Agent13k Publish time 7-1-2022 08:41 PM

Hilang Tanpa Jejak, Ini 4 Filem Tempatan Yang Hilang!

Membuat filem adalah satu projek yang perlu diambil serius, tidak kira projek itu kecil mahupun besar kerana memerlukan daya tumpuan tinggi dan bajet mencukupi.

Kita mempunyai pelbagai filem dihasilkan rakyat Malaysia, ada yang memuaskan, ada juga sebaliknya. Malah, ada juga hilang sampai ke hari ini!


Berikut merupakan empat filem tempatan yang masih hilang tanpa jejak.


[*]Shh...Dia Datang (2008)

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/07/164823o6959ni0kh5vk449.jpgkredit foto: IMDB




Filem arahan pelakon komedi Saiful Apek ini memulakan pembikinan dengan pelakon seperti Aaron Aziz, Ahmad Busu, Zami Ismail, Din Beramboi, Bob Kuman, Syukri Hashim, Imuda, Acapan dan ramai lagi.


Ia mengisahkan dua pemuda bernama Edd (Aaron Aziz) dan Enol (Saiful Apek) yang bercita-cita untuk menceburi bidang hiburan, tetapi menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai impian tersebut. Kehidupan mereka menjadi huru hara selepas mengenali Datin Kat (Kuna Muzani).


Filem ini pernah mengeluarkan beberapa video promo di YouTube dan Facebook serta dijangka ditayangkan pada tahun 2012, tetapi selepas beberapa tahun kemudian masih tidak diketahui apa nasib filem itu.






[*]Istana Berdarah (1964)

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/07/164710is3w9ececww7ziei.jpgkredit foto: BebasNews




Istana Berdarah oleh Hussain Haniff dan Keris Film Production/Cathay-Keris Production yang pernah ditayangkan pada tahun 1964 dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Yusof Latiff, Umi Kalthum, Ahmad Nisfu dan Fatimah Ahmad.


Filem ini adalah karya teragung bagi pengarah Hussain Haniff ketika itu. Walaupun dicetak hitam putih, tetapi ada satu babak yang perlu diwarnakan dan filem ini mendapat sambutan baik daripada penonton dan penerbit dari Hollywood, Howard G. Minsky.


Istana Berdarah mengambil elemen Throne of Blood oleh Akira Kurosawa dan Macbeth dari karya William Shakespeare, tetapi filem ini dipercayai hilang ataupun pupus.






[*]Sitora Harimau Jadian (1964)

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/07/164218ubl208ivc8brgruu.jpgkredit foto: Aksis




Diarahkan P Ramlee, ia pernah ditayangkan sekali di panggung wayang, tetapi filem ini lenyap tanpa jejak selepas berlaku banjir besar yang melanda Singapura.


Sitora Harimau Jadian adalah genre drama seram yang mengambil elemen filem Werewolf of London (1935) dan menurut mereka yang pernah menonton filem ini dahulu, ia mempunyai jalan cerita unik dan ada elemen putar belit plot yang bagus.


P Ramlee mendapat idea ini apabila dia berada di Zoo Negara yang terletak di Studio Merdeka. Sayangnya, sampai ke hari ini filem itu masih tidak dijumpai, tetapi buatan semula filem Sitora Harimau Jadian dikatakan sedang dalam pembikinan.






[*]Johnny Bikin Filem (1995)

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/07/164451c71mudrnlnpnn288.pngkredit foto: wikipedia




Johnny Bikin Filem ini mendapat sentuhan Dr Anuar Nor Arai yang meninggal dunia pada 2010. Walaupun ada pengesahan yang filem itu sepatutnya ditayangkan pada 1995, 2008 dan 2010, ia tidak pernah menemui penonton dan hanya mengeluarkan beberapa trailer untuk promosi sahaja.


Johnny Bikin Filem dibintangi Erma Fatima, M Amin, Dato Jalaludin Hassan dan Zack Idris ini mempunyai tema "Noir" yang agak terkenal pada era 40an dan 50an.


Filem ini menceritakan Johnny yang terkenal membuat filem di Singapura, terlibat dengan aktiviti gangster yang diketuai Towkeh Wong dan Towkeh Fong.


Filem ini dibuat dengan Teater dari Universiti Malaya dan filem ini masih tidak diketahui sehingga ke hari ini.


Misteri filem hilang yang masih lagi dalam pencarian sememangnya sukar, harap-harap kita boleh dapat tahu apa jadi dengan filem-filem itu.


Jika ada filem atau siri televisyen yang anda ingin cari, boleh tulis komen di bawah dan mana tahu ada yang masih menyimpan salinan cerita itu. - CARI

Supersirap Publish time 7-1-2022 10:21 PM

Nice infO TT, tq

MrsVeneer Publish time 7-1-2022 11:29 PM

Nice article

BungaTepiMeja Publish time 8-1-2022 03:19 AM

Hilang sebab apa?

MisXoXo Publish time 8-1-2022 03:27 AM

Ilmu baru utk saya.t.kasih penulis artikle ini

KamikuP Publish time 10-1-2022 09:13 AM

Johny bikin filem tu tahun 90an disebut2 sbg filem yg lain dari yg lain tapi tu ler mana peginya

lasagna Publish time 11-1-2022 08:51 AM

prnh dgr cite Johnny tu tapi smp ke sudah tak prnh kuar kat cinema.
Pages: [1]
View full version: Hilang Tanpa Jejak, Ini 4 Filem Tempatan Yang Hilang!


ADVERTISEMENT