seribulan Publish time 14-1-2022 08:33 AM

Jalan tutup...Keadaan banjir di Kelantan dan keperluan untuk mangsa...

Edited by seribulan at 21-12-2022 04:21 PM

Banjir: Bantuan untuk mangsa masih mencukupi, Kelantan dalam 'standby mode'Bernama
Disember 26, 2021 10:48 MYT


https://img.astroawani.com/2021-12/61640489222_Bombalawatbanjir.jpg


Pihak bomba mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Pasir Mas. - Foto BERNAMA


KOTA BHARU: Bantuan bekalan makanan serta kelengkapan peralatan di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang diwartakan di Kelantan diletakkan dalam mod sedia (standby mode) sekiranya gelombang kedua banjir melanda negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata tindakan itu dilakukan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu meskipun amaran atau ramalan hujan dan banjir telah dikeluarkan di kawasan tertentu.

"Ketika saya melakukan tinjauan di PPS sebelum ini, rata-rata mangsa banjir yang ditemui memaklumkan kepada saya bahawa mereka sedang bersiap untuk menghadapi gelombang kedua banjir dengan menyimpan dokumen penting, ubat, makanan asas dan sebagainya.




"Oleh itu, kerajaan Kelantan juga sedang mengambil langkah perlu untuk berdepan dengan situasi atau sebarang kemungkinan yang berlaku sama ada teruk atau tidak kerana banjir ini adalah luar jangka," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mumtaz berkata sebelum ini juga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperuntukkan RM1.3 juta bagi kerja membaik pulih PPS, 3,000 kit makanan kering yang diagihkan ke depoh-depoh diselia Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 1,600 aset seperti bot dan trak dan 6,500 anggota daripada pasukan penyelamat di negeri ini diatur gerak bagi menghadapi Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh.

"Kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri sangat perlu dalam memastikan kebajikan serta keselamatan rakyat di negeri ini diutamakan terlebih dahulu.
"Apa yang paling penting sekarang ini adalah peranan semua pihak yang perlu sentiasa waspada dengan situasi semasa dan patuh dengan arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa sekiranya dikehendaki berpindah ke PPS terutama penduduk di kawasan berisiko tinggi," katanya.

Untuk rekod, menurut aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah tertinggi mangsa banjir di Kelantan direkodkan pada 20 Dis lalu melibatkan seramai 3,801 orang daripada 1,098 keluarga di 57 PPS membabitkan lima jajahan iaitu Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.

-- BERNAMA

seribulan Publish time 14-1-2022 08:34 AM

https://assets.bharian.com.my/images/articles/DATUK_RUJI_UBI_ubi_kayu_1641903712.jpg Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Ruji Ubi (dua kanan) menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir Zolkiply Rahman, 60, (kiri) sempena program Penyerahan Bantuan Wang Ehsan di Kampung Putat Tujuh, Rantau Panjang hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar




RANTAU PANJANG: Penerima Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022 diperoleh melalui senarai nama Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang layak, susulan kediaman rosak akibat bencana banjir banjir.
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ruji Ubi, berkata pihaknya mengharapkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap negeri terbabit dapat mengenal pasti secepat mungkin mangsa yang layak agar proses pembaikan rumah dapat dijalankan segera.
Katanya, program berkenaan memfokuskan kepada tiga kategori iaitu membabitkan kerosakan bawah RM5,000 yang akan dibayar secara tunai, kerosakan RM5,000 hingga RM15,000 yang mana pembaikan segera atau bina baru dengan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.
"Pihak PKOB dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bertanggungjawab membuat anggaran kos yang diperlukan untuk membaik pulih sebelum diserahkan kepada pihak pelaksana.



[*]8,257 rumah terjejas banjir bakal diselenggara

[*]BWI disalurkan menerusi tiga kaedah mudah

[*]Banjir: Kerajaan negeri, JKR urus baik pulih, bina semula rumah

[*]Bantuan tambahan untuk peniaga terjejas banjir

[*]





"Setakat ini, senarai penerima yang paling tinggi adalah di Selangor dan Pahang, manakala Kelantan pula lebih 6,000 penerima yang dikenal pasti bakal menerima manfaat daripada Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022.

"Kita menyasarkan masa selama sebulan untuk proses penilaian penerima yang layak, manakala kerja membaik pulih serta bina baru dianggarkan selama tiga hingga enam bulan," katanya selepas menyampaikan Bantuan Barangan Asas sebanyak RM2,500 kepada mangsa banjir di Kampung Putat Tujuh, hari ini.

Ruji berkata, sebanyak 10 buah rumah terpilih untuk dibaik pulih sebagai perintis program berkenaan di Kelantan membabitkan jajahan Pasir Mas yang mana menjadi lokasi banjir hampir setiap tahun.




seribulan Publish time 14-1-2022 04:23 PM

Edited by seribulan at 14-1-2022 03:25 PM

Jambatan runtuh akibat banjir, penduduk bergadai nyawa guna rakit buluhMuhafandi Muhamad
Januari 14, 2022 11:21 MYT


https://img.astroawani.com/2022-01/61642129987_TBsungaiperas.jpg


Rakit yang dibina menggunakan buluh, kayu hutan dan tong plastik itu boleh memuatkan motosikal mereka. - Astro AWANI

GUA MUSANG: Lebih 5,000 masyarakat Orang Asli di Pos Simpor dan Pos Gob di Gua Musang, Kelantan bergadai nyawa menaiki rakit buluh untuk ke bandar berikutan ketiadaan jambatan untuk kegunaan mereka. Sejak sebulan lalu, jambatan di Sungai Perias runtuh selepas dibawa arus ketika bencana banjir.Menurut penduduk Orang Asli, mereka bergotong-royong membina rakit bagi kemudahan mereka berulang-alik.


Rakit yang dibina menggunakan buluh, kayu hutan dan tong plastik itu boleh memuatkan motosikal mereka.Menurut penduduk, Jasmi Abus, sejak menggunakan rakit tersebut, dua motosikal penduduk telah terjatuh ke dalam sungai.
"Hari pertama masa bawa satu motosikal jatuh dalam sungai ni. Mestilah banyak berlaku, sudah dua biji motosikal terjatuh ke dalam sungai.
"Kita takutlah nanti sebab kita ada bawa budak, takut wayar putus ke apa," katanya.

Penghulu Kampung Pos Tohoi, Zainal Chali berkata, penduduk mengharapkan jambatan baharu dapat dibina dengan segera.
"Penduduk kampung telah mengharungi detik cemas dan bahayalah ketika mereka mengharungi sungai dengan rakit.
"Memang sangat berbahaya dan berisiko dan kita harap keadaan ini disegerakan pembinaannya supaya keadaan lebih terjamin kepada mereka sekiranya ada jambatan baru yang akan dibina nanti," katanya.

Bagi seorang lagi penduduk, Nordi Baharom, ketidaan jambatan menyukarkan pelajar untuk pergi ke sekolah.
"Kita tahu jambatan mereka terputus akibat banjir baru-baru ini jadi murid-murid, anak-anak mereka nak keluar ke sekolah itu memang susahlah kali ni.
"Jadi kita harap pihak atasan boleh membantu jambatan itu boleh siapakan dalam sebulan dua," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam proses memasang jambatan bailey untuk kemudahan lebih 5,000 penduduk kampung Orang Asli yang terputus hubungan di kawasan itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersetuju untuk membantu membina jambatan bagi kemudahan komuniti Orang Asli suku kaum Temiar itu.



https://de-digital-fortress-stg-assets.eco.astro.com.my/staging/2a4ea8d2d2e75e576b4a7de761113bc3.png


Infrastruktur | 5,000 penduduk bergadai nyawa guna rakit buluhLebih 5,000 masyarakat Orang Asli di Pos Simpor dan Pos Gob di Gua Musang, Kelantan bergadai nyawa menaiki rakit buluh untuk ke bandar berikutan ketiadaan jambatan untuk kegunaan mereka.Sejak sebulan lalu, jambatan Sungai Perias runtuh selepas dibawa arus ketika bencana banjir.





seribulan Publish time 15-1-2022 02:19 PM

Enam negeri selesai pembayaran Bantuan Wang Ihsan - NADMABernama
Januari 14, 2022 17:34 MYT


https://img.astroawani.com/2022-01/81641895579_BantuanWangIhsan.jpgEnam negeri selesai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir, setakat pagi ini. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Enam negeri iaitu Perak, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan selesai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir, setakat pagi ini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri lain termasuk Pahang dan Selangor untuk tempoh sama, masing-masing mencatatkan peratusan agihan BWI sebanyak 96.4 dan 97 peratus daripada jumlah KIR yang terkesan.

Sehingga 12 tengah hari tadi, dua negeri dilaporkan masih terjejas dengan bencana banjir melibatkan tiga daerah di Johor dan satu daerah di Sarawak.

seribulan Publish time 17-1-2022 08:03 AM

http://bencana.met.gov.my/data/warning/AmaranRibutPetir.jpg

seribulan Publish time 20-1-2022 03:50 PM

Edited by seribulan at 20-1-2022 02:51 PM

Ramalan Cuaca Negeri


Kelantan

                        
TarikhCuacaRamalan
20/01/2022
Khamishttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/fair.png                                       
Tiada hujan                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 24°
                                        Maks: 31°
21/01/2022
Jumaathttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/fair.png                                       
Tiada hujan                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 24°
                                        Maks: 31°
22/01/2022
Sabtuhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/fair.png                                       
Tiada hujan                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 24°
                                        Maks: 31°
23/01/2022
Ahadhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/fair.png                                       
Tiada hujan                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 24°
                                        Maks: 31°
24/01/2022
Isninhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/fair.png                                       
Tiada hujan                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 24°
                                        Maks: 31°
25/01/2022
Selasahttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/fair.png                                       
Tiada hujan                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 24°
                                        Maks: 31°
26/01/2022
Rabuhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/fair.png                                       
Tiada hujan                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 24°
                                        Maks: 31°

seribulan Publish time 4-2-2022 08:36 AM

Ramalan Cuaca Negeri                                                                                                      

                                          
Lokasi: Johor                        
TarikhCuacaRamalan
04/02/2022
Jumaathttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 33°
05/02/2022
Sabtuhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantaiPagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 33°
06/02/2022
Ahadhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di satu dua tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 33°
07/02/2022
Isninhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalamanPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 23°
                                        Maks: 33°
08/02/2022
Selasahttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di beberapa tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di beberapa tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
09/02/2022
Rabuhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di beberapa tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di beberapa tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
10/02/2022
Khamishttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di beberapa tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di beberapa tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°

seribulan Publish time 26-2-2022 12:12 PM


Bil.Nama DaerahPusat PemindahanTarikh DibukaKG Yang TerlibatJUMLAH MANGSA PERMINDAHANTarikh Ditutup
Bil. PusatJumlah KeluargaJumlah MangsaMengikut Jantina
DewasaKanak
LPLP
1Jajahan : Jeli 61124031461495256
JeliSK Legeh25-02-2022 19:00281184947814
JeliSMK Air Lanas25-02-2022 19:005320575752926
Kuala BalahSK Bukit Jering26-02-2022 00:003173356
JeliDewan KESEDAR & PASTI Bukit Lakota26-02-2022 00:00462400
JeliDewan KESEDAR, Tabika KEMAS & PASTI Sg. Satan26-02-2022 00:0013259763
Kuala BalahSK Kuala Balah25-02-2022 17:00113281347
2Jajahan : Kuala Krai 43713641382928
MengkebangMasjid Lama Kampung Keroh25-02-2022 05:001135131435
MengkebangSek. Keb. Chenulang25-02-2022 17:00160222
Olak JeramPusat Komuniti Chuchoh Puteri A25-02-2022 17:00177022171615
MengkebangSek. Keb. Sg. Embak25-02-2022 21:008256586
3Jajahan : Tanah Merah 86523662834843
JedokSek. Keb. Gual jedok18-12-2020 21:004173455
JedokSek. Reb. Lawang25-02-2022 21:00113091236
Bukit PanauSK. Sri Kelewek25-02-2022 21:007214944
JedokSek. Men. Keb.Bukit Bunga25-02-2022 21:00155915201410
Bukit PanauBalai Raya Kg. Padang Kijang25-02-2022 18:007266659
JedokSek. Arab Kg. Kuala Kajang26-02-2022 09:008331013100
Ulu KusialSEKOLAH KEBANGSAAN KULIM26-02-2022 09:001139101757
Ulu KusialDewan Komuniti Tebing Tinggi26-02-2022 09:00

tari Publish time 26-2-2022 03:22 PM

0yjOUtY5sRM

seribulan Publish time 27-2-2022 04:09 PM

Edited by seribulan at 28-2-2022 09:20 AM


Negara

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Banjir-Kelantan-.jpeg Anggota polis membantu mangsa banjir di Kampung Chenulang, Kuala Krai hari ini.


Mangsa banjir di Kelantan meningkat 1,207 orang


[*]Oleh YATIMIN ABDULLAH
[*]26 Februari 2022, 12:13 pm



KOTA BHARU – Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan kawasan rendah di negeri ini mula ditenggelami banjir semalam.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 1,207 mangsa telah ditempatkan di 26 pusat pemindahan banjir (PPS) di seluruh negeri setakat pukul 11 pagi tadi.

Antara daerah yang terjejas dengan banjir ketika ini adah Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas.
Jeli menempatkan mangsa banjir paling ramai di negeri ini melibatkan 557, diikuti Kuala Krai (390), Tanah Merah (230) dan Pasir Mas (30).

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan lima batang sungai utama di negeri ini sudah melepas paras bahaya iaitu Sungai Lanas di Jeli, Sungai Lebir di Kampung Tualang (Kuala Krai), Sungai Temangan (Machang), Sungai Golok (Rantau Panjang) dan Sungai Jenob (Tanah Merah).

Sebelum ini, seramai 111 orang mangsa banjir dipindahkan ke enam PPS melibatkan daerah Tanah Merah dan Kuala Krai setakat petang semalam.

Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,207 pagi ini selepas hujan berterusan melanda kebanyakan kawasan di negeri ini sejak malam tadi. – KOSMO! ONLINE





seribulan Publish time 27-2-2022 04:47 PM


KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 daerah di Terengganu dan Kelantan kini terjejas akibat banjir dengan 6,327 orang ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 9 malam ini.

Di TERENGGANU, lapan daerah yang terjejas akibat banjir iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Dungun dan Setiu termasuk tiga daerah baharu mula dilanda banjir sejak lewat petang tadi iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, seramai 3,334 individu daripada 931 keluarga ditempatkan di 71 PPS di seluruh Terengganu, dengan daerah Kemaman mencatatkan jumlah penduduk tertinggi terjejas akibat banjir.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan setakat 9 malam ini, apabila seramai 2,993 orang daripada 881 keluarga berbanding 2,186 orang daripada 622 keluarga, petang tadi.

Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan sebanyak 32 PPS dibuka melibatkan masing-masing sembilan di Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas manakala lima di Jeli.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiga sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Temangan, Machang merekodkan bacaan 22.05 meter (m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.08m) dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.4 m).

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-jumlah-mangsa-di-kelantan-terus-meningkat-348879

seribulan Publish time 28-2-2022 10:08 AM

Ramalan Cuaca Negeri                                                                                                      

                                          
                                                                                                                                                                                                                        Lokasi: Kelantan                     
TarikhCuacaRamalan
28/02/2022
Isninhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 21°
                                        Maks: 29°
01/03/2022
Selasahttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalamanPagi: Tiada hujan
                                        Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 21°
                                        Maks: 30°
02/03/2022
Rabuhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempatPagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat
                                        Min: 21°
                                        Maks: 30°
03/03/2022
Khamishttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Hujan di satu dua tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat
                                        Min: 21°
                                        Maks: 30°
04/03/2022
Jumaathttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Hujan di satu dua tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat
                                        Min: 21°
                                        Maks: 30°
05/03/2022
Sabtuhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Hujan di satu dua tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat
                                        Min: 21°
                                        Maks: 30°
06/03/2022
Ahadhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Hujan di satu dua tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat
                                        Min: 21°
                                        Maks: 30°

seribulan Publish time 28-2-2022 10:16 AM

Banjir Kelantan: Jumlah mangsa di PPS terus meningkatMuhafandi Muhamad
Februari 27, 2022 08:01 MYT


https://img.astroawani.com/2022-02/61645922156_BANJIR.jpg


Keadaan banjir di Kelantan susulan hujan berterusan sejak malam tadi. -Astro AWANI


RANTAU PANJANG: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat susulan hujan berterusan sejak malam tadi.

Pasir Puteh menjadi jajahan terbaharu mangsa banjir dipindahkan selain di jajahan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.
Mangsa banjir dari jajahan Pasir Mas paling ramai dipindahkan melibatkan 2,131 orang.




Sehingga jam 7 pagi tadi, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan seramai 3,222 orang membabitkan 1,034 keluarga yang ditempatkan di 34 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Dua sungai masing-masing Sungai Jenob di Tanah Merah dan Sungai Temangan di Machang masih mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya.

Selain itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih lagi mencatatkan bacaan paras bahaya.

Hujan masih lagi turun di kebanyakan tempat pagi ini.

Situasi tambah membimbangkan apabila hujan lebat itu turut disertai dengan angin kuat sejak semalam.

seribulan Publish time 28-2-2022 10:18 AM

                                                                BANJIR DI KELANTAN: JUMLAH MANGSA TERUS MENINGKAT                                                                                                                                        27 Februari 2022                                                               
                                                                                                                                                                                https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2022/02/facebook_1645927546393_6903520491549351514.jpg

       
       

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan setakat jam 9.00 pagi ini 27 Februari 2022. Seramai 3739 orang mangsa melibatkan 1258 buah keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan sebanyak 35 PPS dibuka melibatkanbeberapa daerah iaitu di Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas.
https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2022/02/facebook_1645927546393_6903520491549351514-245x300.jpg
Pemain Video



00:00

00:18


seribulan Publish time 28-2-2022 10:19 AM

                                                                BANJIR KELANTAN BERTAMBAH BURUK: 48 PPS DIBUKA                                                                                                                                        27 Februari 2022                                                               
                                                                                                                                                                                https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2022/02/274857787_7045031912233495_8665785253984869041_n.jpg

       
       

KOTA BHARU – Sehingga 1.30 tengah hari 27 Feb 2022, banjir di Kelantan bertambah buruk apabila mangsa yang dipindahkan bertambah sebanyak 4338 orang berbanding 3,656 mangsa dilaporkan pada jam 9.00 pagi tadi. Sebanyak 48 buah PPS juga dibuka di seluruh negeri Kelantan.

Laporan InfoBencanaBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 1.30 tengah hari ini, , jajahan paling ramai mencatatkan pemindahan mangsa banjir ialah Pasir Mas seramai 2,857 orang diikuti Kuala Krai (582), Tanah Merah (408), Jeli (268) dan Machang (42). Pasir Puteh menjadi jajahan terbaharu mangsa banjir dipindahkan apabila 6 buah PPS dibuka membabitkan 181 orang mangsa.

Penduduk setempat diminta untuk terus waspada dan patuhi arahan pihak berkuasa. Semoga dipermudahkan segala urusan mangsa-mangsa yang terjejas.

#BanjirKelantan2022
https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2022/02/274868231_7045032152233471_7259625721264350948_n-225x300.jpghttps://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2022/02/274980505_7045031348900218_8047990035727338305_n-225x300.jpghttps://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2022/02/274857787_7045031912233495_8665785253984869041_n-225x300.jpghttps://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2022/02/274701970_2314841411990684_1304335040349935431_n-169x300.jpg


seribulan Publish time 21-12-2022 04:46 PM

Lalu Lintas - Laporan Lalu Lintas Yang Ditutup


Jajahan:                                 Semua Jajahan                                 Tanah MerahJeliGua MusangPasir PutehTumpatBachokKuala KraiMachangKota BharuPasir Mas                               
Pamer Gambar Jalan


Laporan Lalu Lintas Yang Ditutup
Kemaskini Pada : 21-12-2022 16:12


JajahanJalanKilometerTempatTutup PadaNotaLaluan AltenatifBuka Pada
Kuala KraiJalan Jirat0.43Jambatan Jirat19-12-2022 08:30Dibuka kepada semua kenderaan21-12-2022 16:10
Kuala KraiJalan masuk ke Kg. Baru Pahi0.6-0.7Kg. Pahi19-12-2022 09:00Dibuka kepada semua kenderaanJalan Pekan Pahi21-12-2022 16:10
Kuala KraiJalan Bukit Sireh/Kg. Bedal/Kuala Nal6.0-6.3Kg. Kuala Nal20-12-2022 09:00Dibuka kepada semua kenderaan21-12-2022 16:00
MachangJalan Machang-Pkl Meleret-Wakaf Bata9.0Kg. Padang Kelupang18-12-2022 11:00Ditutup kepada semua kenderaan ringanLaluan FT004, Jalan Machang - Jeli & Jalan Kelaweh/Kg Sat
MachangJalan Paloh Rawa - Belukar Panjang1.8Tapak Projek Solar19-12-2022 08:30Ditutup kepada semua kenderaanJalan Batu 30-Temangan
Pasir MasJALAN PENGKALAN RAKIT - BATU KARANG3-3.7JALAN PENGKALAN RAKIT - BATU KARANG10-12-2022 08:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanJALAN RANTAU PANJANG PASIR MAS
Pasir MasJALAN SK GUAL TOK DEH0.05-0.50JALAN SK GUAL TOK DEH10-12-2022 14:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanJALAN RANTAU PANJANG PASIR MAS
Pasir MasJALAN TOK DEH - GUAL PERIOK0.6 - 1.1KG. TOK DEH18-12-2022 10:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanTIADA
Pasir MasJALAN BAKAT - KUBANG KUAU7.5 - 8.3KLINIK KUBANG KUAU18-12-2022 13:00jalan ditutup kepada kenderaan ringanTIADA
Pasir MasJALAN PANGLIMA BAYU - RANTAU PANJANG - JERAM PERDAH32.3-33KG. TERSANG18-12-2022 14:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanTIADA
Pasir MasJALAN KOTA BHARU - PASIR MAS - RANTAU PANJANG740.5 - 740.8CULVERT 5 RANTAU PANJANG18-12-2022 19:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanTIADA
Pasir MasJALAN BANGGOL KULIM RANTAU PANJANG0-1.10KASTAM GATE 218-12-2022 21:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanJALAN RANTAU PANJANG PASIR MAS
Pasir MasJALAN BUNGA RAYA0-0.67JALAN BUNGA RAYA18-12-2022 21:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanJALAN RANTAU PANJANG PASIR MAS
Pasir MasJALAN LUBOK KIAT - KUBANG KUAU6-6.9PROJEK JALAN KEMAHANG - LUBOK KIAT18-12-2022 21:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanTIADA
Pasir MasJalan Sekolah Cina0-0.40SJK Cina18-12-2022 21:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanJalan Sekeliling Pasar
Pasir MasJALAN TANAH MERAH - LUBOK JONG24-25.9AADK19-12-2022 11:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanTIADA
Pasir MasJalan Bukit Tuku-Batu Hampar9.1-10GATE AIR BATU HAMPAR19-12-2022 16:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanTIADA
Pasir MasJALAN KOTA BHARU - PASIR MAS - RANTAU PANJANG732.5-737.8JAMBATAN LUBOK JONG19-12-2022 17:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanTIADA
Pasir MasPasir Mas - Pohon Tanjung8-10.5SEKOLAH KEDAI TANJONG20-12-2022 14:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanTIADA
Pasir MasJALAN BANGGOL SETOL - BANGGOL KONG3-5.2KG. SIRAM20-12-2022 20:00jalan ditutup kepada kenderaan ringanTIADA
Pasir MasJALAN PANGLIMA BAYU - RANTAU PANJANG - JERAM PERDAH10-25KG. KUBANG RAMBUTAN20-12-2022 20:30Jalan ditutup kepada semua kenderaanTIADA
Pasir MasJalan Meranti-Kg Jambu-Cabang Empat4-4.5Balai Polis Gelang Mas21-12-2022 12:00Jalan dibuka kepada semua kenderaanTIADA
Pasir MasJalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas10.9-12.48CABANG 3 GELANG MAS21-12-2022 12:00jalan ditutup kepada kenderaan ringanTIADA
Pasir MasMERANTI - POHON TANJUNG0.50-4.2KLINIK DESA POHON TANJONG21-12-2022 12:00Jalan ditutup kepada semua kenderaanTIADA
Pasir PutehJalan Pasir Puteh - Semerak7Simpang Gong Kedak & Bukit Peraksi21-12-2022 10:00Ditutup kepada semua kenderaan ringan
Pasir PutehJalan Selising - Kg. Tualang Tinggi1.5Masjid Mukim Tasek Pauh21-12-2022 11:00Ditutup kepada semua kenderaan ringan
Pasir PutehJalan Gong Kulim - Gunong0.5Kg. Kulim21-12-2022 11:15Ditutup kepada semua kenderaan ringan
Tanah MerahJln ke Loji Membersih Air Bukit Remahkm 0.3 - km 0.75LOJI AIR BUKIT REMEH - D19418-12-2022 14:00Papan tanda amaran telah dipasang. Jalan ditutup kepada kenderaan ringan
TumpatJalan Cabang 4/Kg. Jambu/Meranti0.25-0.35Kampung Jambu18-12-2022 17:00Papan tanda amaran telah diletakkan.Jalan Padang Mandol - Kenak
TumpatJalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang710.80Terowong Pasir Pekan19-12-2022 13:00Papan tanda amaran telah diletakkan.



Pages: [1]
View full version: Jalan tutup...Keadaan banjir di Kelantan dan keperluan untuk mangsa...


ADVERTISEMENT