sfhzuraz Publish time 11-1-2022 06:58 PM

Gagal bayar along RM10,000, wanita dikurung dan dipukul

Gagal bayar along RM10,000, wanita dikurung dan dipukul

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 11, 2022 @ 4:02pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/eli_1641888131.jpg
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang, Georgetown. - NSTP/DANIAL SAAD


GEORGETOWN: Akibat gagal membayar pinjaman along sebanyak RM10,000, seorang wanita dikurung selama dua hari di sebuah hotel bajet di Jalan Malabar, di sini, selain turut dipukul empat lelaki.
Mangsa berusia 47 tahun kemudian berjaya diselamatkan polis menerusi serbuan yang dijalankan pada Rabu lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa dipukul empat lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kegiatan itu kira-kira jam 5.30 petang pada 3 Januari lalu.
Katanya, suspek turut melarikan kunci kereta serta dua kad ATM milik wanita itu sebelum mangsa yang cedera ringan di kepala ditinggalkan di dalam hotel berkenaan.
"Suspek yang dikurung kemudian diselamatkan sepasukan anggota dari Balai Polis Central dua hari kemudian, kira-kira jam 10.30 malam. Siasatan mendapati mangsa gagal membuat pembayaran pinjaman sebanyak RM10,000 kepada seorang daripada suspek.
"Bertindak atas maklumat dan risikan, polis kemudian berjaya menahan empat suspek pada jam 2 pagi Jumaat lalu di Jalan Perak, Jelutong di sini. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.
Mohd Shuhaily berkata, polis berjaya merampas semula barang kes milik mangsa dan semakan lanjut terhadap empat suspek berusia 25 hingga 30 tahun itu mendapati tiada rekod jenayah atau dadah, namun mereka didapati terbabit kes khianat dengan api bersangkut laporan pada 16 Mei tahun lalu.
Katanya, berdasarkan laporan itu, seorang lelaki mendakwa berlaku kebakaran kecil di hadapan rumah di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong, dipercayai dilakukan suspek yang juga along susulan seorang ahli keluarga mangsa membuat pinjaman dengan mereka.
"Bagi kes berkenaan, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Kesemua suspek direman empat hari berakhir hari ini," katanya




Pages: [1]
View full version: Gagal bayar along RM10,000, wanita dikurung dan dipukul