seribulan Publish time 13-1-2022 07:19 PM

Tashu replied at 13-1-2022 05:49 PM
Kopi o xnk, nk kopi susu

Demok nanti, tome {:1_552:}

seribulan Publish time 13-1-2022 07:20 PM


SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR

Sehingga jam 3 petang 13 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan:

Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 19 PPS ;
Jumlah negeri dilanda banjir – Tiga (3) ( Melaka, Johor, dan Sarawak);
Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 695 orang;
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 470 kes (tiada kes baharu hari ini); dan
Jumlah kluster COVID-19 di PPS – satu (1) kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).
Pada 13 Januari 2022, sebanyakempat (4) kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2:


NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DAN BENCANA BANJIR

KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:

Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.
KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawanghttps://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 Januari 2022 @ 5:00 petang

seribulan Publish time 13-1-2022 07:22 PM

SITUASI SEMASA BENCANA BANJIRSehingga jam 3 petang 13 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan:
[*]Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 19 PPS ;
[*]Jumlah negeri dilanda banjir – Tiga (3) ( Melaka, Johor, dan Sarawak);
[*]Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 695 orang;
[*]Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
[*]Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 470 kes (tiada kes baharu hari ini); dan
[*]Jumlah kluster COVID-19 di PPS – satu (1) kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).
Pada 13 Januari 2022, sebanyak empat (4) kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2:https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/01/image-14.png?w=996

Tashu Publish time 13-1-2022 08:10 PM

seribulan replied at 13-1-2022 07:19 PM
Demok nanti, tome

xdenya nk demok sb minum kopi semata2:P

seribulan Publish time 13-1-2022 08:24 PM

Tashu replied at 13-1-2022 07:10 PM
xdenya nk demok sb minum kopi semata2

Susu tu demok...ngeee...{:1_559:}

Tashu Publish time 13-1-2022 08:47 PM

seribulan replied at 13-1-2022 08:24 PM
Susu tu demok...ngeee...

x la, bukan minum selalu pun:P

seribulan Publish time 13-1-2022 08:53 PM

Tashu replied at 13-1-2022 07:47 PM
x la, bukan minum selalu pun

{:thumbo xde bencana...

farhana008 Publish time 13-1-2022 09:42 PM

seribulan replied at 13-1-2022 08:16 AM
Penangan cuaca panas berbahang sehari dua yang lepas




Salam takziah kepada keluarga mendiang. Hilang legenda bola sepak dan pengulas sukan yang disegani.

farhana008 Publish time 13-1-2022 09:51 PM

Edited by farhana008 at 13-1-2022 09:54 PM

seribulan replied at 12-1-2022 10:42 PM
Uik...ada isu ye...Syed Saddiq pun kena jadi isu tu...huhu...
ni yang teman cakap semalam yg polis siasat bantuan dari Muda.
Polis soal siasat enam sukarelawan banjir Muda Johor - Syed Saddiq (8/1/2022)

Enam sukarelawan bantuan banjir Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) di Segamat, Johor, disoal siasat polis berhubung dakwaan melanggar prosedur semasa menyampaikan bantuan di dalam pusat perlindungan sementara (PPS) kerajaan.
Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata lima sukarelawan telah dipanggil ke balai polis daerah Segamat semalam, manakala seorang lagi disoal siasat awal petang tadi.
“Punca mereka disoal siasat kerana telah menyampaikan bantuan terus kepada individu yang meminta bantuan di PPS dan beberapa rumah.
"Mereka tidak menyampaikan bantuan ke lokasi yang ditetapkan. Bagi pihak pimpinan Muda, saya ingin memohon maaf kerana niat kami tidak menimbulkan sebarang kesulitan," kata ahli parlimen Muar itu dalam sesi langsung Facebook dari Segamat.Syed Saddiq berada di Segamat membantu usaha bantuan oleh Muda.
“Mereka yang meminta bantuan adalah mangsa banjir di rumah dan PPS yang mungkin tercicir daripada bantuan (lain).
“Malah hari ini kita boleh membaca laporan media terdapat ramai yang tidak menerima bantuan yang dijanjikan, ada yang terbiar dalam kelaparan, jadi sukarelawan Muda apabila menerima sebarang permintaan sedemikian akan terus menyampaikan bantuan,” kata Syed Saddiq.
Sambil mengakui kesilapan Muda memintas pihak berkuasa tempatan, Syed Saddiq menggesa polis memberi sedikit kelonggaran kepada sukarelawan mereka untuk menjalankan perkhidmatan mereka.
"Saya bertanggungjawab dalam situasi ini. Tetapi saya harap mereka (pihak berkuasa) tidak menekan sukarelawan kita yang bekerja siang malam untuk menyampaikan bantuan," tambahnya.
Sementara itu, Ketua Muda Johor Mohd Azrol Ab Rahani, salah seorang sukarelawan yang disoal siasat, berkata pasukan mereka pada 5 Jan lalu telah menjawab permintaan mangsa banjir di pusat perlindungan di sebuah sekolah di Segamat.Katanya, mereka diberi kebenaran untuk menghantar 200 bantal, 200 tilam dan bungkusan makanan, berdasarkan permintaan yang diterima.“Kami didakwa melanggar SOP kerana tidak mendapat kebenaran daripada pegawai daerah Segamat.“Selepas kami keluar, keesokan harinya kami diberitahu beberapa laporan polis telah dibuat terhadap kami,” kata Azrol.Azrol menambah polis telah melayan mereka dengan baik sepanjang sesi soal siasat tetapi mereka tidak dimaklumkan mengenai sebarang tindakan lanjut.Segamat merupakan daerah terawal di Johor yang dilanda banjir tahun ini, mencatatkan jumlah hujan tertinggi di seluruh negeri berdasarkan bacaan yang dicatatkan oleh 23 stesen hujan bagi tempoh 26 Dis tahun lalu sehingga 1 Jan.
Pada 2 Jan lepas, dilaporkan dua ribu penduduk dari 29 kampung dan tiga kawasan perumahan telah dipindahkan dari rumah mereka yang dilanda banjir ke 30 pusat pemindahan.











seribulan Publish time 14-1-2022 07:43 AM

farhana008 replied at 13-1-2022 08:42 PM
Salam takziah kepada keluarga mendiang. Hilang legenda bola sepak dan pengulas sukan yang disegani ...

Kan...

https://image.shutterstock.com/image-photo/good-morning-greeting-images-quotes-260nw-1683789796.jpg

seribulan Publish time 14-1-2022 08:17 AM

farhana008 replied at 13-1-2022 08:51 PM
ni yang teman cakap semalam yg polis siasat bantuan dari Muda.
Polis soal siasat enam sukarelawan b ...

Tu la...macam-macam adaaaaaa {:1_141:}

Tashu Publish time 14-1-2022 08:33 AM

https://c.tenor.com/k5QC_FGPX_kAAAAi/cece-good-morning.gif

Tashu Publish time 14-1-2022 08:35 AM

https://www.denniszill.com/wp-content/uploads/2020/10/1.jpg

seribulan Publish time 14-1-2022 09:06 AM

Tashu replied at 14-1-2022 07:35 AM


Morning...

seribulan Publish time 14-1-2022 01:52 PM

Tashu replied at 14-1-2022 07:33 AM


Good afternoon...

Kita minum dulu :)


seribulan Publish time 14-1-2022 04:29 PM

Pakej bantuan banjir RM1.4 bilion tidak mencukupi sokong isi rumah terjejas - MQ ResearchDagang News
Januari 14, 2022 09:04 MYT


https://img.astroawani.com/2022-01/81641311978_TBBANJIRBELURAN.jpg


MQ Research berpendapat bahawa pakej bantuan banjir bernilai RM1.4 bilion yang diumumkan kerajaan baru-baru ini mungkin tidak mencukupi untuk menyokong isi rumah yang terjejas. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Macquarie Equities Research (MQ Research) berpendapat bahawa pakej bantuan banjir bernilai RM1.4 bilion yang diumumkan kerajaan baru-baru ini mungkin tidak mencukupi untuk menyokong isi rumah yang terjejas.
Firma penganalisis itu turut menjangkakan perbelanjaan fiskal tambahan akan diperlukan untuk bantuan bencana dan membina semula infrastruktur yang rosak.
"Media melaporkan kira-kira 70,000 orang telah kehilangan tempat tinggal akibat banjir, dengan 210 lokasi di enam negeri terjejas berbanding 200,000 orang yang dilaporkan kehilangan tempat tinggal akibat banjir 2014/2015, selain itu Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) turut menganggarkan RM2–3 bilion dalam tuntutan berkaitan banjir.




"Kami menganggarkan jumlah kerosakan boleh berkisar antara RM10 bilion-RM15 bilion berdasarkan andaian daripada AIG Malaysia bahawa 80% daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak diinsuranskan untuk banjir dan Zurich Malaysia bahawa ~59% daripada pemandu tidak mempunyai insurans banjir dan 74% pemilik rumah tidak mempunyai perlindungan banjir.
"Banjir juga berkemungkinan akan memburukkan lagi inflasi," katanya dalam nota penyelidikannya di sini pada Khamis.
MQ Research berkata, di samping itu, pembinaan semula selepas banjir akan meningkatkan permintaan untuk bahan mentah dan buruh, dan ia kemungkinan meningkatkan inflasi berkaitan pembinaan.

Dalam pada itu MQ Research berkata, keputusan Kementerian Kewangan untuk memperkenalkan semula had duti setem sebanyak RM1,000 pada nota kontrak akan mengurangkan geseran dagangan, sekali gus secara berperingkat memberi impak positif untuk Bursa Malaysia.
"Walau bagaimanapun, MQ Research tidak percaya pengembalian dasar ini adalah perubahan yang bermakna dalam taktik apabila ia berkaitan dengan apa yang dilihat oleh MQ Research sebagai pendekatan berat kerajaan baru-baru ini terhadap syarikat untuk meningkatkan hasil cukai.
"Jika ada, kami percaya tekanan untuk kerajaan meningkatkan hasil cukai hanyalah disebabkan banjir, dengan keperluan untuk membiayai bantuan dan memerangi inflasi.

"Pada pandangan kami, syarikat korporat besar berisiko mengalami cukai tambahan atau berpotensi terlibat sama dalam langkah bantuan banjir langsung – yang akan menjadi risiko bagi bank, syarikat telekomunikasi, utiliti dan keperluan pengguna," katanya. -DagangNews.com

Tashu Publish time 14-1-2022 07:14 PM

seribulan replied at 14-1-2022 01:52 PM
Good afternoon...

Kita minum dulu

ayor apo ni?

kebetulan sy tgh dahaga ni.

seribulan Publish time 14-1-2022 07:25 PM

Tashu replied at 14-1-2022 06:14 PM
ayor apo ni?

kebetulan sy tgh dahaga ni.

Limo asam boi, kome {:thumbo

Tashu Publish time 14-1-2022 07:26 PM

seribulan replied at 14-1-2022 07:25 PM
Limo asam boi, kome

fevret sy tu.
tp nape gambo tonggeng terbalik? kang tumpah air tu;P

seribulan Publish time 14-1-2022 07:32 PM

Tashu replied at 14-1-2022 06:26 PM
fevret sy tu.
tp nape gambo tonggeng terbalik? kang tumpah air tu

CARI bengong {:mlturn:}
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: ...Chit Chat Humanitary...


ADVERTISEMENT