Agent13k Publish time 10-1-2022 07:29 PM

Permainan Video Ini Akan Buang Fail Data Di Komputer Anda!

Permainan video merupakan satu cara untuk merehatkan diri kerja dan peluang yang baik untuk main game yang ada di komputer anda.

Tetapi, awas! Ada sebuah permainan video yang boleh dikatakan hanya untuk jenaka semata-mata, tetapi ianya amat bahaya jika anda tidak berhati-hati dengannya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/10/174404qkqimkn9s9yrdyeq.pngKredit foto: VentureBeat




Permainan video yang dimaksudkan adalah Lose/Lose yang dibuat oleh Zach Gage dari Amerika Syarikat. Ia pada mulanya adalah hanya untuk produk MacOS, tetapi Zach juga meletakkan Lose/Lose di platform Windows kemudiannya.


Lose/Lose mempunyai cara permainan sama seperti permainan video arked Galaga dan Space Invader pada era 80an. Bezanya, antara arked dan Lose/Lose adalah setiap kali pemain menembak musuh ataupun mahkluk asing tersebut, anda sebenarnya membuat fail anda secara rawak dari komputer anda.


FtnK6ni91sc


Permainan video ini telah diklasifikasi sebagai "Malware" yang berbahaya. Malah, sebelum permainan video itu bermula ia mengeluarkan amaran bahawa pencipta permainan video tersebut tidak bertanggungjawab atas sebarang isu yang berlaku di komputer pemain.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/10/174631ku7ojv7211fs07ut.jpgfoto kredit: NSecurity




Ramai yang mencuba dan menyesal selepas memuat turun permainan video ini. Ada juga yang terpaksa memformat komputer selepas fail penting terbuang.


Ada sesiapa berani untuk main permainan video ini? - CARI

chinta89 Publish time 11-1-2022 10:42 AM

banyak lg game lain...

elzy Publish time 12-1-2022 01:15 PM

Scary takut terdownload, takde masalah cari masalah..
Pages: [1]
View full version: Permainan Video Ini Akan Buang Fail Data Di Komputer Anda!


ADVERTISEMENT