mattzzx Publish time 12-1-2022 01:53 PM

Tipu lembu rupa padang guna VR

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/vrlembako1_1641940237.jpg
IZZET memakaikan cermin mata VR kepada lembu yang memaparkan padang rumput hijau. FOTO Anadolu Agency

Ankara: Seorang petani Turki bereksperimen dengan cermin mata Realiti Maya (VR) dalam usaha meningkatkan hasil harian susu daripada lembu ternakannya.

Oddity Central melaporkan, Izzet Kocak memberitahu kaedah itu membuatkan lembu ternakannya berada seperti meragut di padang rumput cerah bukan ladang suram di tengah musim sejuk.

Menurut Izzet, ia pendekatan terbaru digunakannya selepas bereksperiman dengan muzik yang menenangkan dan merehatkan lembu sebelum ini.

"Saya dapat purata 22 liter susu setiap hari daripada lembu ternakan. Ada dua lembu yang memakai cermin mata VR dan menonton padang rumput hijau yang luas sepanjang hari, dan pengeluaran susu harian meningkat sehingga 27 liter.

"Cermin mata ini secara emosi baik untuk haiwan kerana membuatkannya kurang tertekan dan hasilnya dapat dilihat menerusi kuantiti pengeluaran serta kualiti susu," katanya kepada agensi berita Anadolu.

Petani itu berkata, dia mendapat inspirasi menggunakan kaedah berkenaan daripada artikel berita mengenai lembu yang memakai cermin mata VR diladang di Rusia.

Izzet tertarik dengan idea itu lalu menghubungi syarikat yang membuat VR khas untuk lembu dengan memesan beberapa beberapa set.

"Buat masa ini, kami memakaikan cermin mata VR kepada dua lembu dan memerhatikan peningkatan pengeluaran susu.

"Kami kini dalam fasa percubaan pertama. Untuk peringkat kedua kami menempah 10 set cermin mata VR. Jika percubaan itu berjaya, kami memesan cermin mata untuk semua haiwan ternakan," katanya.

Menurut Izzet, dia terus memainkan muzik kepada lembu untuk membuatkannya lebih santai.

Dia turut memantau emosi dan tingkah laku mereka dengan bantuan sistem penjejakan yang menerima data daripada cip dipasang pada buku lali lembu.

Difahamkan, keluarga Izzet menternak lembu di ladang di Aksaray, Turki selama tiga generasi, dan perniagaan itu bertahan lama kerana mereka sentiasa berusaha mengikuti perkembangan zaman.

Kini giliran Izzet pula memastikan perniagaan keluarga berjalan lancar untuk diteruskan kepada generasi akan datang, dan dia menggunakan pelbagai pendekatan tidak konvensional.

musangbodoh Publish time 12-1-2022 10:42 PM

bijak...aq sendiri blom pernah main vr tu;P
Pages: [1]
View full version: Tipu lembu rupa padang guna VR


ADVERTISEMENT