polahdek19 Publish time 10-1-2022 01:46 AM

LUAHAN HATI PENDUDUK ASAL KG BARU- ISU TANAH-PEMAJU

Edited by polahdek19 at 10-1-2022 08:23 PM

Aku sedih tengok kampung aku nak kena ambil dgn pemaju guna cara kotor. Berpakat dgn kerajaan ambik guna surat warta 8 which is ko takde pilihan lain unless keluar.. ko nak fight duit tanggung sendiri ????

Aku kesian tgknenek aku yg mata pun tak nampak , tambah2 bedridden kena tahu rumah dia yg dia duduk dkt 60-70 tahun kena ambik lpstu nak kena pindah2 ,,sgtt2 myusahkan dan sedih huhu.. kiteorg cucu2 semua mbesar dkt situ nenek aku jaga. bila jd mcmni sgt2 sebak

polahdek19 Publish time 10-1-2022 01:55 AM


tanah kg baru ni sebenarnya tbahagi kepada kwsn perumahan flat dan teres.. Isu ni terjadi sejak 2016,

Titik permulaan 2016: Pemaju( Syarikat Ritzy Gloss Sdn Bhd- syarikat melayu(Anak syarikat Suez Capital Sdn Bhd- Ini company cina) masuk jemputan kononnya dari persatuan penduduk kg baru sedangkan kami tak pernah tahu persatuan ni dan tiada perjumpaan meeting bulanan atau tahunan apa pun tup2 ada persatuan yg mewakili kami?

Sekitar 2017: Pemaju dan agen2 pemaju dari kalangan penduduk try approach penduduk rumah flat dgn beri janji manis katanya akan dpt duduk condo kalau sign agreement setuju nak beri tanah.. majoriti penduduk flat mmg setuju termakan dgn janji manis( tapi dorg tak tahu maintenance fees tiap2 kena byr, kalau lif rosak jenuh lah kau nak naik sampai tingkat 10, n paling penting rumah tu betul ke akan siap? kalau pemaju muflis mcm mana? sia2 ja hmmm

Tapi kami majoriti di kwsn teres tak pernah setuju! Mcm2 pujukkan n mcm2 jenis warna suratkonon nak takut2 kan kami utk let go tanah kami, tapi kami mmg taknak jual!

2019: Still going on masa zaman PH tp kami tak setuju jugak!

2020 : Dia kacau lagi dgn panggil org2 kg baru nak maklumkan tawaran dorg tapi majoriti penduduk mmg tak setuju dgn tawaran tu.

Then tup tup 2021 keluar WARTA 8, masuk melalui kerajaan Time tu anuar musa jadi menteri wilayah! Pemaju buat keje kotorkononnya kata kepada mentari wilayah time tu Anuar musa, majoriti penduduk setuju nak jual tanah pada pemaju (sbb penduduk flat lagi ramai dari kwsn teres, so suara penduduk teres mmg ke longkang jela kan) .. Menteri pun tah tak turun padang setuju je dgn pemaju keluarkan WARTA 8 MENTANG2 TIME TGH DARURAT BOLE BUAT KPUTUSAN TANPA BERBAHAS, tu dimana kami semua mmg kena paksa keluar dan terima tawaran pemaju! sama ada suka atau tidak! Lpstu nak paksa kami ambik rumah apartment yg kononnya awal dulu kata condo dan pampasan rumah yg nilainya bawah market value!? GUNA PEJABAT TANAH UNTUK BERI KUASA KEPADA PEMAJU DPTKAN RUMAH KAMI DGN HARGA MURAH!

Mana tokoh2 suara2 lantang yg nak pertahankan org melayu?!?! semua senyapp!ORG MELAYU KG BARU KENA TINDAS SEMUAA SENYAPPPPPPP!

dudaberhias Publish time 10-1-2022 06:47 AM

Ya ampunn sampai gitu dorang punya tamak rakus nakkan tanah Kg. Baru... Entah untuk tujuan pembangunan apa lagi lah nak di buat.

ultra78 Publish time 10-1-2022 06:56 AM

dudaberhias replied at 10-1-2022 06:47 AM
Ya ampunn sampai gitu dorang punya tamak rakus nakkan tanah Kg. Baru... Entah untuk tujuan pembangun ...

Condo mewah dan shopping mall kot. :lol:

Shazid Publish time 10-1-2022 07:36 AM

Harap2 kg baru kekal...byk tempat mkn best kt ctu. Kopi vietnam kg baru ampunnnn sedap...iols obses!

tripleid Publish time 10-1-2022 01:57 PM

gomen Mail skrg akn buat apa saja walaupun rakyat x suka sbb dorg tahu melayu2 bodoh ni akn undi depa jgk bila pru

jas7512 Publish time 10-1-2022 02:14 PM

Mudah2an penduduk kg baru mendapat penbelaan sewajarnya dan pemimpin2 durjana yg x insaf2 blh mereput dlm neraka

Decaffeinated Publish time 10-1-2022 02:41 PM

nak jadi macam Singapore hati kena kering lah

akusukaq Publish time 10-1-2022 02:47 PM

Edited by akusukaq at 10-1-2022 03:13 PM

tripleid replied at 10-1-2022 01:57 PM
gomen Mail skrg akn buat apa saja walaupun rakyat x suka sbb dorg tahu melayu2 bodoh ni akn undi dep ...

Oii Melayu situ undi BN ke selama ini.bukan ph yg menang di situ pd pru lalu.

prizadane Publish time 10-1-2022 02:49 PM

tolong lah Suez Capital. Project diorang semua hauk.... dasar kapitalis. Dapat pulak gomen korup. Asal dapat duit, semua jalan.

prizadane Publish time 10-1-2022 02:51 PM

ultra78 replied at 10-1-2022 06:56 AM
Condo mewah dan shopping mall kot.

hahhaha.. cuba pergi tengok KL Gateway Mall project Suezcap ni. Mall macam nak mati walhal belum 10tahun pun umur. Bangunan crack sana sini. Baiklah kekalkan je Kg Baru as it is now. Or buat penambahbaikan...refurbish rumah kampung di Kg Baru sebagai tarikan pelancongan

MissYouSayang Publish time 10-1-2022 03:01 PM

Terima je la realiti yg tanah kg baru tu nk kena bangunkan jgk. X payah nk keraih kepala .satgi apa pun x dpt.deal la leklok.amek pendekatan win-win situation agitcheww:lol::lol:

axl_bach Publish time 10-1-2022 03:57 PM

Edited by axl_bach at 10-1-2022 04:03 PM

akusukaq replied at 10-1-2022 02:47 PM
Oii Melayu situ undi BN ke selama ini.bukan ph yg menang di situ pd pru lalu.

Maksudnya melayu2 kawasan lainlah tu.... Yg akan bagi majoriti kpd BN gak biarpun org Kg Baru undi dan menangkan parti lain tetap x guna

tripleid Publish time 10-1-2022 04:00 PM

akusukaq replied at 10-1-2022 02:47 PM
Oii Melayu situ undi BN ke selama ini.bukan ph yg menang di situ pd pru lalu.

kalaulah org k.baru proceed je dgn cadangan pembangunan semula mcm yg khalid samad plan dulu tu mesti skrg kg baru dah cantik cam klcc
now padanla ngn muka..angkara termakan fitnah hasutan Umno dulu,skrg apa pon tak dapat.

redo je lah kalo kjaan nak halau,beli 500psf pun dah takleh nak buat apa dahh..

Artemesiaa Publish time 10-1-2022 04:41 PM

Benda melibatkan perundangan kena dapatkan khidmat perundangan kalau sekadar bercakap di media social tak jadi apa juga.

polahdek19 Publish time 10-1-2022 08:27 PM

Shazid replied at 10-1-2022 07:36 AM
Harap2 kg baru kekal...byk tempat mkn best kt ctu. Kopi vietnam kg baru ampunnnn sedap...iols obses!

Takde dah mmg kena jual sbb pemaju pakat dgn gov tahun tu Anuar musa jd Menteri wilayah, gov kluarkn warta 8 utk bg greenlight dkt pemaju rampas tanah kiteorg!!! Time tu aku igt g dorg bt keje kotor tu time kita tgh darurat covid , mmg keje sng r dorg nk bt sesuka hati sbb xpayah bahas dkt parlimen!

polahdek19 Publish time 10-1-2022 08:39 PM

Artemesiaa replied at 10-1-2022 04:41 PM
Benda melibatkan perundangan kena dapatkan khidmat perundangan kalau sekadar bercakap di media socia ...

Skrg 2nd hearing utk tentukn nilai rmh ditangguhkn. Time 2nd hearing kiteorg kena decide time tu jgk.. kiteorg diberi 3 pilihan sama ada:
1) Terima tawaran
2) Bantah tp terima pampasan (time ko boleh nk fight dkt mahkamah tp tahla, dpt mng ke tak sbb nmpk mcm bsr btul power dia menteri pun boleh ikut cakap dorg!)
3) Tolak ( tp ko xdpt pape n tanah ko still kne let go! ,duit akn msuk ke amanah raya)

Ko rasa kalau org kg baru xkecoh ada ke menteri semua nk tlg??? aku hrp ramai la viralkn kes ni sbb bila viral menteri2 org gov yg corrupt ni tak berani nk bt keje kotor sbb kena tekan dgn rakyat

Kesian tgk org melayu kena tipu bully mcm org bodoh.. tu tanah ko, pemaju dtg dari mana hala nk rampas rumah kau n paksa terima seadaanya mcm org tu bkn org malaysia!!! Org melayu dkt sana kena tekan kena tiindas xde siapa peduli

polahdek19 Publish time 10-1-2022 08:43 PM

tripleid replied at 10-1-2022 04:00 PM
kalaulah org k.baru proceed je dgn cadangan pembangunan semula mcm yg khalid samad plan dulu tu me ...

Apa masalah kau? org xnk jual apesal nk paksa pulak? Mmg terang2 kami xsetuju. isu skrg knapa gov xkira lah ph ke umno ke apa nk side pemaju paksa kami jual jgk?!?! Tu tanah geran kami yg sah ..bkn dduk rmh stinggan nk paksa2 org kluar.. kalau tdesak sgt nk jgk byr r rmh kami ikut harga market rmh semasa.. bkn under value

polahdek19 Publish time 10-1-2022 08:58 PM

Klu tak bangsa melayu beri sokongan untuk hargatanah harus dibeli dgn harga tinggi. Siapa lagi nak sokong klu bangsa melayu tak bersatu pembelian tanah milik melayu mesti tinggi kerana tanah melayu milik melayu?

Klu melayu Kg Baru KL senang2 kena jual tanah dgn harga rendah macamana tanah milik melayu ditempat lain yg kurang kemudahan2 seperti kebanyakan kawasan2 lain?

Kg Baru hampir semua nya ada atau berdekatan spt Lrt, nanti ada Mrt, bus, teksi, sekolah2 terbaik, hospital, klinik, hotel, masjid terbaik dan berbagai2 kemudahan2

Klu tempat milik melayu spt ini senang2 boleh dibeli dgn murah. Tempat lain atau milik melayu lain dgn mudah lah dibeli jauh lebih murah.

Percayaalah, Kg Baru ini akan jadi rujukan pembelian tanah milik melayu ditempat lain. Senang2 gov akn guna nilai harga tanah kami sbagai rujukan utk RAMPAS tanah melayu lain lagi

adila39 Publish time 11-1-2022 12:30 PM

hope kg baru yg tinggal ni kekal, kalau semua nak dimusnahkan xde dah landmark special di kl ni. Bebalik buat condo shopping mall...lepas tu end up kosong...harap adalah pemimpin yang berhati perut.
Pages: [1] 2 3
View full version: LUAHAN HATI PENDUDUK ASAL KG BARU- ISU TANAH-PEMAJU


ADVERTISEMENT