tatod Publish time 11-1-2022 01:10 PM

Diceraikan Ketika Hamil Lapan Bulan, Wanita Harap Sinar Bahagia 2022

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/11/124609g6ralil8g2gxnxlr.jpg






Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah situasi yang dapat menggambarkan dugaan hidup seorang wanita berusia 26 tahun yang juga ibu kepada anak perempuan, Hanis Sofia berusia empat bulan.


Berkongsi cerita pahit hidupnya di TikTok, wanita yang menggunakan nama samaran Mxxxxnn itu meneruskan kehidupannya memikul status ibu tunggal.


Wanita berkenaan diceraikan ketika usia kandungan lapan bulan. Tatkala masih merawat hati yang terluka dek perpisahan, dia sekali lagi diduga apabila terpaksa melahirkan anak secara pembedahan kerana positif Covid-19.




7046384710418844955


Selepas melahirkan, dia terus menjalani kuarantin dan terpaksa berpisah dari anaknya bimbang bayi kecil itu dijangkiti virus berkenaan. Sebaik saja tamat 10 hari kuarantin, wanita itu sekali lagi kecewa selepas menerima berita anaknya disahkan positif Covd-19.


Hati ibu mana yang tidak remuk menerima khabar berkenaan. Sejak melahirkan anaknya, dia belum berkesempatan untuk memeluk dan mencium bayi kecil itu apatah lag menyusukannya. Pada masa sama, dia juga dimasukkan ke hospital gara-gara jangkitan pada luka bedah.





7051236393674181914


Kini menjalani kehidupan tanpa cinta, wanita itu menjadikan anaknya sebagai sumber kekuatan. Dia juga enggan menyimpan dendam terhadap bekas suami demi kebaikan anaknya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/11/124853vss54sl44i6vts4x.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/11/124855qqbks9f89gkbzmgy.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/11/124857mehk91zg892998rz.jpg


Semoga terus kuat. - CARI

prettyuglybabe Publish time 11-1-2022 01:34 PM

so.. product apa dia jual?

KamikuP Publish time 11-1-2022 02:30 PM

Samada laki tu biawak hidup ataupun perempuan tu something wrong

msel Publish time 11-1-2022 03:49 PM

Kuaritin???
Dicaj???
Wood effection???

KirazMevsimi Publish time 11-1-2022 06:01 PM

punca diceraikan?

intan244 Publish time 11-1-2022 06:20 PM

setakat hidup ni, yg paling sakit ialah putus cinta. and belajar benda paling penting, manusia x patut bergantung pada manusia lain. akhirnya kita cuma ada tuhan. family pon akan pergi one day, harap jumpa di alam lain

lolipopi Publish time 11-1-2022 07:40 PM

Lenkali toksah makeup sgt la muka tu.. Agaknya lepas makeup suami x suka tgk muka munggg

gigahertz Publish time 11-1-2022 07:53 PM

lolipopi replied at 11-1-2022 11:40 AM
Lenkali toksah makeup sgt la muka tu.. Agaknya lepas makeup suami x suka tgk muka munggg

takut masa freehair dia tak cantik.

fealefea Publish time 11-1-2022 08:58 PM

Byk kali da putus cinta. Selalu jumpe laki x gune. Mungkin i bole buka akaun tik tok pasal laki x guna. Mungkin betul la kate Prof Muhaya, laki suke perempuan bodo2 sket. I x bolehhhh. Yihhh

ufc148 Publish time 11-1-2022 09:18 PM

Tak tahu nak cakap, tp pompuan ni memang kuat dan redha dgn kehendak Allah

hareeeesah Publish time 12-1-2022 12:00 AM

Ingat aku je la yg pening baca.. ckp melayu jela kan senang.
Semoga yg baik baik utk anak tu.. dia tak bersalh

babelina Publish time 12-1-2022 09:58 AM

punca nye apa..
Pages: [1]
View full version: Diceraikan Ketika Hamil Lapan Bulan, Wanita Harap Sinar Bahagia 2022


ADVERTISEMENT