mattzzx Publish time 8-1-2022 12:47 PM

Indeks jenayah di Perlis turun lebih 11 peratus

KANGAR - Indeks jenayah di Perlis menurun sebanyak 11.56 peratus dengan merekodkan 436 kes pada 2021 berbanding 493 kes pada tahun sebelumnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Superintendan Sarih Salleh berkata, daripada 436 kes tersebut, sebanyak 286 kes dapat diselesaikan iaitu bersamaan 65.6 peratus dan secara keseluruhannya kadar jenayah di negeri ini berada dalam keadaan terkawal.

“Kes jenayah lain seperti mencuri kenderaan juga mengalami penurunan iaitu sebanyak 56 kes pada tahun 2021 berbanding 93 kes pada tahun sebelumnya,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes jenayah rogol membabitkan kanak-kanak bawah umur di Perlis meningkat kepada 28 kes pada 2021 berbanding 19 kes tahun sebelumnya.

“Kebanyakan daripada kes adalah melibatkan suka sama suka atau terpedaya dengan pujukan teman lelaki dan kesemua kes berjaya dituduh di mahkamah,” katanya menambah kebanyakan pelaku terdiri daripada kenalan mangsa iaitu teman lelaki dan ada juga dalam kalangan ahli keluarga.

Justeru katanya, pihak JSJ akan meningkatkan program ceramah di sekolah dari semasa ke semasa bagi memberi kesedaran kepada pelajar. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/181992/BERITA/Semasa/Indeks-jenayah-di-Perlis-turun-lebih-11-peratus
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Pages: [1]
View full version: Indeks jenayah di Perlis turun lebih 11 peratus


ADVERTISEMENT