mattzzx Publish time 11-1-2022 02:58 PM

Orang asli 'Kensiu' terjejas akibat COVID-19 dibantu

https://assets.bharian.com.my/images/articles/kensiu_1641875279.jpg
Masyarakat Orang Asli suku kaum Kensiu di Kampung Lubuk Legong, Siong, terima bantuan makanan dan keperluan harian. - NSTP/SAFURI KAMARUDIN.

BALING: Seramai 84 keluarga masyarakat Orang Asli suku kaum Kensiu dibantu bagi meringankan beban mereka akibat pandemik COVID-19.

Rata-rata penduduk yang menetap di Kampung Lubuk Legong, Siong, hanya bergantung hidup menoreh getah dan mencari hasil hutan bagi menampung keperluan harian.

Bagi meringankan beban mereka, Pertubuhan Penganut Wei Ling Tan, Sungai Petani, tampil menyerahkan bantuan makanan dan keperluan dapur semalam.

Timbalan Pengerusinya, Chia Guan Soon, berkata sumbangan itu adalah tambahan kepada bantuan lain yang diterima penduduk terutama daripada kerajaan.

"Kami mendapat tahu pendapatan penduduk kampung ini terjejas sejak dua tahun lagi apabila mereka tidak dapat mencari kerja tetap akibat pandemik COVID-19 yang melanda.

"Kebanyakan mereka kini hanya bekerja sebagai penoreh getah dan mencari hasil hutan bagi menyara kehidupan," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Lubuk Legong, Razali Kulim, 42, berkata setiap bantuan yang disalurkan kerajaan dan NGO dapat meringankan beban penduduk.

"Hasil jualan getah tidak seberapa dan dengan pendapatan itu kami menyara keluarga serta anak yang masih bersekolah.

"Jika tidak menoreh, kami ke hutan mencari rotan, pucuk kayu, buah hutan untuk dijual, tetapi hasilnya juga tidak menentu," katanya.
Pages: [1]
View full version: Orang asli 'Kensiu' terjejas akibat COVID-19 dibantu


ADVERTISEMENT