sfhzuraz Publish time 7-1-2022 06:22 PM

'Perjalanan terakhir' lawat isteri di hospital

'Perjalanan terakhir' lawat isteri di hospital

Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 7, 2022 @ 2:58pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhmautlawat7_1641544533.jpg
Seorang penunggang motosikal maut dalam kelangan di Kilometer 5.7 BKE, semalam. - Foto ihsan pembaca


BUTTERWORTH: Perjalanan seorang suami menunggang motosikal untuk melawat isteri sedang menerima rawatan di hospital, berakhir tragedi apabila lelaki itu maut dalam nahas di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), di sini, semalam.
Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 petang, mangsa berusia 39 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata insiden itu membabitkan motosikal jenis Yamaha Lagenda 110Z ditunggang mangsa dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 dipandu jurujual berusia 33 tahun.
"Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa melanggar belakang SUV itu yang berhenti di bahu lebuh raya (lorong kecemasan).
"Pemandu SUV terbabit memberhentikan keretanya untuk melakukan pemeriksaan berikutan kenderaan itu dikatakan mengalami kerosakan.
"Bagaimanapun selang beberapa minit kemudian, sebuah motosikal datang dari arah belakang melanggar belakang SUV sehingga menyebabkan penunggangnya terkorban," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Shafee berkata, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk melawat isterinya yang sedang menerima rawatan di situ.
Susulan itu, beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke HSJ untuk proses bedah siasat.
"Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Supersirap Publish time 7-1-2022 10:25 PM

Salam takziah kepada keluarga mangsa
Pages: [1]
View full version: 'Perjalanan terakhir' lawat isteri di hospital


ADVERTISEMENT