Cintaerina Publish time 10-1-2022 12:23 PM

“Kantoi Selingkuh, Tapi Tak Mengaku,”- Drama Layangan Putus Buat Ramai Sedar Tentang Gaslighting

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/10/122617ozyykd3jj397mm1t.png



Sumber: Twitter Amirah


Gaslighting adalah satu bentuk penyalahgunaan psikologi yang berbahaya di mana seseorang atau entiti cuba untuk mendapatkan kuasa atas orang lain dengan membuat mereka mempersoalkan kenangan mereka sendiri, peristiwa, persepsi tentang realiti, dan akhirnya kewarasan mereka. Itulah yang terjadi di dalam drama Indonesia yang hangat diperkatakan iaitu Layangan Putus.


Penerbit drama ini iaitu, Manoj Punjabi, mengatakan bahawa jalan cerita drama ini sangat realistik dan berkaitan dengan kehidupan harian dan mungkin masalah yang dialami oleh Kinan ini juga dirasai oleh kebanyakan wanita yang sudah berumah tangga.


Gaslighting sering berlaku supaya seseorang itu dapat menutup kesalahannya dan menyebabkan pasangannya tidak dapat membezakan isu yang sebenar dan akhirnya menerima bahawa apa yang diperkatakan oleh dia adalah benar.


Kita sendiri dapat melihat pelbagai isu terkini yang menyebabkan ramai suami dan isteri sering tertipu dengan pasangan sendiri. Lebih teruk, si pemanipulasi akan salahkan pasangannya sampai ke tahap mereka sanggup kata pasangannya itu mungkin dah sakit mental.


Oleh sebab tak nak dikata sakit mental, maka pasangan mereka pun tak ada pilihan selain terima cerita mereka walaupun dari sudut hati, mereka tahu mereka betul. Tambah lagi, susah nak perasan beza antara gaslighting atau sekadar menegur.


Buatkan kita rasa keliru dan akhirnya rendah diri pula. Bila si pemanipulasi dah berjaya rendahkan diri kita, perkara ni lah yang buatkan penipuan-penipuannya lebih senang!


"Kenapa eh bila perempuan react to what actually lelaki tu buat dekat perempuan tu, lelaki akan cakap perempuan tu gila padahal kau penyebab dia react macam tu"

https://twitter.com/FarahAmirahAmri/status/1479496629275164672?s=20


Menerusi tweet seorang pengguna Twitter iaitu Amirah, dia menyatakan kenapa bila perkara ini terjadi, si pelaku tersebut akan mengatakan pasangannya gila padahal yang membuat masalah seperti curang itu adalah dirinya sendiri.


Tweet Amirah turut mendapat hampir 12 ribu retweet dan rata-rata pengguna twitter lain bersetuju dengan statement Amirah. Salah satu quote tweet yang menarik perhatian netizen ialah:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/10/120218kg7klq95dqxgeej1.png
Sumber: Twitter comicbyvien


Dalan sesetengah kes, teknik gaslighting ini digunakan untuk kawal dinamik sesuatu hubungan dan ia 'dipelajari' sejak mereka kecil ataupun keadaan hubungan kekeluargaan mereka.


Oleh demikian, adalah penting untuk kita bina kefahaman dan membentuk kesedaran terhadap gaslighting khusunya apabila ia berlaku dengan orang terdekat kita ataupun diri kita sendiri.


Lebih banyak kita tahu, lebih senang untuk kita ambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan terkenanya gaslighting ini seperti yang dilakukan oleh watak Kinan di dalam drama Layangan Putus ini. -CARI

Normabaru Publish time 10-1-2022 12:42 PM

Lelaki kan xmatang..forever a kid;P

mama_cat Publish time 10-1-2022 11:15 PM

bila kantoi mencurang, tuduh bini mcm mcm... gaslighting jugak.. salah bini depa curang... tiba bini end up questioning herself, betul ka aku punca...manipulation..si pencurang lak jadi victim.... geram sbb nampak depan mata... si pencurang sekarang ni pijak semut tak mati, konon 360 berubah, lakonan semata.. ni kes adik ipar aku.. skang ni depa la pasangan terbahagia, tapi sbb aku ni jenis tak percaya, aku buat bodo ja kat pencurang..meluat tgk
Pages: [1]
View full version: “Kantoi Selingkuh, Tapi Tak Mengaku,”- Drama Layangan Putus Buat Ramai Sedar Tentang Gaslighting


ADVERTISEMENT