mattzzx Publish time 12-1-2022 05:37 PM

25 syarikat disiasat kemuka penyata akaun bank palsu

ALOR SETAR - Sebanyak 25 buah syarikat dikenal pasti terbabit dalam kes mengemukakan penyata akaun bank yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan di sini antara tahun 2018 dan 2019.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kesemua syarikat itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut bagi melayakkan mereka mendapatkan kontrak bernilai lebih RM60 juta daripada syarikat pembersihan itu.

Katanya, setakat ini SPRM telah menahan seramai 25 individu yang disyaki terlibat di Bangi, Selangor dan Pejabat SPRM Kedah, di sini pada Isnin dan Selasa.

"Pihak SPRM masih mencari lagi pihak terbabit dengan ada antara mereka yang dikenal pasti sudah menukar alamat," katanya di sini pada Rabu.

Pada Rabu, dua lagi individu yang ditahan itu dikenakan reman selama enam hari bermula Rabu selepas Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar Eliana Ismail membenarkan permohonan SPRM ke atas kedua-dua mereka yang berumur 37 dan 51 tahun.

Katanya, sehingga kini jumlah yang direman ialah 17 orang termasuk 15 individu yang direman antara tiga dan lima hari mulai Selasa, manakala lapan lagi yang ditahan dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Kesemua mereka yang terdiri daripada pemilik, pengarah dan pengurus syarikat selain kontraktor serta bekerja sendiri itu berusia antara 31 hingga 77 tahun.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/182662/BERITA/Semasa/25-syarikat-disiasat-kemuka-penyata-akaun-bank-palsu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Pages: [1]
View full version: 25 syarikat disiasat kemuka penyata akaun bank palsu


ADVERTISEMENT