seribulan Publish time 13-1-2022 05:48 PM

...Keadaan banjir di Melaka dan keperluan untuk mangsa...

Edited by seribulan at 13-1-2022 04:54 PM

Situasi banjir di Johor dan Melaka bertambah baikBernama
Januari 12, 2022 21:15 MYT





KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Johor dan Melaka semakin baik apabila hanya 1,059 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang ini.

seribulan Publish time 13-1-2022 05:53 PM

Sambungan berita...


Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata 15 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di satu PPS di Jasin setakat 4 petang tadi.
-- BERNAMA

seribulan Publish time 13-1-2022 07:23 PM

SITUASI SEMASA BENCANA BANJIRSehingga jam 3 petang 13 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan:
[*]Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 19 PPS ;
[*]Jumlah negeri dilanda banjir – Tiga (3) ( Melaka, Johor, dan Sarawak);
[*]Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 695 orang;
[*]Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
[*]Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 470 kes (tiada kes baharu hari ini); dan
[*]Jumlah kluster COVID-19 di PPS – satu (1) kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).
Pada 13 Januari 2022, sebanyak empat (4) kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2:https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/01/image-14.png?w=996

seribulan Publish time 14-1-2022 03:40 PM


Lima negeri selesai agih BWI             Januari 10, 2022 @ 11:18pm            







https://assets.bharian.com.my/images/articles/25bhmudah_1641864531.jpg Antara penduduk Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam yang terkandas akibat banjir bermula 18 Disember lalu. - NSTP/ASWADI ALIAS




KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan peruntukan sejumlah RM106 juta kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan kerajaan negeri, untuk agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir setakat hari ini.

NADMA dalam kenyataan hari ini memaklumkan, lima negeri iaitu Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu dan Perak sudah menyelesaikan sepenuhnya agihan BWI kepada ketua isi rumah terjejas banjir.

"Sehingga jam 10 malam semalam, sebanyak 50,939 ketua isi rumah telah menerima bantuan secara tunai daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
"Seramai 2,558 ketua isi rumah menerima serahan tunai di rumah dan 329 lagi menerusi transaksi 'Electronic Fund Transfer' (EFT).




[*]Banjir: Hampir 100 peratus KIR terima BWI - NADMA

[*]Boleh tuntut Bantuan Wang Ihsan setiap kali ditimpa bencana

[*]KASA perlu tambah baik sistem amaran banjir - NADMA

[*]NADMA tepis dakwaan Hannah Yeoh, BWI tiada tarikh tutup







"Untuk status agihan bagi ketua isi rumah yang terkesan banjir gelombang kedua, daripada 9,887 ketua isi rumah yang didaftarkan, 921 telah menerima BWI," kata kenyataan itu.

Bagi agihan BWI membabitkan kematian, NADMA menyatakan, daripada 57 kes yang dilaporkan, 40 waris telah menerima bantuan RM10,000 dengan 18 daripada jumlah itu menerima tunai di PKOB manakala 22 waris lagi dibuat serahan di rumah.
Selain itu, menurut laporan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, sejumlah 319 ketua isi rumah membuat permohonan baucar diskaun barang elektrik.
"Menurut anggaran awal Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), hampir 80,000 bilangan isi rumah terkesan dengan bencana banjir ini.

"Bantuan ini adalah untuk agihan kepada rumah kediaman pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) yang terkesan oleh banjir dan tersenarai sebagai mangsa bencana oleh PKOB," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) memaklumkan berlaku pertambahan satu kejadian tanah runtuh di Terengganu, menjadikan keseluruhan kejadian tanah runtuh sepanjang tempoh Monsun Timur Laut 2021/2022 di seluruh negara adalah 269.
Jabatan Kerja Raya (JKR) turut melaporkan sehingga hari ini, sebanyak 58 lokasi kejadian cerun runtuh dan tanah runtuh di seluruh negara.

Sementara itu, NADMA memaklumkan sehingga jam 2 petang tadi, tiga negeri dilaporkan masih terkesan dengan bencana banjir membabitkan tujuh daerah di Pahang, Johor dan Melaka.

"Menurut laporan MetMalaysia, sehingga 3 petang hari ini, tiada amaran hujan berterusan berkuat kuasa. Cuaca semasa di Semenanjung dilaporkan baik manakala hujan berterusan dijangkakan di barat Sarawak pada 11 hingga 13 Januari ini," katanya. – BERNAMA



seribulan Publish time 17-1-2022 12:13 PM

Edited by seribulan at 17-1-2022 11:15 AM

Ramalan Cuaca Negeri                                                                                                      
Lokasi: Melaka      



TarikhCuacaRamalan
17/01/2022
Isninhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/thunderstorm.png                                       
Ribut petir di satu dua tempat                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
18/01/2022
Selasahttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/rainy.png                                       
Hujan di satu dua tempatPagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
19/01/2022
Rabuhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/fair.png                                                      
Tiada hujan                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
20/01/2022
Khamishttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/fair.png                                       
Tiada hujan                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
21/01/2022
Jumaathttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/fair.png                                       
Tiada hujan                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
22/01/2022
Sabtuhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/fair.png                                       
Tiada hujan                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°
23/01/2022
Ahadhttps://www.met.gov.my/content/wxicon/observation_icons/fair.png                                       
Tiada hujan                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Tiada hujan
                                        Malam: Tiada hujan
                                        Min: 23°
                                        Maks: 32°

seribulan Publish time 19-1-2022 08:17 AM

Banjir: 3,000 keluarga terima sumbangan peralatan elektrik
| | 18 Januari 2022



MELAKA - Syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) menyumbang pelbagai peralatan elektrik bernilai RM750,000 kepada 3,000 keluarga terjejas banjir di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Pengurus Besar Korporat, SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, sumbangan berkenaan merupakan sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) 'SWM Kasih' bagi membantu meringankan beban golongan berkenaan dan seterusnya mempercepatkan proses pemulihan pascabanjir.

Beliau berkata, Melaka merupakan negeri pertama menerima sumbangan 2,500 peralatan elektrik seperti peti sejuk, kipas meja, periuk nasi dan dapur gas bernilai RM250,000 untuk diagihkan kepada 800 keluarga mangsa banjir yang memerlukan.

"Sumbangan peralatan elektrik ini merupakan tambahan inisiatif CSR SWM Environment yang kita laksanakan sebelum ini iaitu pembersihan rumah dan premis yang terkesan banjir baru-baru ini khususnya di negeri yang SWM tawarkan perkhidmatannya.

"Hari ini kita sampaikan sumbangan peralatan elektrik untuk mangsa banjir di Melaka dan sumbangan barangan sama untuk rakyat Negeri Sembilan dan Johor akan disampaikan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Barangan Elektrik untuk Mangsa Banjir di Melaka di sini pada Selasa.


Pada majlis itu, Mohd Norlisam bagi pihak SWM Environment menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan turut dihadiri Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka Khairuladha Ab Mutalib.

Mohd Norlisam berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Bencana Negeri dan kerajaan negeri terlibat bagi mengenal pasti keluarga yang terjejas teruk akibat banjir bagi melancarkan proses pengagihan bantuan berkenaan.

Beliau berkata, selain itu, SWM Environment turut menyumbangkan sebanyak 640 ‘water jet’ kepada pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa terjejas banjir pada masa hadapan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata SWM Environment telah menggerakkan 390 anggota dan 181 jentera pelbagai guna bagi membantu kerja-kerja pembersihan rumah mangsa dan kutipan pascabanjir di Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

"Selain tiga negeri di bawah perkhidmatan SWM Environment, kita juga memberi bantuan di Selangor sebagai satu daripada inisiatif CSR bagi meringankan beban mangsa banjir," katanya.

Sulaiman berkata, kerajaan negeri Melaka hari ini menyerahkan bantuan pelbagai barangan keperluan dan peralatan elektrik dianggarkan bernilai RM500,000 kepada pegawai daerah di tiga daerah di negeri itu untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang memerlukan.

Beliau berkata selain daripada SWM Environment, kerajaan negeri turut menerima sumbangan pihak lain antaranya Majlis Perabot Malaysia yang menyumbang barangan seperti tilam dan katil bernilai RM207,100 serta Persatuan OKU Sentral.- Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/183674/EDISI/Banjir-3000-keluarga-terima-sumbangan-peralatan-elektrik
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

seribulan Publish time 21-12-2022 05:18 PM

Di Melaka, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,320 orang daripada 975 keluarga petang ini, berbanding 1,584 orang daripada 490 keluarga pagi tadi
Pages: [1]
View full version: ...Keadaan banjir di Melaka dan keperluan untuk mangsa...


ADVERTISEMENT