mattzzx Publish time 10-1-2022 03:41 PM

Bayi terkecil lahir seberat 325g

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bayikecila1_1641768313.jpg
KEADAAN Hannah yang dilahirkan pramatang kini dipantau rapi. FOTO SWNS

London: Seorang remaja wanita di United Kingdom (UK) dilaporkan melahirkan bayi pramatang dipercayai terkecil dan paling ringan di negara itu, dalam tempoh 20 tahun.

Metro UK melaporkan Ellie Paton, 17, melahirkan bayi perempuan diberi nama Hannah, ketika kandungannya berusia 25 minggu, selepas menjalani pembedahan kecemasan.

Hannah hanya seberat 325 gram (g) semasa lahir dan pada awalnya dimaklumkan bayi itu ada 20 peratus peluang hidup.

Ellie dan ibu bapanya diberi amaran bahawa bayi mereka mungkin tidak bertahan lama.

Bagaimanapun, Hannah cukup kuat untuk bernafas dan kini menjadi bayi terkecil yang masih hidup selepas dilahirkan, di UK, dalam tempoh dua dekad.

Media melaporkan, Ellie dan pasangannya Brandon Stibbles, 21, diberitahu mengenai saiz bayi yang terlalu kecil seperti janin berusia 16 minggu.

Ia ketika remaja itu menjalani ujian imbasan ketika kandungan berusia 22 minggu.

Remaja itu disahkan menghidap pra-eklampsia, dan dikejarkan ke Hospital Crosshouse di Kilmarnock, Ayrshire pada 29 Disember selepas bangun dengan sakit perut dan dada luar biasa.

Ellie dibawa ke Hospital Universiti Queen Elizabeth (QEUH) di Glasgow, dan Hannah dilahirkan di selepas 1 pagi, pada 30 Disember lalu.

Dia ditahan di wad dan berpeluang memegang bayinya sekali saja manakala Brandon dapat menukar lampin anak mereka. Badan Hannah dibalut untuk memberi kehangatan.

Menurut Ellie dan Brandon, Hannah anugerah terindah dan mereka tidak sabar membawanya pulang.

Tetapi mereka mungkin tidak dapat melakukannya sehingga 13 April depan iaitu tarikh sebenar bayi itu sepatutnya dilahirkan.

Hannah dipindahkan ke Hospital Crosshouse apabila beratnya melebihi 500g.

Berat bayi itu bertambah 25g sejak lahir, tetapi dua bulan lagi diperlukan untuk Hanna mencapai berat normal.

Bayi terkecil di UK sebelum Hannah, adalah Aaliyah Hart, yang dilahirkan pada 2003 dengan berat 340g.

musangbodoh Publish time 10-1-2022 03:50 PM

wow besarnya tangan misi tu

penutupbotol Publish time 28-10-2023 04:34 PM

chomel nyerr awak. semoga sihat sentiasa
Pages: [1]
View full version: Bayi terkecil lahir seberat 325g


ADVERTISEMENT