mattzzx Publish time 10-1-2022 02:16 PM

Ibu bapa harap SK Assumption tidak ditutup

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/01/10/1410462.jpg
Sekolah Kebangsaan Assumption yang berusia hampir 90 tahun bakal ditutup berkuat kuasa 28 Februari ini. - Gambar Astro AWANI

BUTTERWORTH - Ibu bapa kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption di Jalan Bagan Dalam di sini berharap agar sekolah itu tidak akan ditutup pada 28 Februari ini.

Seorang ibu, Emi Saufiah Ahmad Malkan, 36, berkata, sekolah yang telah beroperasi selama 89 tahun itu terletak berdekatan dengan kawasan perumahannya, justeru memudahkan penduduk menghantar anak-anak mereka.

Dia berkata, anaknya Muhammad Ammar Haziq Muhd Afiq, 8, sangat teruja untuk ke sekolah pada Isnin tetapi pada masa sama berasa sedih kerana sekolah ini akan ditutup bulan depan.

"Cuma saya sebagai ibu berharap sekolah tidak ditutup dan perbincangan antara pihak berkenaan dapat dibuat supaya sekolah ini tidak ditutup, dulu abang saya yang sekarang berumur 40 tahun pun sekolah sini dan memang banyak kenangan kami di sini, malah anak saya juga gembira (sekolah di sini)," katanya ketika ditemui di sekolah itu ketika menghantar anaknya pada Isnin.

Tinjauan di SK Assumption mendapati murid-murid yang hadir pada hari pertama sesi persekolahan penggal tiga, ceria dan datang awal dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sementara itu, seorang lagi ibu, Marziani Mahathir, 34, menyuarakan hasrat supaya ada jalan penyelesaian berhubung keputusan penutupan sekolah itu.

"Anak-anak gembira bersekolah di sini kerana suasananya, malah kawasannya juga dekat dengan rumah kami," kata ibu kepada Muhammad Rayyan Mikail Mohd Rafie, 9, itu.

Sementara itu, Muhammad Rayyan Mikail pula berkata, dia gembira bersekolah di situ kerana mempunyai ramai kawan-kawan namun berasa sedih ekoran sekolah itu akan ditutup bulan depan.

Pada Ahad, media melaporkan bahawa lesen sekolah berkenaan akan dibatalkan selepas penutupannya kerana pemilik tanah persendirian, Sri Avenue Sdn Bhd telah meminta tanah dan bangunan tersebut dikembalikan kepada pihak mereka secepat mungkin.

Pasukan petugas bersama ‘Save Assumption School’ telah menggesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang supaya segera meluluskan pendaftaran lembaga pengelola sementara untuk SK Assumption dalam usaha menyelamatkan sekolah berkenaan.

Jurucakapnya, Vernon Fernandez berkata, lembaga pengelola sementara yang terdiri daripada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Alumni Assumption Butterworth dan pemilik tanah, telah dibentuk tahun lepas sebagai platform untuk menyelesaikan isu sekolah dan premis itu. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/182273/EDISI/Ibu-bapa-harap-SK-Assumption-tidak-ditutup
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

musangbodoh Publish time 10-1-2022 02:20 PM

sng cite korang beli aje tanah tu 5x ganda abis cite...kalo x agree tawar lg 300juta million trilion rupiah{:smileo
Pages: [1]
View full version: Ibu bapa harap SK Assumption tidak ditutup


ADVERTISEMENT