Raline Publish time 13-1-2022 09:20 AM

Jadi gemuk kerana faktor genetik

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/01/obesiti.jpg
Seorang wanita dengan berat badan berlebihan sedang bersenam di klinik penurunan berat badan di Changchun di wilayah Jilin timur laut China pada 17 Julai 2018. - AFP

Jadi gemuk kerana faktor genetik

LONDON – Satu kajian terbaharu menunjukkan bahawa kegemukan melampau atau obesiti berkemungkinan besar disebabkan faktor genetik, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Sekumpulan penyelidik dari Kings’s College London mendakwa tidak semua kegemukan didorong oleh tabiat pemakanan dan kurang bersenam seseorang.

Terdapat 74 kawasan genetik yang baru ditemui ini tidak berkait dengan pertambahan berat dan mungkin menjadi titik penjelasan mengapa sesetengah orang cenderung untuk menjadi gemuk.

Pakar kesihatan berkata penemuan itu boleh mengubah persepsi mengenai obesiti dan membantu golongan ini merancang pelan diet yang lebih sesuai mengikut struktur genetik masing-masing.

Setakat ini, kira-kira 35 juta dewasa Britain dianggap mempunyai berat badan berlebihan manakala di Amerika Syarikat ( AS), angkanya mencecah 70 juta orang.

Bagi kajian mengenal pasti genetik gemuk, penyelidik King’s College London mengambil sampel darah daripada hampir 9,000 sukarelawan.

Mereka mencari tahap 722 metabolit yang berbeza iaitu bahan yang terhasil apabila makanan dihadamkan dalam badan.

Kesemua peserta juga mempunyai jujukan keseluruhan genom mereka, sekali gus membolehkan pakar menentukan kawasan asid deoksiribonukleik (DNA) yang berkaitan dengan metabolit berbeza.

Hasil kajian mendedahkan bahawa mutasi di 202 kawasan DNA yang berbeza dikaitkan dengan majoriti tahap metabolit dalam 1,800 peserta.

Metabolit adalah hasil akhir tindak balas kimia dalaman yang dihasilkan oleh badan untuk memecahkan makanan dan menukarnya kepada tenaga, satu proses yang dikenali sebagai metabolisme.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa proses metabolisme yang perlahan menjadikan seseorang lebih sukar menurunkan berat badan kerana ia membakar kurang kalori semasa berehat.

“Keputusan kajian baharu ini membuktikan bahawa terdapat rawatan baharu untuk mengatasi masalah obesiti.

“Menerusi penyelidikan lanjut dan mendalam, kami mempunyai peluang besar mengubah situasi tentang bagaimana hendak mengawal obesiti dengan betul,” ujar Pakar Genetik Hospital Guys dan St. Thomas, Dr. Massimo Mangino. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01/13/jadi-gemuk-kerana-faktor-genetik/

adila39 Publish time 13-1-2022 11:48 AM

true jugak rasanya sbb my friend family members all plum and chubby
Pages: [1]
View full version: Jadi gemuk kerana faktor genetik


ADVERTISEMENT