sfhzuraz Publish time 10-1-2022 10:53 AM

Jadual feri diawalkan 30 minit

Jadual feri diawalkan 30 minit

Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 9, 2022 @ 6:05pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/09feri_1641722709.jpg


BUTTERWORTH: Jadual perkhidmatan feri bagi penumpang pejalan kaki dari Butterworth ke bahagian pulau, akan bertolak 30 minit lebih awalselaras dengan pembukaan sekolah.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, berkata feri pertama yang sebelum ini bertolak pada jam 7 pagi akan bertolak pada jam 6.30 pagi.
"Perjalanan pertama sebelum ini bermula pada jam 7 pagi berikutan jumlah penumpang yang tidak ramai berdasarkan statistik jumlah penumpang yang direkodkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Berikutan sesi persekolahan esok, perkhidmatan ini diawalkan dengan kerjasama Penang Port Sdn Bhd (PPSB).
"Jadual perkhidmatan feri penumpang pejalan kaki itu dipinda mengikut keperluan semasa dan juga permintaan orang awam bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada mereka," katanya.
Sementara itu, Teik Cheng berkata, ruangan menunggu feri penumpang pejalan kaki di Swettenham Pier Cruise (SPCT) dipindahkan ke tingkat bawah bangunan terbabit.
Selain itu, katanya, kerja menaik taraf terminal feri di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) juga kini giat dijalankan.
Sementara itu, Teik Cheng berkata, kerajaan pusat bersetuju memperuntukkan RM30 juta kepada PPSB bagi pembelian feri baharu.
Katanya, PPSB sudah menerima RM15 juta pada 27 Disember lalu dan selebihnya akan diserahkan pada tahun ini.




Pages: [1]
View full version: Jadual feri diawalkan 30 minit


ADVERTISEMENT