mattzzx Publish time 11-1-2022 02:22 PM

Korea Utara lancar peluru berpandu kedua

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SKOREA-NKOREA-MILITARY-LAUNCH_1641876341.jpg
Pelancaran peluru berpandu kedua dalam tempoh seminggu oleh Korea Utara ditayangkan di televisyen. FOTO AFP

Tokyo: Korea Utara hari ini dilaporkan berjaya menguji peluru berpandu iaitu pelancaran kedua senjata berbahaya itu dalam masa seminggu, kata pengawal pantai Jepun.

Tentera negara berkenaan turut mengesahkan pelancaran itu namun tiada maklumat lanjut diberikan sehingga kini.

Untuk rekod, Korea Utara pada Rabu lalu mengumumkan kejayaan menguji peluru berpandu hipersonik yang mengenai sasaran sejauh 700 kilometer (km) dengan tepat.

Ujian hari ini dikatakan merupakan ujian peluru berpandu hipersonik kedua yang disahkan Korea Utara selepas melancarkan Hwasong-8 pada September.

Ujian terbaharu ini dilakukan sehari selepas Amerika Syarikat, Perancis, Ireland, Jepun, United Kingdom dan Albania mengeluarkan kenyataan bersama mengecam pelancaran minggu lalu.

"Ujian peluru berpandu ini meningkatkan risiko serta mengancam kestabilan serantau. Perbuatan ini tidak meningkatkan kebolehan Korea Utara sebaliknya memperluaskan pasaran gelap senjata seluruh dunia," kata Duta AS kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Linda Thomas-Greenfield dalam satu kenyataan pada Isnin.

Thomas-Greenfield turut mengulangi desakan untuk Korea Utara kembali kepada meja rundingan dan menghentikan program senjata nuklearnya.

penutupbotol Publish time 28-10-2023 04:34 PM

mereka kalau bab nuclear, mmg terpaling seram
Pages: [1]
View full version: Korea Utara lancar peluru berpandu kedua


ADVERTISEMENT