Cintaerina Publish time 13-1-2022 10:09 AM

Ustaz Muda Kacak Hanya Fokus Dakwah, Tak ‘Termakan’ Usikan Gadis Nakal Di TikTok

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/13/090453bc0h7c9zl9ro9vlv.png
Sumber: Tiktok beymad_


Melakukan dakwah melalui platform media sosial bukan lagi perkara baharu. Itulah apa yang dilakukan oleh Ahmad Mohd Yusof, yang juga penuntut di Pondok Moden DAR Saidina Abdullah (DarSA), Kuala Nerang, Kedah. Mari kita ikuti kisah Ahmad menerusi interview dari Mstar.

"Masa tu dah waktu Maghrib, saya dalam perjalanan nak balik ke rumah.”

"Saya perhati semua tengah khusyuk main phone scroll TikTok masing-masing di kedai makan.


"Saya pun terus parking kereta di tepi jalan dan secara spontan rakam diri saya bertanya Ali, semayang dak lagi?" Ahmad mengimbas mengenai video tularnya, yang juga menjadi permulaan dia aktif di TikTok, awal tahun ini.


7048570008993058075


Ahmad tidak sangka video perkongsian secara suka-suka yang dihasilkan meraih sehingga 1.1 juta tontonan di aplikasi tersebut. Malah dia juga tidak menyangka pendekatan yang digunakan, iaitu menegur seseorang dengan lemah lembut di dalam video mampu membuatkan ramai wanita terpikat sehingga dia digelar 'ustaz soft spoken'.

"Assalamualaikum ustaz, macam mana nak buang perasaan dekat ustaz sebab saya dah jatuh hati dekat ustaz. Saya tak boleh buangperasaan mustahil ni”

"Semoga diberi jodoh yang soft spoken macam ni bila ajak buat beribadat”

"Boleh tak ustaz bimbing saya?"

Demikian antara luahan hati dan ayat-ayat yang ditinggalkan di ruangan komen serta mesej secara peribadi netizen yang diterima oleh ustaz muda ini.

Namun di sebalik kata-kata pujian diterima termasuklah wajahnya yang dikatakan kacak, dia sendiri tidak ambil peduli mengenainya dan hanya mahu fokus kepada tujuan utamanya iaitu dakwah dan nasihat yang ingin disampaikan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/13/090448p8024z3qh7en0e14.jpg
Sumber: Tiktok beymad_



Menurut anak jati Kuala Nerang ini, dia menjadikan Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri sebagai idolanya juga sebagai individu yang menasihatinya dalam segala keputusan termasuklah soal jodoh.

Tambahnya, dia juga berhati-hati dengan apa yang disampaikan, bimbang sekiranya ilmu disampaikan boleh member kekeliruan kepada pengikutnya di media sosial.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan segala komen positif saya dapat. Mengenai pujian rupa paras, saya tidak layan kerana saya tidak mahu orang anggap disebabkan pujian itu saya berdakwah," katanya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/13/090558wbxrrx8dwsyrmmz0.png
Sumber: Tiktok beymad_


Ahmad kini menjalankan bisnes secara sendiri iaitu menjadi mutawif mengiringi jemaah yang ingin menunaikan haji.

Kata Ahmad lagi, setelah rakaman videonya tular, dia melihat aplikasi TikTok sebagai satu platform mudah dan efisyen dalam menyebarkan dakwah menjadi kegemaran anak muda kini.

"Bila video saya viral, saya tak seronok sebab nak famous tapi sebaliknya saya telah bagi pengaruh baik sebab ramai orang beramal disebabkan video tu.

"Saya harap dengan video-video saya tersebar, menjadi asbab orang tergerak hat untuk solat dan berselawat. Semoga semua kebaikan itu menjadi saham akhirat saya.”

"InsyaAllah saya akan teruskan lagi buat content bermanfaat macam ni. Saya akan buat takat mana saya mampu." -CARI

uda Publish time 13-1-2022 10:48 AM

emmm..... semoga Ahmad ni tidak hipokrat. Lembut percakapan dan juga hati.

Tidak berpura2 and penunggang agama.

prettyuglybabe Publish time 13-1-2022 11:42 AM

jam didinding terus berdetak ahhhhhhh..

Beribear Publish time 13-1-2022 12:06 PM

Mmg ciri2 idaman tp muda sesuailah dgn pasangan yg muda juga

gideoncross Publish time 13-1-2022 01:30 PM

Mluat plak bca bnda camni, esp the girls.

KamikuP Publish time 13-1-2022 02:54 PM

Moga tak jadi kaduk naik junjung bila glemer lupa diri mcm sir sir itu yaachhh

nakkomenjugak Publish time 15-1-2022 01:11 PM

Ni kira hensem keee?
Mungkin laa taste bbnu

Zack8hunter Publish time 16-1-2022 08:31 PM

harap2 Ahmad tak hanyut naa

makadek Publish time 16-1-2022 10:43 PM

no thank you acik tak taste dgn bakal2 menantu lebai

WeAiNe Publish time 17-1-2022 03:55 PM

KamikuP replied at 13-1-2022 02:54 PM
Moga tak jadi kaduk naik junjung bila glemer lupa diri mcm sir sir itu yaachhh

sir sir yang kata hebat buat bulatan tu ka hehehee

Orix Publish time 17-1-2022 04:54 PM

ini dikatakan hensem ????? ya tohann... ekceli di mata iols laki kalo nsem pstu tetiba jd ereb berjubah janggut kambing bagai terus jd x nsem di mata iols... cth nya sham kamikazae.. dlu nsem namatey skrg hurmmmmmmmmmmmmmm

gerbera.memopad Publish time 18-1-2022 10:09 PM

prettyuglybabe replied at 13-1-2022 11:42 AM
jam didinding terus berdetak ahhhhhhh..

jam kat dinding aku pun berdetak sama :lol:
Pages: [1]
View full version: Ustaz Muda Kacak Hanya Fokus Dakwah, Tak ‘Termakan’ Usikan Gadis Nakal Di TikTok


ADVERTISEMENT