CARI-MAL Publish time 12-1-2022 12:26 AM

Macam Magik! Kaki Tangan Bergerak Serentak Lukis 4 Potret

Magik! Begitulah reaksi mereka yang menyaksikan bakat luar biasa seorang lelaki yang melukis empat potret menggunakan kedua-dua tangan dan kakinya.


Empat potret memaparkan wajah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, penghibur Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo serta Lionel Messi, masing-masing dilukis dengan pen menggunakan tangan dan kaki kanan serta kiri.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/12/002628ihyh8hsexheg5a0e.jpgKredit fotoL TikTok




"Abang dari planet mana? Saya lukis orang lidi guna tangan kanan pun tak jadi," demikian antara komen netizen yang kagum dengan kebolehan lelaki itu.


Siapa sangka anugerah melukis potret dengan hasil cukup teliti dan kemas menggunakan kedua-dua tangan dan kaki itu dimiliki seorang guru sekolah menengah.


Bercakap kepada mStar, guru berkenaan, Mohd Saiful Baharom Shah, 39, berkata, dia minat melukis sejak kecil dan menjadikannya sebagai hobi.


Disebabkan minat juga, dia mula menghasilkan pelbagai karya seni dengan cara unik dan kreatif sejak membuka akaun TikTok pada Januari 2021.




7050319824932588827


Pelbagai kaedah unik dilakukan anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini dalam menghasilkan karyanya seperti melukis menggunakan mulut, melukis sambil memejam mata dan melukis menggunakan beberapa chopstick atau penyepit yang kemudian digabungkan sehingga terhasil lukisan dari pelbagai sudut.


Lebih dikenali sebagai Saiful Thaqif, guru Pendidikan Seni di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Tajul Ariffin di Manong, Perak itu berkata, dia sebelum ini pernah melukis potret menggunakan kedua-dua tangan mahupun kaki secara berasingan.


Namun, lelaki berpengalaman dalam bidang perguruan selama 15 tahun itu buat pertama kalinya melukis menggunakan kedua-dua belah tangan dan kakinya dalam satu sesi.


"Saya melukis keempat-empat potret secara berurutan dan bergilir. Maksudnya, saya lukis bahagian demi bahagian untuk keempat-empatnya sehingga menjadi potret lengkap.


"Tiada masalah untuk melukis menggunakan tangan kanan dan kiri. Cabaran adalah melukis menggunakan kaki disebabkan cengkaman pen pada kaki boleh membuatkannya tergelincir.


"Jika tersilap langkah, lukisan tak menjadi. Maka saya perlu melakukannya dengan penuh teliti, satu persatu dan berhati-hati," tambah Saiful Thaqif.


Menurut bapa kepada enam anak itu, dia mengambil masa kira-kira empat jam untuk melukis empat potret tersebut berpandukan foto-foto figura terkenal berkenaan sebagai rujukan.


"Teknik lukisan ini paling mencabar, dan memerlukan kesabaran yang begitu tinggi dalam menghasilkannya," katanya yang turut mengusahakan bisnes mencetak baju secara kecil-kecilan.




7051765554796924186


Dalam pada itu, Saiful Thaqif yang mempunyai lebih 26,000 pengikut di TikTok @saiful_thaqif berkata, dia akan terus mencabar dirinya dalam menghasilkan karya-karya seni menggunakan kaedah dan kreativiti unik dan pelik pada masa akan datang.


"Selain menilai cadangan dan permintaan followers, saya juga menyukai cabaran. Saya merancang untuk melukis empat potret menggunakan kedua-dua belah tangan dan kaki secara bersilang... maksudnya tangan kanan saya melukis potret di sebelah kiri dan sebaliknya, dan kaedah sama untuk melukis menggunakan kedua-dua kaki," katanya.




Sumber: mStar

kucingitam Publish time 12-1-2022 09:11 AM

dia ni memang hebat...

Belibis Publish time 21-1-2022 10:37 PM

Dasatttt...

Artemesiaa Publish time 22-1-2022 10:59 AM

Wah bagus skill nya

maklang2011 Publish time 22-1-2022 12:56 PM

mendunia dh c.sepui ni... :lol:
mmg cikgu yg kreatif...

maklang2011 Publish time 22-1-2022 01:00 PM

sblm ni pernah diperlekehkan... smpi merajuk kwn tu...:curse:
skrg ha tgkkkk...terkagum semua org :lol:
Pages: [1]
View full version: Macam Magik! Kaki Tangan Bergerak Serentak Lukis 4 Potret


ADVERTISEMENT