sfhzuraz Publish time 11-1-2022 11:32 AM

Pembakaran terbuka, pemilik premis dikompaun RM4,000

Pembakaran terbuka, pemilik premis dikompaun RM4,000

Nur Izzati Mohamad - Januari 11, 2022 @ 9:23ambhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/kitarsemula_1641864225.jpg
Premis kitar semula melakukan pembakaran terbuka di Juru Estate, Bukit Mertajam. - Foto ihsan JAS Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengeluarkan kompaun RM4,000 ke atas sebuah premis yang menjalankan perniagaan kitar semula kayu palet terpakai di Juru Estate, di sini, semalam.
Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata kompaun itu dikeluarkan apabila premis berkenaan didapati melakukan pembakaran terbuka ke atas kayu palet yang dihantar ke premis terbabit sebelum dilupuskan.
Berikutan itu, katanya premis berkenaan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"JAS negeri turun melakukan siasatan ke atas premis itu berdasarkan maklumat orang awam.
"Siasatan oleh pegawai JAS mendapati aduan diterima berasas dan kompaun RM4,000 dikeluarkan atas kesalahan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, syarikat yang menghantar kayu palet untuk kitar semula digesa memeriksa premis penerima bagi memastikan bahan yang dihantar boleh dikitar semula dan bukan dilupuskan secara pembakaran terbuka.
"Pihak JAS memandang serius isu pembakaran terbuka dan tindakan yang lebih tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan sama.
"JAS negeri juga telah mengaktifkan beberapa pasukan rondaan selepas waktu bekerja bagi mencegah pencemaran dan pembakaran terbuka," katanya.
Tegasnya, sebarang kesalahan akan diambil tindakan sewajarnya iaitu kompaun atau tindakan mahkamah dengan denda maksimum RM500,000.
"Orang awam yang mempunyai aduan atau maklumat berkaitan pencemaran alam sekitar yang tertakluk kepada bidang JAS boleh dikemukakan melalui saluran talian bebas tol 1-800-88-2727 atau laman sesawang e-aduan di pautan https://eaduan.doe.gov.my/.
"Aduan pembakaran terbuka di sekitar kawasan perumahan boleh juga dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan," katanya.




Pages: [1]
View full version: Pembakaran terbuka, pemilik premis dikompaun RM4,000


ADVERTISEMENT