjir di Negeri Sembilan dan keperluan untuk mangsa...

Wang ihsan RM1,000 diperluas untuk Ketua Isi Rumah terjejas banjir             Disember 26, 2021 @ 5:04pm            



https://assets.bharian.com.my/images/articles/tilammm_1640509446.jpg Mangsa banjir di Kampung Cennah, Jelebu membawa pulang tilam dan bantal disumbangkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Rumah Prihatin pada Program Prihatin Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama mangsa banjir Jelebu di Balai Raya Kampung Cennah. - Foto BERNAMA




KUALA LUMPUR: Kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa banjir akibat monsun timur laut kini ditingkatkan kepada RM1,000 daripada RM500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana itu, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurutnya, sejajar dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jumlah BWI diberi bukan sahaja untuk KIR di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi turut diperluas kepada KIR yang tidak berpindah ke pusat terbabit.

"(Berikutan penambahbaikan ini), mangsa boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini hanya sekali semasa monsun terbabit manakala bantuan kematian kepada waris mangsa dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000," katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan kemas kini Kementerian Kewangan hari ini yang menyenaraikan peruntukan dan langkah tambahan diambil kerajaan bagi menangani banjir pada tahun ini.





[*]Kerajaan peruntuk RM1.4 bilion bantu mangsa banjir

[*]PKOB negeri selaraskan penyaluran bantuan wang ihsan - NADMA

[*]KASA perlu tambah baik sistem amaran banjir - NADMA

[*]329 KIR di Gombak, Sepang terima bantuan RM2,500







Dalam pada itu, kementerian itu berkata, bagi menyegerakan pemberian BWI kepada mangsa banjir, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 24 Disember, 2021, telah menyalurkan peruntukan awal BWI sebanyak RM26.9 juta kepada semua negeri yang terjejas.


"Selaras dengan penambahbaikan BWI, Kementerian Kewangan akan memastikan NADMA mendapat peruntukan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan

sebenar," katanya. – BERNAMA

seribulan Publish time 14-1-2022 08:45 AM

Mangsa banjir Negeri Sembilan naik mendadak, daerah Tampin teruk terjejasShuhada Abdul Kadir
Januari 2, 2022 09:07 MYT




https://img.astroawani.com/2022-01/81641085963_MangsabanjirNegeri.jpg


Tinjauan di sekitar daerah Tampin mendapati paras air di beberapa kawasan kediaman sudah surut tetapi hujan lebat masih berterusan pagi ini. - Foto Astro AWANI


TAMPIN: Angka mangsa banjir di Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan mendadak kepada 1,666 mangsa setakat jam 8 pagi ini, yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri.

Tujuh daripada jumlah PPS berkenaan dibuka di Tampin, yang merupakan daerah paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini.
Perkembangan itu dimaklumkan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Leftenan Kolonel (PA) Mohd Syukri Madnor kepada Astro AWANI pagi ini.




“Jika pada petang semalam hanya 239 mangsa dipindahkan ke 10 PPS, sehingga pagi ini, 1,666 membabitkan 413 keluarga telah diselamatkan ke PPS berhampiran, selain berlaku peningkatan paras air sungai.

“Buat masa ini PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Kelemah Gemas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 786 mangsa, diikuti PPS SK Agama Arab Jelai 4, yang juga di daerah Tampin ini, dengan seramai 266 mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Syukri berkata, lima PPS lain di daerah Tampin ialah di SK Keru, Surau Kampung Gedok, Dewan Semarak Air Kuning, SK Kampung Londah Gemas, Dewan Besar Gemas dan Dewan Hala Cara Gemas.

Paras air di Sungai Gemencheh juga melepasi paras bahaya 39.9 meter dengan bacaan semasa 39.76 meter.

Selain itu, terdapat juga insiden tanah runtuh di kawasan Kampung Jeram dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan selain laluan utama Tampin menghala ke Pekan Gemas berhampiran Felda Sungai Kelamah juga ditutup.

Katanya, daerah lain yang turut terjejas ialah daerah Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah.

Tinjauan Astro Awani di sekitar daerah Tampin mendapati meskipun paras air di beberapa kawasan kediaman sudahpun surut, namun hujan lebat masih berterusan sejak malam tadi.

seribulan Publish time 14-1-2022 08:46 AM

Banjir di Negeri Sembilan pulih sepenuhnya Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my







https://assets.hmetro.com.my/images/articles/aminuddin_harun_1641696670.jpg DATUK Seri Aminuddin Harun. FOTO arkib NSTP




Seremban: Banjir yang melanda di tujuh daerah di Negeri Sembilan kini pulih sepenuhnya dan semua 44 pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah mangsa banjir di negeri ini yang dipindahkan ke PPS ialah seramai 3,627 orang daripada 957 keluarga.
"Alhamdulillah, banjir di Negeri Sembilan sudah pulih sepenuhnya dan semua 44 PPS yang dibuka di tujuh daerah iaitu Jempol, Jelebu, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Tampin, sejak 18 Disember lalu sudah ditutup.


"PPS terakhir yang ditutup ialah Dewan Orang Ramai Kampung Puom, Jelebu. PPS yang mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai ialah PPS Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelamah, Tampin yang merekodkan seramai 872 orang daripada 232 keluarga," katanya di sini, hari ini.


Beliau berkata, setakat ini kerajaan negeri menyalurkan bantuan banjir sebanyak RM1,000 kepada 4,149 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas.
Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Penyelaras DUN serta Pengerusi Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) dan agensi terbabit sedang giat mengenal pasti mana-mana KIR yang dikhuatiri tercicir daripada menerima bantuan itu.


"Kita (kerajaan negeri) tidak mahu ada kalangan KIR yang menjadi mangsa banjir tercicir daripada menerima bantuan disediakan," katanya.
Aminuddin berkata, pihaknya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua agensi, jabatan serta individu yang terbabit sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam membantu mangsa banjir di seluruh negeri.
"Semangat kekitaan dan kebersamaan yang ditonjolkan itu haruslah dipelihara dan dipraktikkan bukan saja dalam keadaan bencana, malahan setiap masa," katanya.


seribulan Publish time 15-1-2022 02:18 PM

Enam negeri selesai pembayaran Bantuan Wang Ihsan - NADMABernama
Januari 14, 2022 17:34 MYT


https://img.astroawani.com/2022-01/81641895579_BantuanWangIhsan.jpgEnam negeri selesai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir, setakat pagi ini. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Enam negeri iaitu Perak, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan selesai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir, setakat pagi ini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri lain termasuk Pahang dan Selangor untuk tempoh sama, masing-masing mencatatkan peratusan agihan BWI sebanyak 96.4 dan 97 peratus daripada jumlah KIR yang terkesan.

Sehingga 12 tengah hari tadi, dua negeri dilaporkan masih terjejas dengan bencana banjir melibatkan tiga daerah di Johor dan satu daerah di Sarawak.

seribulan Publish time 17-1-2022 12:18 PM

Edited by seribulan at 17-1-2022 11:20 AM

Ramalan Cuaca Negeri

Negeri Sembilan

                     
TarikhCuacaRamalan
17/01/2022
Isninhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di satu dua tempat                                       Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan                  pedalaman
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
18/01/2022
Selasahttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalamanPagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
19/01/2022
Rabuhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/fair.png                                       
Tiada hujan                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
20/01/2022
Khamishttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai                                        Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
21/01/2022
Jumaathttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantaiPagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
22/01/2022
Sabtuhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai                                        Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
23/01/2022
Ahadhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai                                        Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°

seribulan Publish time 23-2-2022 03:41 PM

Ramalan Cuaca Negeri                                                                                                      

Negeri Sembilan

                        
TarikhCuacaRamalan
23/02/2022
Rabuhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di beberapa tempatPagi: Tiada hujan
                                        Petang: Ribut petir di beberapa tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
24/02/2022
Khamishttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di beberapa tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di beberapa tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
25/02/2022
Jumaathttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di beberapa tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di beberapa tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
26/02/2022
Sabtuhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di beberapa tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di beberapa tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
27/02/2022
Ahadhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di satu dua tempatPagi: Tiada hujan
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
28/02/2022
Isninhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di satu dua tempatPagi: Tiada hujan
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
01/03/2022
Selasahttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di satu dua tempatPagi: Tiada hujan
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°

seribulan Publish time 21-12-2022 04:43 PM

https://de-digital-fortress-stg-assets.eco.astro.com.my/staging/48d5d3804d125dcb1fa53fcd6ee31978.png









92 lokasi 'hot spot' banjir di Negeri SembilanSinar Harian
Disember 21, 2022 09:40 MYT


https://img.astroawani.com/2022-12/81671377623_TBbanjir.jpgSeremban merekodkan lokasi 'hot spot' paling banyak iaitu 27 tempat dengan empat kawasan paling berisiko iaitu Taman Andalas Mantin dan tiga kampung di kawasan Pantai iaitu Kampung Mayor, Kampung Batu 6 dan Kampung Batu 7. - Gambar hiasan


SEREMBAN: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan merekodkan 92 lokasi 'hot spot' banjir di negeri ini.
Pengarahnya, Ir Saari Abdullah berkata, Seremban merekodkan lokasi 'hot spot' paling banyak iaitu 27 tempat dengan empat kawasan paling berisiko iaitu Taman Andalas Mantin dan tiga kampung di kawasan Pantai iaitu Kampung Mayor, Kampung Batu 6 dan Kampung Batu 7.
"Ia diikuti Port Dickson (18 tempat) dan enam lokasi paling berisiko iaitu Taman Wawasan, Indah Jaya, Kampung Sri Parit, Kampung Paya, Taman Desa Permai dan Kampung Baru Si Rusa.


"Bagi daerah Rembau, terdapat 14 tempat dan lima kawasan paling berisiko iaitu Pekan Kita, Kampung Semerbok, Kampung Paabai, Kampung Batu dan Kampung Bintongan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, terdapat 10 lokasi hot spot di Jempol dan Jelebu manakala sembilan di Tampin.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Tambah beliau, bagi daerah Kuala Pilah pula terdapat empat lokasi 'hot spot' direkodkan dan Kampung Orang Asli Kelapi, Kampung Parit serta Kampung Tanjung Jati didapati paling berisiko.
Selain itu katanya, terdapat 26 sistem siren amaran banjir dan 11 kamera web yang dipasang di beberapa lokasi.
"JPS telah pun membuat pemeriksaan terhadap semua sistem amaran banjir yang disediakan bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik.
"Cuma kita harapkan penduduk dapat beri makluman segera jika alat itu didapati rosak atau tidak berfungsi supaya tindakan lanjut dapat diambil.
"Penduduk juga dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengambil langkah bersiap sedia apabila keadaan hujan berterusan," katanya -Sinar Harian







Pages: [1]
View full version: ...Keadaan banjir di Negeri Sembilan dan keperluan untuk mangsa...


ADVERTISEMENT