seribulan Publish time 8-3-2022 06:13 PM

farhana008 replied at 8-3-2022 04:56 PM
baik..bila singgah nanti saya beritahu. hehe.

Ni boleh pi Turkiye dah :laugh3:

farhana008 Publish time 8-3-2022 06:40 PM

seribulan replied at 8-3-2022 06:13 PM
Ni boleh pi Turkiye dah

hajat di hati memang teringin nak ripit suatu hari nanti. tapi dgn keadaan sekarang, memang tangguhkan dulu:D

seribulan Publish time 8-3-2022 07:50 PM

farhana008 replied at 8-3-2022 05:40 PM
hajat di hati memang teringin nak ripit suatu hari nanti. tapi dgn keadaan sekarang, memang tanggu ...

Puluh tahun lagi kot :o

farhana008 Publish time 10-3-2022 11:14 AM

seribulan replied at 8-3-2022 07:50 PM
Puluh tahun lagi kot

1 April ninak buka sempadan negara dan ada beberapa sop dilonggarkan. moga baik2 hendaknya.:sweat3:

seribulan Publish time 10-3-2022 12:35 PM

farhana008 replied at 10-3-2022 10:14 AM
1 April ninak buka sempadan negara dan ada beberapa sop dilonggarkan. moga baik2 hendaknya.:swea ...

Kolig ajak pi Vietnam {:smileolupakan lah...

farhana008 Publish time 10-3-2022 06:35 PM

seribulan replied at 10-3-2022 12:35 PM
Kolig ajak pi Vietnam lupakan lah...

harap tak kena insiden nyaris kena "pow" dgn kastam sana macam saya. {:1_545:} nasihat saya, jangan sekali-kali bagi!

seribulan Publish time 10-3-2022 06:42 PM

farhana008 replied at 10-3-2022 05:35 PM
harap tak kena insiden nyaris kena "pow" dgn kastam sana macam saya.nasihat saya, janga ...

Tahu x pe...ada kes lelain ke melancong mana2?:o

seribulan Publish time 11-3-2022 02:20 PM

farhana008 replied at 10-3-2022 10:14 AM
1 April ninak buka sempadan negara dan ada beberapa sop dilonggarkan. moga baik2 hendaknya.:swea ...

Negara-negara berikut mengumumkan pembatalan semua prosedur kuarantin, ujian Corona, dan vaksinasi wajib, memandangkan Corona hanya selesema bermusim:


1) Turki
2) Brazil
3) Britain
4) Sweden
5) Sepanyol
6) Republik Czech
7) Mexico
8) El Salvador
9) Jepun
10) Singapura


Berakhirnya virus Corona dengan pencegahan Jerman ini.


Para saintis Jerman mengumumkan, selepas beberapa siri kajian, bahawa virus Corona bukan sahaja membiak di dalam paru-paru seperti virus SARS pada tahun 2002, tetapi juga merebak secara meluas di kerongkong semasa minggu pertama jangkitan.
Para saintis mencadangkan kepada canselor Jerman dan Menteri Kesihatan supaya mereka meminta orang ramai melakukan tugas mudah beberapa kali sehari, iaitu berkumur dengan larutan separa panas Abmonak.
Mereka telah lama menekankan keperluan untuk melakukan ini, dan kini, selepas hasil eksperimen yang dijalankan oleh ahli biologi Jerman mengenai pendaraban virus Corona di kerongkong, mereka telah menekankan sekali lagi keperluan untuk berkumur dengan larutan suam air dan garam. ..


Para saintis Jerman memberi jaminan kepada Kementerian Kesihatan Jerman: jika semua orang berdehem beberapa kali sehari dengan berkumur dengan larutan separa panas air masin, maka virus itu akan dihapuskan sepenuhnya di seluruh Jerman dalam masa seminggu.
Eksperimen telah menunjukkan bahawa dengan berkumur dengan larutan air dan garam, kita sentiasa mengubah tekak kita menjadi persekitaran beralkali sepenuhnya, dan persekitaran ini adalah persekitaran yang paling teruk untuk coronavirus, kerana dengan air masin, pH mulut berubah kepada alkali. pH, dan jika kita berkumur beberapa kali sehari dengan berkumur dengan garam Hampir panas, kita tidak memberi peluang kepada coronavirus untuk membiak.


Oleh itu adalah perlu bagi semua orang untuk berkumur dengan larutan garam separa panas beberapa kali sehari beberapa kali sehari terutamanya pada waktu pagi dan sebelum meninggalkan rumah dan selepas pulang ke rumah, supaya tidak membenarkan virus Corona membiak sama sekali dalam tempoh awal yang sama.


Jom minta semua orang amalkan petua kesihatan yang penting dan mudah ini dengan penuh komitmen


Apabila artikel ini menjadi viral, anda juga akan berada dalam kalanganmemerangi penyebaran coronavirus


*Hantar kepada yang kita sayangi.

seribulan Publish time 11-3-2022 11:21 PM

farhana008 replied at 8-3-2022 05:40 PM
hajat di hati memang teringin nak ripit suatu hari nanti. tapi dgn keadaan sekarang, memang tanggu ...

Hubungan Israel dan Turki seperti biduk lalu kiambang bertaut selepas Presiden Israel, Isaac Herzog melakukan lawatan rasmi ke Ankara dan Istanbul, kelmarin bagi memenuhi undangan Presiden Recep Tayyip Erdogan.   


Selepas 14 tahun hubungan kedua-dua negara retak, kunjungan selama dua hari sehingga semalam menandakan babak baharu antara Ankara dan Tel Aviv.


Kali terakhir Pejabat Tinggi Israel melakukan lawatan ke negara itu adalah pada 2008.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/11/133822j6asug5up56dejd5.jpgKerdit foto: Reuters




Recep Tayyip berkata, kunjungan Herzog menandakan era baharu hubungan bilateral kerana Israel merupakan prospek pengeksport gas ke Eropah melalui Turki.


Katanya, tindakan segera itu diambil susulan kebimbangan bekalan gas terjejas berikutan pencerobohan Rusia di Ukraine, lapor AFP.


Lawatan bersejarah itu bakal menjadi titik perubahan dalam hubungan dua hala Turki dan Israel.


Recep Tayyip menyifatkan hubungan dengan Israel adalah sangat penting ‘demi keamanan sejagat’.


“Matlamat bersama kami adalah menghidupkan semula dialog berdasarkan rasa hormat.


“Beban masa lalu tidak pernah hilang dengan sendiri, tetapi kami memilih memulakan perjalanan dengan amanah dan hormat.


“Kita mesti bersetuju terlebih dahulu dan kita tidak akan bersetuju dalam segala-galanya,” jelasnya.


Kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan dua hala dan sebelum menyertai majlis makan malam negara.


Selain itu, Recep Tayyip juga tidak melupakan isu melibatkan Palestin dan menyatakan minat untuk mengetahui ‘peningkatan status sosial dan politik rakyat Palestin’.


Dalam pada itu, Hamas mengecam Turki kerana mengalu-alukan ‘Presiden Zionis yang melakukan penjajahan’.


Menurut sumber yang terlibat dalam rundingan dua hala itu, Recep Tayyip turut menjelaskan kehadiran pemimpin Hamas di Turki yang menjadi rungutan Israel sejak sekian lama.


Herzog pula dijadualkan mengadakan pertemuan dengan komuniti Yahudi di Istanbul sebelum bergerak pulang ke Israel.


Sementara itu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, beliau akan mengunjungi Israel bulan depan bagi membincangkan pelantikan semula duta negara dengan rakan sejawatannya, Yair Lapid.


Konflik antara kedua-dua negara bertambah buruk pada 2010, apabila sepuluh warga Turki maut semasa serangan Israel di Kapal Mavi Marmara.


Kapal tersebut cuba menembus sekatan Israel yang mengepung Semenanjung Gaza untukmembawa bantuan ke wilayah Palestin.


Pada 2016, Turki mengutuk keras kekejaman Zionis Israel yang membunuh lebih 200 rakyat Palestin.


Situasi tersebut menyebabkan protes besar-besaran di seluruh Turki.


Turki kemudian meminta duta besarnya di Israel kembali serta mengusir duta besar Israel di negara itu.   




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/11/133822j7nddd9err8d787k.jpgKerdit foto: Reuters




Sepanjang lebih sedekad bermasam muka, Israel dan Turki saling menuding jari berhubung konflik yang berlaku di Palestin.


Turki menuduh Israel melakukan penjajahan serta pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam di Baitulmuqaddis dan Semenangjung Gaza.


Israel pula menuduh Turki menjadi pendukung kuat pejuang Hamas di Semenanjung Gaza untuk melancarkan roket ke Israel.




Sumber: Utusan

farhana008 Publish time 12-3-2022 04:07 PM

seribulan replied at 10-3-2022 06:42 PM
Tahu x pe...ada kes lelain ke melancong mana2?

insiden yang tak best kena pow duit kat hcm. saya berkeras tak nak bagi

seribulan Publish time 12-3-2022 04:59 PM

farhana008 replied at 12-3-2022 03:07 PM
insiden yang tak best kena pow duit kat hcm. saya berkeras tak nak bagi

Bagus...dulu masa balik Bandung...gi epot...supir kena tahan...kena pow...dia masuk kenderaan dan cakap 'polisi Indonesia jahat!' :o

farhana008 Publish time 13-3-2022 11:03 AM

seribulan replied at 12-3-2022 04:59 PM
Bagus...dulu masa balik Bandung...gi epot...supir kena tahan...kena pow...dia masuk kenderaan dan...

apa terjadi lepas tu? bagi duit ke tak?

seribulan Publish time 13-3-2022 12:52 PM

farhana008 replied at 13-3-2022 10:03 AM
apa terjadi lepas tu? bagi duit ke tak?

Bagi le...tu yg dia kutuk polisi sana...sian dia...kami kumpul baki wang sana & bagi semua kat supir tu :D

farhana008 Publish time 14-3-2022 12:29 PM

seribulan replied at 13-3-2022 12:52 PM
Bagi le...tu yg dia kutuk polisi sana...sian dia...kami kumpul baki wang sana & bagi semua kat sup ...

korup ya polisi sana. agaknya polisi namapk supir bawa pelancong dalam kereta dia, tu yang dia minta duit.

seribulan Publish time 14-3-2022 12:46 PM

farhana008 replied at 14-3-2022 11:29 AM
korup ya polisi sana. agaknya polisi namapk supir bawa pelancong dalam kereta dia, tu yang dia min ...

Selamba je minta dpn kami kan :o

seribulan Publish time 16-3-2022 06:24 PM

farhana008 replied at 10-3-2022 10:14 AM
1 April ninak buka sempadan negara dan ada beberapa sop dilonggarkan. moga baik2 hendaknya.:swea ...

Bff dah ajak travel Europe hujung tahun :loveliness:
Ni dia baru balik Turkey...pehtu thn dpn kami plan umrah Ramadhan Raya...:$

farhana008 Publish time 17-3-2022 10:22 AM

seribulan replied at 16-3-2022 06:24 PM
Bff dah ajak travel Europe hujung tahun
Ni dia baru balik Turkey...pehtu thn dpn kami ...

forumer della pun plan nak ber ramadan masa umrah juga. yong dah ada tarikh dah?

seribulan Publish time 17-3-2022 02:09 PM

farhana008 replied at 17-3-2022 09:22 AM
forumer della pun plan nak ber ramadan masa umrah juga. yong dah ada tarikh dah?

Tahun depan...ujung Ramadhan bawa ke Raya :D
Bff tu balik Turki minggu lepas...

farhana008 Publish time 17-3-2022 08:30 PM

seribulan replied at 17-3-2022 02:09 PM
Tahun depan...ujung Ramadhan bawa ke Raya
Bff tu balik Turki minggu lepas...

Nanti post gambar kat sini:loveliness:

seribulan Publish time 17-3-2022 08:39 PM

farhana008 replied at 17-3-2022 07:30 PM
Nanti post gambar kat sini

Insyallah...konpiden pi travel dgn bff ni...ri tu x jd pegi Europe...dia pulang deposit guna duit dia :D
Pages: 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 [16] 17 18 19 20 21 22 23 24 25
View full version: ...Lets go Turkiye...


ADVERTISEMENT