mattzzx Publish time 11-1-2022 02:57 PM

Dua lelaki minta wang rasuah daripada banduan ditahan

KANGAR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan menerima wang rasuah daripada keluarga banduan untuk diberi kepada pegawai penjara di Perlis tahun lalu.

Perintah reman selama enam hari bermula hari ini sehingga Ahad ini (16 Januari) dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Majistret Kangar, Kamaliza Md Zain selepas suspek masing-masing berusia 26 dan 28 tahun itu ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis, di sini semalam.

Sumber berkata, suspek ditahan pada jam 6.30 petang selepas diminta hadir ke Pejabat SPRM Negeri Perlis untuk memberi keterangan berhubung siasatan berkenaan.

"Suspek adalah rakan baik dan mereka dipercayai menjadi proksi atau orang tengah bagi meminta wang rasuah daripada keluarga banduan di penjara Jabatan Penjara Malaysia untuk diberikan kepada pegawai penjara sebagai balasan untuk menyeludup barang terlarang ke dalam penjara.

"Siasatan awal kita mendapati suspek dipercayai melakukan 460 kali transaksi wang rasuah berjumlah sehingga RM80,000 sepanjang tahun lalu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Negeri Perlis, Suzeliyana Hashim mengesahkan penangkapan kedua-dua suspek berkenaan.

Terdahulu, suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar sekitar jam 10 pagi sambil diiringi anggota SPRM Negeri Perlis dan keluar sekitar 50 minit kemudian.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/rasu_1641877948.jpg
Kedua-dua suspek (berbaju lokap SPRM) dibawa keluar dari Mahkamah Kangar setelah mendapat perintah reman untuk ditahan bagi membantu siasatan berhubung menerima wang rasuah daripada banduan. - Foto AIZAT SHARIF
Pages: [1]
View full version: Dua lelaki minta wang rasuah daripada banduan ditahan


ADVERTISEMENT