Raline Publish time 13-1-2022 02:11 PM

Sejarah di Wangsa Maju : Masjid Jami'ul Ihsan Setapak

Sejarah di Wangsa Maju : Masjid Jami'ul Ihsan Setapak

http://3.bp.blogspot.com/-mi3lsCER1BU/TgdB5x0eAuI/AAAAAAAAAQo/A7A3BoRk9KQ/s400/masjid%2Bsetapak.jpg
Bersusah payah aku melintas highway semata-mata nak amik gambar ni.haha..

Sebenarnya aku dah beribu-ribu kali aku melintas depan masjid ni. Tapi baru sekarang tetiba aku rasa nak post pasal masjid ni jadi aku pun singgah la sekejap petang tadi. Masa pergi tu tgk masjid belakang dah siap dah.Mungkin nak jaga masjid lama jadi dia kosongkan yang masjid lama dan guna yg baru kalau nak sembahyang atau apa-apa aktiviti lain.

Masa aku masuk aku tgk kt depan dia tulis tahun 1933. Agaknya masa ni lah masjid ni siap kot. Tapi sayangnya kat sini tak tulis pasal sejarah masjid ni. Aku nak tanya orang pun takde. Kt belakang masjid ni mcm ada kuarters tapi segan pulak nk tanye. Dekat dinding masjid belah depan ni ada tampal plak tulis Warisan Negara. Dah jadi warisan la pulak kan. Tapi tak bley guna lak aku tgk. Agaknya bumbung nak runtuh dah kot. Nak roboh sayang jadi kena la dijadikan Warisan.

http://1.bp.blogspot.com/-PnHCZ_2YspI/TgdHIm4xMHI/AAAAAAAAAQw/De5gg6OB5ok/s400/masjid%2Bsetapak%2B2.jpg
Masih kukuh lagi beb.Pintu ngn tingkap kayu lagi tu.Apa ubat anai2 dia pakai agaknya eh?

Terletak di Jalan Pahang nak menghala ke Tasik Titiwangsa / Pusat Bandaraya KL dan betul2 duduk di bawah highway DUKE, masjid ni aku rasa mesti menggigil2 kalau lori besar lalu. Betol2 sebelah jalan besar kot. Cmne la rupenya kalau masa zaman 1933 tu. Masa tu jepon pon belom dtg lg. Hitler pon masih keje part time lagi aku rase.

Sedikit sebanyak aku ada la copy paste sket pasal masjid ni dekat internet. Tak banyak la aku dapat. Kalau ada gambar lama dia lagi best aku rasa. Jadi kalau sesapa yang ada maklumat pasal masjid ni roger2 la aku yek di emel aku ni

faridzmokhtar@gmail.com

Sejarah Masjid Jami'ul Huda, Setapak

Masjid Jami'ul Ehsan merupakan salah sebuah masjid tertua dalam sejarah di Kuala Lumpur. Masjid ini asalnya dibina daripada kayu dengan atap berbumbung piramid. Ia dipercayai didirikan di Kampung Puah, Setapak pada tahun 1879 atau lebih awal daripada itu.

Pada tahun 1900 dan diketuai oleh Penghulu Datuk Sati, masjid itu ditempatkan semula di Lot 2772 yang terletak di belakang pasar Setapak. Ia kemudian sekali lagi dipindahkan ke tapak yang asal sekarang pada tahun 1920 dan masih mengekalkan struktur asli bangunan tersebut.

Menariknya, pembinaan masjid asal Jami'ul Ehsan ini tidak menggunakan paku. Justeru, ia memudahkan penduduk untuk memindahkannya.

Asyaari menjelaskan bahawa proses pemuliharaan telah dijalankan di kawasan masjid ini sejak 2006.

Beliau yang menjalankan kerja-kerja arkeologi dalam projek pemuliharaan di masjid warisan ini berkata, sepanjang proses tersebut, banyak artifak-artifak lama ditemui di sekitar kawasan masjid tersebut.

"Antaranya termasuklah penemuan kayu pemukul beduk dan batu nisan yang dipercayai berusia ratusan tahun serta pecahan porselin dan seramik Eropah lama yang tertanam di masjid ini.

"Barangan ini diyakini berasal dari Belanda. Ini kerana corak dan motif yang digunakan pada barangan porselin itu mirip kepada gaya Belanda. Ia kemudian telah disahkan oleh pakar bidang berkenaan setelah kami menghantar barang penemuan tersebut kepada mereka," jelas Asyaari sambil menambah terdapat banyak nilai sejarah yang perlu dipertahankan di Masjid Jami'ul Ehsan ini.

Diambil dari artikel 'Menjejak khazanah bernilai'
KHADIJAH MOHAMAD NOR

Sumber:http://wangsamajuboyz.blogspot.com/2011/06/sejarah-di-wangsa-maju-masjid-jamiul.html

Pages: [1]
View full version: Sejarah di Wangsa Maju : Masjid Jami'ul Ihsan Setapak


ADVERTISEMENT