Agent13k Publish time 11-1-2022 05:22 PM

Sangat Menakutkan! 5 Tahun Terburuk Dalam Sejarah Manusia!

Pasti ramai bersetuju tahun 2020 merupakan antara tahun terburuk disebabkan pandemik Covid-19.

Terpaksa duduk di rumah, ada yang hilang perkerjaan dan orang tersayang. Pernahkah anda terfikir tahun apa lagi yang boleh dikatakan tahun yang terburuk

Ini adalah 5 tahun terburuk dalam sejarah manusia.



[*]Tahun 536
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/11/153306gqhdh7zhh21912h7.jpgkredit foto: History of Yesterday




Pada abad ke-6 masihi bukanlah waktu yang baik untuk peradaban manusia kerana waktu itu berlakunya letusan gunung berapi di Iceland yang mengakibatkan sebahagian besar Eropah diliputi dengan kabus tebal yang gelap. Letusan itu sangat kuat sehingga mengubah iklim dunia yang menyebabkan kebuluran, kematian dan wabak Bubonic.



Suhu untuk musim panas pada tahun itu menurun sebanyak 1.6-2.7 celcius sehinggakan ada salji turun di negara China pada waktu musim panas and menjadi permulaan dekad yang paling sejuk sepanjang 2,300 tahun yang lalu.



[*]Tahun 541
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/11/153414lx1vcxz1tilc1chx.jpgkredit foto: Grunge




Bercakap tentang wabak, ini bukan kali pertama wabak seperti black death tiba di Eropah. Rekod pertamawabak yang tiba pada tahun itu adalah wabak Justinian, muncul di antara zaman pemerintahan Rom oleh Maharaja Justinian. Wabak itu tersebar luas dari Eropah hingga ke Asia dan memengganas dari tahun 541 hingga 549 tetapi ianya tidak tamat disitu. Wabak ini berterusan sehingga ratusan tahun sehingga abad ke-8.



pJ35NulUNlY


Constantinople yang sekarang ini dikenali sebagai Istanbul adalah paling terjejas daripada wabak tersebut, kira-kira 60% populasi maut akibat wabak tersebut. Wabak ini dianggarkan mengambil 50 juta nyawa dan masih lagi dikira wabak yang paling bahaya ketika itu.



[*]Tahun 1347

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/11/153830fo99mzy9cdhjoodl.jpgkredit foto: Britannica




Covid-19 adalah pandemik yang teruk tetapi ianya tidak mencapai tahap Black Plague (semoga kita dijauhkan dari era itu), ada satu wabak yang mengambil 75 hingga 200 juta nyawa dalam lapan tahun pandemik itu dan wabak itu dikenali sebagai Yersinia Pestis yang berasal dari Crimea. Wabak itu disebabkan bakteria yang dibawa oleh kutu dan boleh menjadi tular melalui sentuhan dan menjadikannya berbahaya kepada sesiapa yang mahu mendekat si pesakit ketika itu.


Wabak ini berakhir pada 1353 dan sebanyak 60% populasi Eropah terkorban akibat wabak ini.



[*]Tahun 1918
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/11/154052lp9myy2219b3435k.png





Selepas perang dunia pertama, ramai yang menganggap era kegelapan manusia sudah berakhir tetapi mereka tidak tahu yang ada sejenis wabak yang akan mengoncangkan dunia. Pada 1918, kes Spanish Flu yang disebabkan oleh virus Influenza A H1N1, kes pertama dikesan pada seorang anggota tentera yang kembali ke pangkal di Kansas, Amerika Syarikat.


Dalam dua tahun sahaja hampir 500 juta orang ataupun 1/3 populasi dunia waktu itu dijangkiti dengan Spanish Flu dan ketika itu ianya dianggap sebab wabak selsema yang paling bahaya setakat itu.



XQ9WX4qVxEo


Spanish Flu sebenarnya tidak begitu bahaya pada mulanya tetapi faktor persekitaran seperti kebersihan tempat, kekurang zat makanan, kekurangan peralatan, ubat-ubatan dan banyak faktor lain. Spanish Flu yang berakhir 2 tahun sahaja telah mengambil 25 hingga 50 juta nyawa di seluruh dunia.



[*]Tahun 1945
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/11/154152u66jbe0cek360dy0.jpgkredit foto: Saturday evening post




Kalau senarai sebelum ini menceritakan yang wabak merosakkan segalanya, kali ini atas alasan perang dunia kedua pula. Perang Dunia Kedua yang bermula dari 1939 dan tamat pada 1945, tetapi pengakhiran perang dunia kedua yang dikatakan paling teruk dalam sejarah manusia, dari dua bom atom dari Amerika Syarikat dijatuhkan ke Hiroshima dan Nagasaki menyebabkan 400,000 kematian, di tokyo pula Amerika Syarikat meledak 2000 tan bom api yang 130,000 orang terkorban daripada bom itu.



iV_1z5FOCvA


Regim Nazi Jerman pula menguatkan lagi usaha mereka untuk menghapuskan etnik Yahudi sebanyak yang mungkin dan menutup sejarah perang jenayah mereka dahulu, Perang dunia kedua telah mengakibatkan kematian sebanyak 70 hingga 80 juta orang di seluruh dunia, sekaligus menutup tirai perang dunia ketika itu. -CARI

intan244 Publish time 11-1-2022 06:50 PM

Ya rabb, harap aku xperlu melalui perang dunia ketiga, dan segerakanlah pendemik ni berakhir, aminn

musangbodoh Publish time 11-1-2022 07:35 PM

terbaik TT{:thumbo

Adrif Publish time 11-1-2022 11:42 PM

intan244 replied at 11-1-2022 06:50 PM
Ya rabb, harap aku xperlu melalui perang dunia ketiga, dan segerakanlah pendemik ni berakhir, aminn

brace for impacts..:sweat3:

ummizie Publish time 12-1-2022 08:25 AM

takutnya lahai...TT nak lagi citer2 macam ni..suka kita baca..tq TT

Supersirap Publish time 12-1-2022 11:53 AM

Info yang menarik, terima kasih TT
Pages: [1]
View full version: Sangat Menakutkan! 5 Tahun Terburuk Dalam Sejarah Manusia!


ADVERTISEMENT