Terpisah Hampir 2 Tahun, Ibu Dan Anak Akhirnya Bertemu Semula
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/13/083958szz1q3j3i3gd32cm.pngSumber: Facebook Cheah Wen Jie
Seorang wanita akhirnya pulang bertemu semula keluarganya yang terpisah selama dua tahun, termasuk seorang anak perempuan yang masih bayi ketika ditinggalkan.
Pengguna Facebook, Cheah Wen Jie memuat naik satu video pertemuan semula gembira dengan isterinya dalam kumpulan Facebook Exchange Singapore-Malaysia Vaccinated Travel Lane (VTL) pada 10 Januari.
Isterinya yang bekerja di Singapura, terpisah selama 578 hari dan pulang menerusi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL).
Video bermula dengan Wen Jie memandu ke 'tempat menjemput' VTL di mana dia menghadiahkan isterinya dengan sejambak bunga.
Rakaman kemudian bersambung di rumah mereka, di mana Wen Jie bersikap selamba sebelum isterinya melangkah masuk menerusi pintu depan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/13/084818img8oygoocur57y8.jpg
Sumber: Facebook Cheah Wen Jie
Anak perempuan sulungnya menjerit kegembiraan melihat ibunya dan berlari ke arahnya dan memeluk erat si ibu.
Wanita itu kemudiannya mendekati dan memeluk anak perempuan keduanya.
Namun anaknya itu bingung tanpa menunjukkan banyak reaksi dalam pertemuan tersebut.
Dalam perkongsian itu, Wen Jie berterima kasih kepada VTL yang membolehkan isterinya pulang ke rumah setelah sekian lama.
Pertemuan dua beranak yang menyentuh emosi.
"Masa dia berlepas ke Singapura, usia anak perempuan kami belum pun setahun," tulis Wen Jie.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/13/084141n3ptqtzsttfhkezt.jpg
Sumber: Faceook Cheah Wen Jie
Seterusnya, isteri Wen Jie juga dilihat memeluk ibunya yang menangis menyaksikan kepulangannya.
Semoga semua keluarga yang terpisah akibat wabak COVID-19 dapat segera kembali ke pangkuan yang tersayang. Terpisah bersama keluarga tak sampai sebulan pun kita dah sedih, bayangkan yang terpisah bertahun-tahun. Semoga dipermudahkan kepada mereka semua. -CARI
Anak no 2 terkejut ni pompuan mana lak ni datang umah? hahaha Terkejut kat facetime lain real life lain hehe.
Aku pun ada relatives tak jumpa 2taun camni kesian nak book slot je dah full. Dah la bayar mahal so biar balik yg berbaloi org kata alahaiii sedih pl aku bc...sure rindu gile msg2
semua pasal covid nie.. moga happy2 la dorg sekeluarga.. Ramai je yang share moment mereka berjumpa keluarga sejak terpisah lama sejak kebelakangan ni
Pages:
[1]