Cintaerina Publish time 11-1-2022 01:34 PM

Menghitung Hari Bahagia Bersama, Wanita Luluh Tunang Pergi Selamanya

erkahttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/11/115025it84t948vves4tct.png
Sumber: Tiktok _ashacantikk


"Rasa macam mimpi, tolong sedarkan saya"


Begitulah ciapan yang meruntun jiwa seorang wanita di Tiktok, meluahkan kesedihannya ekoran pemergian bakal suami, sehingga membuatkan rata-rata netizen turut sama berduka.


7051525569799900442


Perkongsian video tersebut sehingga kini meraih melebihi 187.9 ribu likes malah netizen turut juga memberikan kata-kata semangat buat wanita itu.


Menurut video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Asha berkata bakal suaminya, Mohamad Fauzie meninggal dunia pada hari ahad lalu, akibat kemalangan jalan raya.


Lebih menyedihkan kata Asha, Fauzie ditimpa kecelakaan ketika dalam perjalanan pulang dari rumahnya selepas berjumpa dengan ibu dan ayah Asha untuk memberikan cincin.


"Awak datang ke rumah saya nak jumpa dengan ummi sebab nak try cincin kahwin"


Menurut Asha, sukar untuk dia percaya khabar duka yang didengari. Tetapi ajal maut dia tangan Tuhan, dia redha dengan ketentuan Tuhan.


Tidak menyangka perkongsiannya menjadi viral di Tiktok, Asha pada mulanya hanya membuat video tersebut sekadar satu kenangan.


"Allauakbar, Asha minta maaf sebab tak sempat nak reply satu-satu. Keadaan Asha sendiri pun masih belum stabil. Terima kasih semua di atas doa korang"


Dilihat ramai netizen yang menyatakan ucapan takziah kepada Asha:


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/11/120248aj7fu5xaik9xiene.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/11/120248zdr59kj1d0v0g400.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/11/120248zarvhvekpvzaekhd.jpg

Sumber: _ashacantikk


Sama-sama kita berdoa kepada arwah Mohamad Fauzie dan semoga orang yang kita sayang sentiasa dipanjang umur dan dijauhkan dari kecelakaan. Amin. -CARI

Artemesiaa Publish time 11-1-2022 02:08 PM

Dah tak jodoh nak kata apa

mamajawie Publish time 11-1-2022 02:34 PM

takpe la dekkk kurang2 ko belum berkahwin belum ada anak dengan arwah ni..ramai je ibu tunggal kat luar sana anak berderet tapi suami meninggal @ ditinggalkan..

prettyuglybabe Publish time 11-1-2022 02:37 PM

buat kenangan memang kena letak kat socmed ye?
simpan sendiri-sendiri je tak terkenang ke?

holothurian Publish time 11-1-2022 07:34 PM

orang sekarang,mmg nk kne rakam diri sendiri sedih & menangis dok kesat2 air mata.. alahai.. nampak fake nau nau

xtinkerbellx Publish time 11-1-2022 09:43 PM

Mak pak dia lg sedih. Tunang bole cari ganti

musangbodoh Publish time 11-1-2022 10:38 PM

auto follow...kesiannnnn

Carlos7 Publish time 11-1-2022 11:38 PM

Overrrracting!
Pages: [1]
View full version: Menghitung Hari Bahagia Bersama, Wanita Luluh Tunang Pergi Selamanya


ADVERTISEMENT