Agent13k Publish time 7-1-2022 08:29 PM

Filem Ini Panjangnya 35 Hari! Bukan Siri Tetapi Filem!

Jika anda fikir menonton filem Marvel, Avengers berdurasi tiga jam itu meletihkan, tahukah anda ada filem lagi panjang dari tu?

Filem seni eksperimental berjudul Logistics oleh Erika Magnusson dan Daniel Andersson ini mengisahkan kitaran pengeluaran (production cycle) sebuah Pedometer dalam susunan kronologi dalam bentuk ulangan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/07/172035dbf1zn5efulny2uu.pngkredit foto: TheMovieDB




Ia menceritakan perjalanan Pedometer dari penjualan kedai di Sweden, kemudiannya ke kilang asal di China pada 2012.


51,420 minit bersamaan 857 jam ataupun 35 hari 17 jam! Ini sekali gus menjadikan ia filem paling panjang pernah dihasilkan di dunia.




QYFG0xP12yE


Rekod kedua untuk filem terpanjang dipegang oleh Modern Times Forever oleh Superflex iaitu berdurasikan 240 Jam ataupun 10 hari.


Kalau ada filem paling panjang, mesti ada filem paling pendek. "Fresh Guacamole" (2012) oleh Adam Pesapane hanya berdurasi 1 minit 40 saat dan tercalon di Academy Award.



Ada sesiapa berminat nak tengok filem ini? Mana tahu boleh belajar sesuatu daripadanya? - CARI

musangbodoh Publish time 7-1-2022 08:55 PM

{:thumbo.............

Supersirap Publish time 7-1-2022 10:22 PM

Kalau sudah tiada hiburan lagi, boleh cuba tonton film ini bersama keluarga tersayang

matbad Publish time 7-1-2022 11:05 PM

msti ada yg minat sbb tu dihasilkan. msti ada yg maraton tgk cuti sebulan hihi. minat org tak sama. aku ni sebolehnya mmg takkan tgk drama yg bersiri. xkisah kartun ka cerita ka sbb aku malas tggu

Belibis Publish time 8-1-2022 09:04 AM

matbad: msti ada yg minat sbb tu dihas ...
Sama laa..tunggu abis tayangan..donlod baru tengok..malas nak saspen saspen.

kotakbaju Publish time 8-1-2022 06:12 PM

Selama ni aku dok ingat filem hindustan mera naam joker tu yang paling panjang.

KamikuP Publish time 10-1-2022 10:44 AM

Dan meolss ingatkan citer Hindi Sangam yg terpanjang sekali

SedihPedih Publish time 11-1-2022 08:09 AM

mmg tak la i tgk...hahaha...

babelina Publish time 11-1-2022 09:29 AM

kekdg best juga tgk citer yg mcm nie.. drpd drama ntah pape ntah..

cyber_mania Publish time 11-1-2022 01:46 PM

Oh nama nya filem seni eksperimental.
Ku kira documentary.
Ni dah mcm telenova yg beratus episod tu la
Pages: [1]
View full version: Filem Ini Panjangnya 35 Hari! Bukan Siri Tetapi Filem!


ADVERTISEMENT