CARI-MAL Publish time 10-1-2022 04:36 PM

Amboi, Sampai Terjulur Saluran Paip Aircond Kat Rumah Orang, Bila Tanya Tak Ngaku!

Hidup berjiran memerlukan seseorang itu bersikap bertimbang rasa dan saling menghormati.


Namun, terdapat senario di mana jiran bertindak sesuka hati di luar batasan, secara tidak langsung menyebabkan kedua-dua pihak bermasam muka.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/10/162946xsu122wsas9i9xff.jpgKredit foto: TikTok




Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok, dikenali sebagai Siti Zura Jamal tampil menceritakan kerenah jirannya yang melampau batas.




7045999120632270107


Kisahnya bermula apabila wanita ini dan suaminya datang ke rumah mereka bagi membersihkan halaman setelah sekian lama ditinggalkan.


Namun, apa yang menjadi persoalan apabila jirannya dipercayai meletakkan paip pendingin hawa di bahagian rumahnya dan menafikan melakukan perkara tersebut.




7045820722798677275


7045839157104626970


7051081350895504666


Difahamkan paip tersebut mengeluarkan air setiap setiap kali pendingin hawa dibuka.


Susulan itu, berjumpa dengan jirannya dan meminta supaya paip tersebut dialihkan serta berharap perkara sebegini tidak lagi berulang.




Sumber: OHBulan

prettyuglybabe Publish time 10-1-2022 04:50 PM

potong je saluran tu biar pendek so jiran hanat tak boleh nak tala masuk ke rumah sebelah..
tak pun buat pagar tembok tinggi sampai atas so dia tak boleh usik kawasan jiran..
rimas betul orang dok sidai entah apa-apa kat sempadan tu..
melainkan minta izin dulu sebelum sidai..

kbyne Publish time 10-1-2022 05:02 PM

Cuba keluar EPF renovate rumah.

naina Publish time 10-1-2022 05:22 PM

Dia nak halakan air ekon tu kat longkang la tu
Rumah dia takda longkang
Benda camni pun nak viral
Terlalu kecil
Nampaknya manusia ni takbole bertolak ansur

chilly Publish time 10-1-2022 05:46 PM

Dan seperti biasa bini-bini wajib report ke medsos. Tak paham aku.

Thunderclouds Publish time 10-1-2022 06:06 PM

Umah i skarang,sbb tggal lama & baru pindah masuk, ngan pasu2 bunga dia park dpn umah,tong sampah dia park depan umah,keta dia parking sipi2 depan umah..ngam2 i nk kluar keta sendri ja dr porch complete ngn saluran hujan tu dia alirkn masuk dlm kawasan umah i. Huduh kn perangai?

Artemesiaa Publish time 10-1-2022 06:09 PM

Jenis lebih sesuai tinggal dalam hutan kalau tak reti berjiran dan tahu hak jiran

syamzana Publish time 10-1-2022 06:21 PM

rimasnya dpt jiran bodo gini.tkg pasang ekon pun takkan main bedal je saluran paip tu biar terjulur gitu. cuba la suggestkan kat tuan rumah bingai tu laluan yg sepatutnya.

Aikiko Publish time 10-1-2022 10:05 PM

Bodo ye spesis gini

musangbodoh Publish time 11-1-2022 12:02 AM

kalo bata merah tggl gitu 4sure lebur...

KamikuP Publish time 11-1-2022 02:18 PM

kbyne: Cuba keluar EPF renovate rumah.

bole ye keluar epf renovate rumah?

meah_kelabu Publish time 11-1-2022 03:01 PM

kalo sumbatkan paip tu ape jd agak2?

Nurul8001 Publish time 11-1-2022 03:41 PM

naina replied at 10-1-2022 05:22 PM
Dia nak halakan air ekon tu kat longkang la tu
Rumah dia takda longkang
Benda camni pun nak viral


Tuan rumah yg buat TikToktu kata, tingkap dia sampai berlumut kena air aircond tu.

naina Publish time 11-1-2022 04:50 PM

Nurul8001 replied at 11-1-2022 03:41 PM
Tuan rumah yg buat TikToktu kata, tingkap dia sampai berlumut kena air aircond tu.

Heleh..rumah dia pun macam tongkang pecah. Semak. Bersepah. Kot la ada ular ke tikus beranak pinak ke. Tak ke Naya jiran sebelah tu. Benda kecik nak viral. Terlalu kecil dan memalukan. Tolak jelah benda paip tu balik lepastu BG idea Suh buat panjang sampai ke lantai. Supaya air ekon terus turun ke lantai.

krustykrab Publish time 11-1-2022 11:13 PM

Aku pun dpt jiran yg annoying.
Semoga mati cepat2 lah..

Jitu Publish time 12-1-2022 12:10 AM

kat mana2 mesti ada je jumpa jiran jenis perangai mcm ni
memang beruntunglah sape2 yg dapat jiran jenis yg baik2

Supersirap Publish time 12-1-2022 12:00 PM

Jumpa jiran dan minta betulkan balik paip tersebut, settle je kerja, x perlu melalui sampai masuk medsos, nanti benda lain pula yg keluar

ina_na Publish time 15-1-2022 02:46 AM

Kesian aku bc kat fb,kat sini mslh gan jiran.. rs bersyukur sgt jiran aku jenis baik..x de nk bt mcm ni..kalo nk bt pe2 akan Infom sesama jiran.. cuma pantang 1 je jangan bakar sampah..tu je..

Megikari Publish time 18-1-2022 12:46 PM

Jiran aku suka tarik tong sampah aku gi depan rumah dia pastu disumbatnya sampah dia sampai penuh. Haruskah aku tiktokkan benda ni?

epullipan Publish time 19-1-2022 09:59 AM

naina replied at 10-1-2022 05:22 PM
Dia nak halakan air ekon tu kat longkang la tu
Rumah dia takda longkang
Benda camni pun nak viral


tp die da tnya or mintak izin ke even xde longkang...
Pages: [1]
View full version: Amboi, Sampai Terjulur Saluran Paip Aircond Kat Rumah Orang, Bila Tanya Tak Ngaku!


ADVERTISEMENT